Wednesday, December 12, 2012

:: Besar Periuk Nasi, Besarlah Keraknya ::

Salam..

Hari ni nak membebel lagi.

Aritu masa jalan2 kat blog orang, terjumpa lah satu blogger ni. Dia buat business MLM lah. Income toksah cerita la kan. Ratus2 ribu bhai. Tapi itu bukan perkara yg sy nak cerita kat sini.

Ada satu entry kt blog dia tu cerita pasal dia nak beli rumah. Dia cakap, dari income dia setiap bulan dia kena simpan untuk bayar deposit rumah. So dia tinggalkan sedikit bahagian 'gaji' dia untuk perbelanjaan harian. Tak banyak. Dalam 10-15k je.

OK. Ulang siar.

RM10,000 - RM15,000 sahaja untuk perbelanjaan harian.

Dua tiga kali gak la sy baca phrase tu. Sure ke ni? Perbelanjaan harian untuk sebulan sampai RM15k? Kau belanja ape sehhh?

Kita ni gaji sebulan tak sampai 5k pun, tolak pulak lagi dengan hutang kereta, hutang rumah, hutang2, segala bil, eh cukup aje dik untuk uruskan perbelanjaan harian tu. Awak pulak kena provide sampai RM15k untuk perbelanjaan harian?
Wow. Serious terkesima.

Eh bayangkan orang yg bergaji RM600 sebulan pulak. Camne tu? Tapi tengok dorang elok je sihat Alhamdulillah...

Bila sy cerita pada MBS pasal benda ni, dia jawab simple je..

"BESAR PERIUK NASI, BESAR LAH KERAKNYA"

Hmm.. What a simple thought but explain everything.

Betul lah tu kan? Makin besar gaji kita, makin banyak yg kita nak kena bayar. Desire kita pun makin jadi lain macam. Makin besar berganda2.

Pernah rasa tak situasi bilamana gaji setiap tahun naik, tapi setiap hujung bulan balance yg ada dalam account sama je macam sebelum gaji naik pun. Sedangkan, by right if gaji naik , baki setiap hujung bulan tu pasti akan bertambah jugak kan. Means like ada duit lebih la.

Tapi nampaknya itu tidak terjadi ye.
Gaji naik, tapi bila hujung bulan duit tetap banyak [sikit] tu jugak. Kat mana silapnya? Sy pun tak boleh nak explain. Tapi dari segi logik akal, bila nampak duit kita banyak, keinginan kita untuk belanja duit tu akan tinggi. Mungkin waktu gaji kecik kita takde beli insurans. Bila gaji dah besar sikit tengok macam mampu nak beli insurans, kita beli. Let say gaji naik RM200. Insurans pulak bulan2 RM180. Nah, it explains everything right?

So, bila MBS cakap "Besar periuk nasi, besar lah keraknya" tu, sy terus "Yalah... Betul jugak"

But still, RM15k untuk perbelanjaan harian selama sebulan? Kau beli ape sehhhh??

Otey2.. Shabar2..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

:: 3D Street Painting yg Mengagumkan ::

Gambar2 kat bawah dilukis menggunakan chalk (kapur tulis) dan cat. Tapi serious cantik. Gambar pahlawan Lego. Kenapa Legoland Nusajaya takde benda ni? Nak tengok depan mata oit!
Papepun, enjoice with the pict !
Otey2.. Shabar2..







Sunday, December 9, 2012

:: Tok Kadi Oh Tok Kadi ::

Weeehuuu..

Dah seminggu bermaustautin di Dorrey rupanya. Kejap je masa berlalu, kan?

Walaupun hari ni hari minggu, tapi sy keseorangan di rumah. Sebab MBS kerja. Dia cuti weekdays okeh T_T

Tapi takpelah. Yg penting malam ni boleh layan Semi Final Pertama Piala AFF Suzuki 2012 bersama MBS di Stadium Astro! Huhu. Atau Stadium TV1 je? Tak kisah la mana2. Yg penting Go Harimau Malaya! Cakar dan baham itu gajah! Ngeh3.

Eh percaya tak, selepas 3 bulan berlalu kami masih tak dapat sijil nikah lagi. Bukan sebab sijil belum siap, sijil dah siap tapi belum ambik lagi. Why? Begini ceritanya...

Masa time nikah hari tu, Tok Kadi cakap dia akan hantar sijil nikah tu kat rumah. Tapi tunggu punya tunggu takde dapat2 jugak. So we decided to call Pejabat Agama Segamat sendiri. According to them, sijil tu memang dah siap. Tapi Tok Kadi tak ambik lagi. Tak tau la sebab dia lupa ke atau ada sebab lain. Orang Pejabat Agama tu cakap, kebiasaannya Tok Kadi tu memang akan datang and ambik kan. Dia akan beri sekali borang untuk buat Kad Pintar Pengesahan Nikah tu. (Kad tu pulak 3 bulan baru siap okeh)

Haihsss. Segan la pulak nak tanya Tok Kadi tu kenapa dia tak ambik lg sijil tersebut. Ke nak pergi ambik sendiri? Kang Tok Kadi tu terasa la pulak. Nampak macam dia tak buat kerja pulak. Dua2 perbuatan pun boleh menyebabkan Tok Kadi tu terasa. Betul tak? Ke nak tunggu lagi? Tapi sampai bila? Alaaaa confuse la gini.

Mak.. Tolong ambe..



Otey2.. Shabar2..



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

:: Ratu Bebel ::

Salam and Hi!

Sy percaya, kat luar sana pasti ramai wanita yg merasakan mereka adalah orang yg kuat membebel atau dalam bahasa Mat Saleh, babbling. Mana ada perempuan yg tak kuat bebel.... Ada ke? Ke ada? Tapi sy je yg tak tau. Hewhewhew.

Ok la. Mostly memang perempuan ni dilahirkan untuk banyak cakap. Especially membebel benda2 yg kita rasa tak sepatutnya dilakukan oleh suami or BF kita.

"Kenapa awak buat macamtu? Sepatutnya macam ni"

Anda biasa keluarkan ayat seperti di atas? Gimme Five sikit! :D

Kesian kaum Adam, mereka adalah penerima paling banyak hasil2 bebelan kaum Hawa. Kui3. Mungkin mereka dilahirkan untuk tahan telinga...kot?

Kadang2 lelaki akan rasa apa yg kita bebelkan tu macam unnecessary. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Tapi pada kita, setiap patah perkataan yg dikeluarkan adalah penting dan mustahak untuk diluahkan. Lelaki je yg kadang2 [selalu] tak faham betapa mustahaknya bebelan2 tersebut. Bila suami or BF masih buat perkara yg kita pernah bebelkan, mesti rasa nak membebel seround lagi pada Si Dia tu. Setuju, girls?? And lelaki pulak, kenalah tahan telinga. Nasib la geng. Siapa suruh tak pay attention. Keh3.

Tapi, jika seorang perempuan lain mengatakan anda seorang yg kuat membebel, makanya kamu memang betul2 Ratu Bebel. The best among the best! The Great Babbler !! Haha

Pernah kena?


Sy pernah -_-"

Adik sy [selalu] cakap,

"Angah ni membebel je. Kesian anak dengan suami angah nanti. Mesti penat dengar angah membebel tak abis-abis"

Eh??

Incik Usben a.k.a MBS, awak penat tak dengar sy membebel?

Confirm MBS akan jawab,

"OK jek"

Sebab MBS is my Mr.Bolehman or OK-man. Apa je kita tanya, jawapan dia "Ok jek. Boleh jek"

Contoh 1:

Mi: Sedap tak sy masak hari ni?

MBS: Ok jek

Contoh 2:

Mi: Hujung minggu ni awak keje shift siang, sy balik rumah mak ye.

MBS: Ok. Boleh jek.

Contoh 3:

Mi: Sy malas masak la. Kita makan luar ek.

MBS: Ok. Boleh.

Punyalah panjang kita membebel, jawapan dia simple je kan. Lelaki beb. Memang camtu.

Lelaki kuat bebel?

Oh itu Ayah sy.

Opsss!

Otey2.. Shabar2..



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, December 7, 2012

Maharaja Lawak Mega 2012

I don't think it's appropriate to include people like Badul, Imuda, Mat Ober dan seangkatan dengannya bertanding dalam MLM ni. Mereka telah berada dalam kelas mereka sendiri dan tak sepatutnya ada kt situ sebagai peserta. Kesian tengok dorang kat bottom 3 sedangkan dorang adalah pelawak senior. They are not supposed to be there. It's like menjatuhkn maruah dorang jek. We respect them and watching them memperb*d*hkn diri buat lawak semata2 nak dapatkan undian, duhhhhh I don't want to see that happen!


Haaaa kaannn dah panjang membebel tu. Dengan takde mukaddimah yek.

Haha

It supposed to be posted to my FB's wall, tapi bila tengok macam panjang sangat je sy membebel, terus tukar and up dekat belog je. Kekeke.

Ok. Tu je nak cakap. Bye!


Otey2.. Shabar2..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, December 3, 2012

:: New week, new month, new beginning ::

Salam..

Hari ni rasa gembira sikit. Bukan sebab sy seronok nak pergi kerja [oh tidak lah] , tapi sebab today is Monday the 3rd!

Heh? *angkat kening sebelah*

Monday the 3rd...?

Apakah?!

Ok. Untuk simplified cerita, here's the justification for me to cheer on Monday the 3rd :-

i) Hari Isnin. Which mean permulaan minggu yg baharu

ii) 3hb. Which mean permulaan bulan yg baharu untuk minggu yg baharu.

iii) MBS mula bekerja di outlet. Bermaksud bermula lah kehidupan kami sebagai fulltime husband and wife yg pasti akan ada pancarobanya sepertimana yg pasangan2 lain lalui. Tiada lagi PJJ [oh excited!]. Really looking forward for this day to come. Finally it has come. Gembira rasa di hati. Ekekeke.

iv) Duduk rumah baru berdua secara rasmi. `^_^

Kesimpulannya, Monday the 3rd ialah sangat significant dengan apa yg berlaku dalam kehidupan kami sekarang ini. Semua pun baru u'olls. Fuh. Rasa lega. Tak sabar untuk melalui hari2 yg mendatang.

Otey2.. Shabar2..

;)

Monday, November 26, 2012

:: Moving ::

Salam..

Hari ni ialah hari Isnin. Malam tadi secara rasminya sy telah berpindah ke Dorrey. Eh yeke malam tadi? Silap. Silap.

Pindah barang hari Sabtu. Oh ok. Dua malam lepas adalah secara rasminya kami tinggal di our lovely Dorrey. Dan kemudian MBS chow pegi outstation.

Oh great. Pindah dan tinggal seorang diri selama seminggu. Hewhewhew.

Berani atau takut? Heh buat-buat berani aje ni. Jiran kan ramai. [Sedapkan hati]

By the way, I have 4 more nights to be spent alone. Dengan dinner tak tau nak makan apa. Haha.

Why? Sebab bila sorang2 rasa macam tak berbaloi nak masak. Takkan nak masak seketul ayam masak merah? Atau seekor ikan goreng berlada? Nak masak lauk2 berkuah lagi la macam erkkkkk?? o_O

Nak pergi kedai beli lauk sorang2 lepas balik kerja pun rasa tak best la. Rasa nak nangis kuat2 je pilih2 lauk untuk makan sorang. Jadi, solution: Tak Masak! Makan roti cukup. Hahaha. Diet whatttt.. :p

Tapi so far, sy sangat2 berpuas hati dengan segala kelengkapan yg ada kt rumah ni. Walaupun dengan kekangan budget, tapi berkat pertolongan ahli keluarga, semuanya dapat direalisasikan.

Mak belikan pinggan, kuali, periuk, jahitkan langsir, bagi langsir kt rumah yg dah tak pakai (tp still cantik menawan lagi ok) dan bermacam-macam lg yg mak bagi.

Ayah tolong pasang dapur gas, scrub lantai, dan bermacam-macam lagi. Paling terharu, walaupun bertongkat (kaki retak gara2 ke kebun menjaga durian dr dimusnahkan beruk), ayah masih gagah memandu memalam ke Dorrey untuk bawak my cousin pergi ukur grill. Pukul 12 malam br sampai rumah semula tu bhai. Gile terharu! Thanks Ayah!

Adik beradik yg tolong serba-sedikit especially yg kecik tu ada dari start tengok rumah dengan developer sampai la basuh rumah, siap bawa kawan-kawan tolong basuh rumah ni sekali. Trimass!

Kawan-kawan yang bagi hadiah kahwin yg sangat bermakna. Kebanyakannya untuk kegunaan rumah, wah memang sangat bertuah!

Family mertua yg datang dari jauh bawak barang macam-macam jugak sampaikan bila tengok stok pinggan da banyak giler macam da boleh buat kenduri jemput 30 orang. Padahal masa kahwin aritu sebiji pinggan pun kami takde beli! :D

Pada ofismate, Puan Miza yg sudi bagi pinjam Alza untuk sesi memindahkan barang dr umah sewa ke Dorrey. Syukur hanya berbekalkan sebuah Alza dan Myvi (Jenna), kami berjaya memindahkan sebuah almari, katil dan meja komputer hanya sekali jalan jek. Jimat duit tak payah nak sewa lori. Hehehe.

So, next week, our real life as a real husband and wife [Real means living under one roof - for real!] akan bermula. Bangun pagi, sama-sama bersiap untuk pergi kerja. Petang lepas habis kerja baru jumpa balik. Alaa, macam real husband and wife la. Sebelum ni macam PJJ so macam tak best. Hehe. Jadi, terasa tak sabar lahhh.. Haha

Ok lah. Tu je for today. Okbai

Otey2.. Shabar2..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, November 10, 2012

:: Touched ::

Salam.

Haih. Dah 2 bulan berlalu. Tapi sy masih nak bercakap pasal our-past-BiG Agenda.

Alaa janganlah bosan plish *kelip2 mata*

Entry berkaitan the BiG Agenda itself belum sy keluarkan [sebab tunggu wedding album yg tak siap2] tapi hari ni sy nak cerita berkaitan perkara selepas the BiG Agenda.

Oh well.. Semua orang tau apa yg berlaku selepas itu, betul tak?

Apa? Itu? Oh bukan. Cuba lagi.. Teett..

Haa? Yg tu pulak? Opsss.. No no no..

Yeah. Itu dia yg kita cari. Perkara yg berlaku selepas BiG Agenda ialah
.
.
.
.
Buka Hadiah!

Yeay! Tahniah kepada yg berjaya menjawab dengan tepat.

*LOL*

Part ni sy paling2 sangat2 suka pliss. Excited gile nak tengok hadiah apa yg dapat. Seumur hidup sekali je kot orang bagi banyak2 hadiah camni. Tol x?

[untung2 Dorrey punya barang dah tak yah beli. Ngeh3]

Ternyata telahan sy benar. Most of the presents that we got, fuh i must say were really useful to us. Dorrey yg empty dah ada barang. Hoyeah!

Of course tak de yg bagi set sofa atau tv --"

But still, banyak benda kecil2 , electrical appliances yg kami dah tak payah beli. The most amazing part is tiada hadiah yg repeated for both sides. Maknanya at my side dapat hadiah lain, at his side dapat hadiah lain.

Wah suke. Suke sangat! Hihi

Malas nak cakap banyak, kat bawah tu hadiah yg kami dapat from both sides.

Thanks kawan2 dan saudara mara.

Oh I'm touched!

Okey2.. Shabar2..



Wednesday, October 24, 2012

:: Batuk kung kung kung ::

Salam..

Sy ada satu cerita serius. Pasal rama-rama dalam perut. Ala yang omputih sebut butterflies in the stomach (ache) tu.

Masa nak majlis haritu, rama-rama tak datang hinggap kat pewot sy pon.
Eh serius ni, dekat2 nak w-day tu perasaan rama-rama dalam perut sy ni sangat minima. Rasa penat and tak sabar nak settle tu lagi kuat. Nervous? Takde pon. :D

Tapi seminggu sebelum majlis sy telah demam.

Dan batuk teruk kung kung kung. Tengah2 malam terbangun sebab batuk. Penat woo. Humanghaih~

Time w-day belah perempuan ok la kan nak sakit2 tu maybe sebab penat preparation ke ape (walaupun....)

Tapi yang tak best-nya seminggu sebelum majlis belah MBS pun sy mengalami sindrom yang sama jugak!

Batuk teruk kung kung kung

Sampai adik sy tanya

"Apsal bile nak kawen je awak mesti batuk teruk?"

"Errr...?" o_O

Sumpah takde jawapan.

Nak kata terlalu memikirkan sangat tu, heh takde pon. I relax2 je you. Plus kitorang tetamu je kan, so bukan nak kena prepare apa2 pun. Mental jela (kot).
Chop! Adakah sy telah nervous diluar sedar? Jeng jeng jeng.

Tapi batuk kung kung kung tu memang sangat tak cool.

Mujur dah takde kahwen2 lagi kn? Kalau tak...?

Batuk kung kung kung again!

=_="

Otey2.. Shabar2..

Batuk kung kung kung tp muka tetap menten. Kuing kuing kuing


Tuesday, October 2, 2012

:: MBS to MBS ::

Salam..

Korang keliru dengan tajuk entry kali ini? Please don't be ;)

Dulu2 kalau korang mengikuti entry2 sy pasti akan perasan kewujudan entiti bernama MBS ni kan?
Rasanya sekali baca pun orang boleh tau siapa MBS ni, tol tak?
Tetapi, apakah maksud MBS yang sebenarnya.... ??

Jeng jeng jeng

So, MBS stands for..
.
.
.
.
Stands for....
.
.
.
.
Stands for.........
.
.
.
.
Adeh malu lak nak reveal kan.

*lempangdirisendirilaju2kejap*

Fuhh.

I'm ready for this.

Yess.

Seriously. I'm ready to reveal it.

Please percaya okeh.

Here we go again.

M
B
S

Stands for

My
Bakal
Suami

*larikkkklk*

Malu2..

Gedixxx je lum pape da MBS bagai, kan? Kan?

Tapi saya percaya kalau kita sebut banyak2 kali ia akan jadi satu doa.

Dan alhamdulillah doa saya dikabulkan. ;)

And today, I still have MBS tapi it is not My Bakal Suami anymore.

It is..

My Beloved Suami <3 <3 <3

Wink2 (^_~)

Otey2.. Shabar2..


Wednesday, September 26, 2012

:: Syukran ::

Alhamdulillah..

Allah mendengar doa kami.
Rise and fall. Semuanya di tangan Allah.

Finally...

Encik Suami dapat offer kerja kat Melaka!

Hoyeahhh!

Rasa nak nanes. Allah sentiasa mendengar. His plan is always the best. Thank you Allah.

Tak sabar nak bulan Nov !

Wink2 (^_~)

Otey2.. Shabar2..


:: Tukar Status ::

Hari: Sabtu
Tarikh: 8 September 2012
Masa: 11.17 p.m

Alhamdulillah...

Dengan sekali lafaz, saya telah sah menjadi isteri kepada Encik Suami.

Cuba tengok masa yg dicatatkan di atas. Tengok sekarang!
.
.
.
Dah tengok?

Yess 11.17 malam.

Lewat tak?

Lewat kan?

Haaa itu la dia. Memang lewat. Bukan sebab Tok Kadi ceramah panjang lebar. Bukan jugak sebab Encik Suami terlalu nervous sampai akad nikah 3,4 kali lafaz (1 kali lafaz je owkayy), taaapiiii....sebab....

Rombongan pihak lelaki lambat sampai.

Kesian dorang. Dahla jauh, sampai2 je terus kena g akad nikah. Mandi pun tak sempat. Opsss terbocor rahsia di situ. Hihi. Puncanya? Mestila angkara sekolah ganti cuti raya punya pasal. Jadi mereka terpaksa bergerak lewat dari Sabak Bernam. Bila dah gerak lewat makanya sampainya jugak lewat dong.

So sementara menunggu ketibaan rombongan pihak lelaki, pelbagai aktiviti yang tidak dirancang telah diadakan di rumah saya. Antaranya:

1) Marhaban - kami tak plan tapi orang kampung willing nak buat. Petang hari akad nikah tu baru tau ada orang nak marhaban. Elok gak tu. Thanks orang kampung! :)

2) Berzanji - ini pun tak plan. Paklong i.e. Abang kpd Ayah telah menawarkan diri untuk berzanji malam itu. Petang baru tau. Elok gak tu. Plan berzanji lepas akad nikah, tapi tunggu punya tunggu pihak lelaki tak sampai2. So berzanji jalan dulu.
Thanks Paklong and the gang!

Tepat-tepat berzanji habis, tirerittt2.. Bunyi BBM masuk,

"Kitorang dah sampai"

Alhamdulillah. Lega sangat2. Segala kerisauan lenyap sekelip mata. Butterflies in my stomach pun terbang pi mana tak taw.

Ok jom kahwin! Time tu dah tak fikir apa,just tau nak setelkan cepat2 je. Nervous? Sebak? Langsung tak rasa! *teruknyashamimi*

Hahahahaha~

Otey2.. Shabar2..

Layan beberapa keping gambar akad nikah kami kat bawah ni yek. Enjoice!!












Saturday, September 22, 2012

:: Tahniah kawan! ::

Salam..

Wahh belum sempat update pasal majlis sendiri, sy dah sibuk-sibuk nk update pasal majlis member pulak. Member ni sy kenal masa belajar kt Uitm dulu. Kami satu kelas. Baik jugak la dengan dia sebab my hubby pun kawan dia 1 team bola. My roommate pun kamceng dengan mamat ni selalu study sama-sama (not me. I study sama dgn my hubby je. Haha)

Setahun yg lepas sy dapat tahu dia couple dengan seorang artis ni. No surprise la sebab memang tau mereka tu dah lama berkenalan. Bila sy terjah mamat ni, dia gelak je. Tapi dia pesan jangan kecoh maka sy dan hubby pun diamkan ajelah. Dia selalu la update status jiwang-jiwang kt bbm siap mention nama kekasih hatinya itu. Kadang-kadang DP bbm pun gambar artis tersebut.

*orangtengahmabukcintamacamtula*

Bulan puasa haritu dia tiba-tiba tanya sy pasal pelamin area batu pahat. Bila sy tanya 'nak tunang dah ke?' Dia cakap "lambat lagi". Sempat jugak dia pesan "ko jangan bitau orang tau" haha. Takut nauuuu..

Tup2 malam tadi keluar kat Galaksi pasal pertunangan dia dengan artis tu. Lepas tu heboh kat blog-blog cakap dia adalah ustaz! Haha kelakar betul. Dia memang pendidik. Pensyarah kat Uitm. Tapi tidak lah sampai tahap menjadi ustaz dalam erti kata sebenar.

My hubby pulak boleh sound dia kt bbm 'Assalam ustaz' hahaha kemain lagi mamat tu carut kat hubby. 'Ape ustaz2?' Marah oiit. :p

Apa-apa kami suami isteri doakan ko and tunang akan sampai ke jinjang pelamin macam kitorang jugak ek! Jangan lupa datang wedding kitorang nanti yek! Bawak tunang sekali.
.
.
.
Tahniah Mohd Habib Bullah dan Nurdiyana Amir Hashim a.k.a Diana Amir!

:)

Psst: aku ingat lagi ko punya cadangan nak wat backpackers ramai2 dgn dakni pergi redang la ape bagai. Apa cerita? Haha *lol*

Otey2.. Shabar2..

Oh maafkan saya. Ini sy dan Habib sewaktu dinner degree dulu. Harap Diana Amir x sakit hati. Haha *lol*
Encik suami, u x marah kn? Hoho


Wednesday, September 5, 2012

:: Kisah Temuduga ::

Salam..

Mesti semua orang yang telah bekerja pernah ada pengalaman ditemuduga kan? I mean white collar t-shirt punya kerja lah. Kalau business sendiri tu diam-diam je ok. Hehe.

Hari ni saya nak bercerita tentang pengalaman saya pergi interview kerja yang saya rasa sangat lah ironic dan ... (Lama paused ni tak tahu nak tulis apa)

Ok. Abaikan 'dan' tersebut. Let's continue.

Sebelum dapat kerja yang sekarang ni with [Tigers Aummm], saya telah pergi ke beberapa interviews. Some might worth it and some were just for the sake of experienced of being interviewed.

Jadi, standard lah kan bila nak pergi interview tu of course lah kita akan research a little bit about the background of the company, who's the CEO and bla bla bla. Sama lah macam saya. Setiap kali ada call for interview, saya akan bersungguh study, buat karangan about the company, what are the questions that being be asked by the interviewer (siap Google FAQs nih!) and the list continued.

Sampaikan saya dah hafal semua jawapan tu. Heh

Taaaapiiiii....

Nan-ado. Kerjanya tetap jugak tak dapat. Paling best interview dengan Giant lah. Seminggu study tapi a day before interview I couldn't make it to KL sebab kampung Banjir! Danggg! Buat penat je hafal -_-"

Kemudian panggilan untuk temuduga dari Tigers [Aummm]. Ironically, I didn't do a research..at all! Nadha.. Yilek..
Tak tahu lah kenapa tapi time tu saya lebih fokus untuk study accounting. Sebab dalam emel tu cakap akan ada test pasal accounting. Berat2. Dahla major admin. Tiba-tiba interview accounting. Nama jawatan pun dah sangat account dah 'Account Officer'. Time tu Dr Cr memang dah tak de dalam otak. Nasib baik ada adik-adik foodcourt bagi pinjam buku akaun form 5. Boleh study sambil bertugas jadi cashier. Thanks Qasyi n the gang! :)

Bila time interview tu, one candidate walk out from the interview room.

I asked her "Apa orang tu tanya?"

Dia jawab "Mula-mula dia tanya pasal background Maybank"

Dangggg!! Aku lupa langsung study part tu! Ni accounting punya pasal la ni!

Sepantas kilat mata melilau dalam bangunan tu cari info apa yang patut. Nampak banner 'Celebrating 50 years of Maybank'. Ok Maybank dah 50 tahun. Next next. Info info. I need info!!

Time tu mana pakai BB lagi. Nk Google on the spot pun tak boleh. Acane ni?

Ok SMS MBS.

"Awak, apa yang awak tau pasal Maybank?"

"Emm.. Dia bagi pinjaman pada syarikat SME kot" Oh betul! Tambah lagi point.

"OK thank you awak"

Info lagi info !!

Takde.

Yesss takde. Otak blank and blur.

What is Maybank? Haish hentam jela dalam bilik interview tu karang.

Dan...

Ironi nya saya dapat kerja kat Maybank. Alhamdulillah. Banyak sangat perkara yang tak smooth berlaku sebelum interview tapi entah macam mana, boleh dapat pulak. Rezeki kan? Kadang-kadang, secantik mana perancangan kita pun, Allah punya perancagan lagi cantik. Things happened for a reason, rite?

Otey2.. Shabar2..

;)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, September 2, 2012

::Kurang Seminggu::

Salam Syawal..

Selamat Hari Raya,
Hari untuk kita bersuka ria....

Tapi, sy berdebarrrr..

Tinggal 7 hari saja lagi .. Ok. Itu smlm.
Tinggal 6 hari saja lagi utk bergelar Cik.
:')

[Xsbrnkbgelarpuaneheh]

So far semua persiapan masih dalam keadaan terkawal. Takde over stressed, kecuali di pihak MBS sebab adik dia kena sekolah pulak hari Sabtu tu. Pening sikit la nak arrange transport apa semua. Jauh kan. Nak kejar masa pulak -_-"

Lain-lain masalah masih belum dapat foresee lagi. Harap semua yang dirancang berjalan lancar dan dipermudahkan. Diharapkan jugak hari tersebut hari yg indah, cerah, gemilang dan terbilang. Kui3

Doakan ye! ;)

Macam tak percaya lepas ni tak jadi CIK NSMY dah.

But I'm looking forward to be PUAN NSMY or MRS MFMM though. Kih3


Otey2.. Shabar2..
;)



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, August 11, 2012

:: 26 Ramadhan Yg Memilukan ::

Salam Ramadhan.

Berikut adalah karya asal Bonda sy, Normah bt Salim yg didedikasikan kepada Allahyarham nenda tercinta Salim B Ahmad. Cerita dibawah adalah kisah benar dan semoga dapat mendoakan kesejahteraan semua yg terlibat di dalam cerita ini. InsyaAllah..
.
.
.
.
.
.
Tajuk: 26 Ramadhan Yang Memilukan.

Masih segar diingatanku pada tahun 1986 aku bersama suami dan anak-anakku menyambut Awal Ramadhan di rumah ibubapaku di Felda Tenang. Aku yg ketika itu mempunyai 2 org cahayamata perempuan berusia 3 tahun dan 3 bulan balik ke kampung dengan menaiki bas, manakala suamiku pula menaiki motosikal. Jarak rumah kami di Cha'ah lebih kurang 30km dr kampung. Abahku ketika itu sedang terlantar sakit sejak beberapa bulan sebelumnya. Walaupun kesihatannya tidak mengizinkn, abah tetap ingin bermain-main dgn kedua-dua cucunya itu. Tetapi ternyata kudratnya tidak mampu, nafasnya cepat penat, doktor kata abah ada masalah jantung dan paru-paru kerana Abah seorang perokok.

Semasa aku bersiap-siap utk pulang ke rumahku, tiba-tiba Abah bersuara "Normah, sepuluh hari sebelum raya nanti baliklah.... Boleh buat kuih dgn adik", pinta Abah dgn suara tersekat-sekat. Aku dan suami berasa serba-salah dgn permintaan Abahku itu, maklumlah, suamiku bekerja dan aku pula agak susah nak pulang bersendirian bersama 2 orang anak yg masih kecil.
"Tengoklah nanti Bah, kalau boleh Normah balik nanti tp rasanya macam tak boleh je", jawabku perlahan.
"Alaaa... Baliklah...", pinta Abah lagi. Aku hanya mampu terdiam. Aku serba salah diantara permintaan Abah dan tanggungjawabku pada suami, maklumlah di bulan Puasa, kalau tanpa isteri, bagaimana agaknya suamiku nak menguruskan makan dan minumnya.

Aku lalui hari-hari dalam bulan Ramadhan itu dengan perasaan yg sentiasa berdebar-debar. Aku risau dgn keadaan kesihatan Abah. Aku nak bertanya khabar, aku tak ada telefon. Begitu juga dgn keluargaku di kampung. Jiran-jiran juga tidak mempunyai telefon.

Cuti raya suamiku pada tahun itu bermula pada 4 Jun 1986 kerana pada hari itu adalah cuti Hari Keputeraan Yang DiPertuan Ahong. Hari itu juga bersamaan 26 Ramadhan. Aku dgn gembira dan tak sabar-sabar menyiapkan pakaian dan anak-anak utk pulang ke kampung. Tak sabar rasanya mahu berjumpa dgn Emak, Abah dan adik yg tentunya sedang sibuk membuat persiapan utk menyambut Hari Raya. Aku membayangkan tentunya Abah semakin sihat.

Seperti biasa, aku dan anak-anak menaiki bas manakala suami pula menaiki motosikal. Setibanya di kampung, lebih kurang pukul 11 pagi, aku meminta diturunkan di awal perumahan kampung kerana suami sedang menunggu dengan motosikal utk mengambilku walaupun aku boleh berjalan kaku utk terus ke rumah Abah. Aku dan suami ingin melalui jalan yg agak jauh sedikit kerana ini merasai kemeriahan orang-orang kampung membuat persediaan utk menyambut Hari Raya. Aku lihat ada orang kampung yg sedang mengacau dodol dan ada yg sedang membersihkan rumah mereka. Meriah sungguh kurasakan ketika itu.

Dalam jarak dua buah rumah sebelum sampai ke rumah Abah, aku melihat beberapa orang keluar masuk halaman rumah Abah dan salah seorang dari mereka melambaikan tangan ke arahku. Aku hairan dan mula merasa cemas. Setelah aku menghampirinya, jiran itu pun berkata

"Abah awak dah TAK ADA"

Ya ALLAH! Benarkah apa yg aku dengar??

Lebih memilukan jiran memberitahuku bahawa Abah menghembuskan nafasnya yg terakhir baru 5 minit lepas.

Ya ALLAH Ya Tuhanku! Sesungguhnya ini adalah takdirMu Ya Allah! Seandainya aku terus berjalan kaki menuju ke rumah Abah selepas turun dari bas tadi, tentunya aku sempat berjumpa dgn Abah. Aku redha dgn takdirMu Ya Allah.

Sambil menangis dan mendukung anakku yg berusia 3 bulan, aku terus masuk ke rumah dan kulihat Emak tabah menghadapi dugaan inii. Dalam duka aku bersyukur kerana Emak tak apa-apa walaupun kesihatannya tidak begitu mengizinkan dgn pelbagai penyakit.

Di atas meja aku ternampak hidangan bubur som-som yg disediakan adik utk Abah, namun tak sempat dijamah oleh Abah.

Emak memberitahuku, sejak beberapa hari lalu sehingga beberapa jam sebelum Abah pergi, dia kerapkali bertanyakan tentangku kepada Emak. "Bila Normah nak balik?", diulang-ulang soalan itu walaupun setelah puas dijawab Emak.

Aku benar-benar rasa bersalah.

Kami sempat mengadakan kenduri utk Abah selama dua hari sebelum Raya dan pada pagi Raya pertama. Mudah-mudahan roh Abah dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat orang-orang yg Soleh.

Pada 1 Jun 2000 pula aku kehilangan Emak yg amat dikasihi setelah 3 minggu terlantar di hospital. Aku bersama kakak dan adik dapat bersama-sama menjaga Emak hingga disaat dia menghembuskan nafasnya yg terakhir. Kini, kakakku juga telah kembali ke Rahmatullah pd 2006.

Al-Fatihah buat 3 insan yg amat aku kasihi

Abah tersayang SALIM b AHMAD
Bonda tercinta MAIMON bt ABD HAMID
Kakak yg dikasihi MARIAM bt SALIM

Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Amin.

:'(


Otey2.. Shabar2..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, August 6, 2012

:: Diam tak Diam ::

Ohoooohoii !

Diam tak diam dah tinggal 30++ hari je lagi sebelum our next BiG agenda.

Or to be exact 33 hari saja lagi!!
*ok boleh pitam sekarang*

Phewww sudah semakin hampir nampaknya. Bersedia atau tidak, rempuh saja dinding itu !!

:p

Hari ini 6 Ogos 2012 bersamaan 17 Ramadhan 1433H ialah hari Nuzul Quran so Selangor cuti la. Ni baru sampai rumah lepas anta MBS a.k.a Mr.T naik bas kat bustand Muar. Dia temankan aku balik Muar pagi tadi dr Shah Alam. Alang-alang ada kt Muar aku terus suruh dia hantar resume kat bank-bank berhampiran. Semoga dengan rahmat Ramadhan, Nuzul Quran dan hujan yang turun sepanjang hari ni, rezeki dia untuk duduk Melaka akan mula memancarkan sinar. *cewah*

Terasa sikit beremosi masa hantar dia kt bustand td sebab lepas ni aku akan jumpa dia dengan status yang berbeza. All new. Completely new. Everything is new. New title. New life. New commitment. New way of doing things. New family. New this. New that.

*oh pitam lagi*
+_+

Maka...
.
.
.
.
Maka kami, rakyat Malaysia berikrar!

Opss salah channel ;p

Maka, sy pun terasa berdebar-debar. Terasa macam nervous sangat. Takut make up tak santekkkk. Huwaa !! Cuaksssss... ! *dlm bnyk2 benda itu yg paling aku takutkn* Sigh =='

Tapi betul ape. Kalo make up tak santek habis lah ! Itu yang paling banyak masuk dalam gambar tau.

.Muka yang diselaputi make up.

Kalau muka bercapuk-capuk camne? Haaa.. Sapo nak jawab tu?

Fuhh 30 hari? Adakah ini benar? Tempeleng muka laju-laju kejap.

Dush dush dush!! (Adoyy)

OK. Ini benar. Jadi, face it !! Be a girl ! Haha ;p


Otey2.. Shabar2..



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, July 16, 2012

:: Sekitar Sudut ::

I'm sick and tired.

The BiG day is just around the corner. Tapi Mr.T a.k.a MBS still xde dapat job interview kt Melaka nih. Penat dah aku dok apply keje kt jobstreet tu untuk dia. Tapi nan-ado. How? Takmau la pjj wehhh.. Costly sangat2 lah. Dah ada Dorrey tapi kena sewa 2 umah lg (MBS kt Shah Alam, Me kt Muo). Kan membazir tu.

Really2 hope MBS dapat tukar Melaka secepat mungkin. I mean at least before next year. Amin.

Err ada sape2 nak bg MBS keje tak kat Melaka tu? Kalau ada sila hubungi saya secepat mungkin yek. Terima kasih :)


.
.
.


And the BiG day is coming. And I'm ready for it ! Ewah!

Sebenarnya bila makin dekat makin malas. Ahaha. Rasa macam semua benda nak suruh org lain buatkan. Padahal dulu janji dengan diri sendiri 'Everything must have my Personal Touch except for kenduri' Haha.

Wahh kena bukak checklist balik ni. Macam baaaanyaak je saya belum setelkan ni. Aigooo. Fengsan!


Otey2.. Shabar2..



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, June 20, 2012

:: Buku Lagu ::

Salam...

Tiba-tiba di tengahari yang rembang ni sy teringat pulak pada Buku Lagu sy. Buku Lagu? Apekah?

Dulu, (sampai sekarang pun sebenarnya ==' ) sy sangat suka menyanyi. Macam-macam lagu saya hafal. Jadi, bila dah hafal banyak-banyak lagu tu sy jadi risau yang suatu hari nanti sy akan terlupa kesemua lirik lagu-lagu tersebut. *sigh*

Maka, untuk mengelakkan masalah itu dari berlaku, sy pun salin lah semua lirik-lirik lagu yang sy hafal ke dalam sebuah buku. Kadang-kadang lirik yang sy jumpa kat surat khabar (surat khabar dulu ada enclosed lirik lagu-lagu popular) sy gunting and tampal dalam buku tu jugak...

Salin punya salin tak sedar dah penuh pun buku tu. Sy berani jamin kesemua lagu dalam tu sy hafal liriknya. Haha. *punye la minat kann*

Sampai lah tak muat buku tu, sy buka pulak buku baru.

Buku Lagu Volume 2 nama diberi >.<

Tapi tak sangka pulak hobi sy ni rupanya memberi faedah pada orang lain. *lol*
Ramai yang pinjam Buku Lagu sy untuk buat rujukan hokeh!

*haha*

Kira zaman sekolah tu ramai gak la yang pinjam Buku Lagu tu. Jadi, dari satu tangan ke satu tangan entah macam mana sy kehilangan jejak keberadaan Buku Lagu kesayangan sy. Sampai sekarang sy tak tahu siapa yang terakhir menggunakannya dan di mana ia. Sangat sedih :'(

*nak nangis boleh?*

Huwaaaa!! Kenangan kotttt.. Macam-macam lagu ada.

Hits 90-an dan awal millenium. Ecewah! :D


Tapi, ape-ape pun Buku Lagu tu antara kenangan terindah zaman persekolahan sy :')


Otey2.. Shabar2..



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, April 23, 2012

:: Pokok betik marah ::

Salam..

Ok. Ini memang unik. Pokok betik berupa wajah manusia yang sedang marah.

Ladang betik di Kampung Parit Hassan, Simpang Renggam di sini yang bakal dikunjungi oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bulan depan memiliki keistimewaan tersendiri apabila sebatang daripada pokok berkenaan berwajah manusia.

Lebih menarik, wajah manusia pada pangkal batang pokok betik itu menunjukkan emosi marah.

Keunikan rupa batang betik itu disedari oleh salah seorang urus setia program tersebut yang enggan namanya didedahkan ketika mengunjungi ladang tersebut kelmarin.

"Saya terus memanggil rakan-rakan urus setia yang lain untuk sama-sama melihat rupa batang pokok betik yang pelik tetapi menarik ini," katanya kepada Kosmo! semalam.

Sumber dr sini:

http://www.harian-metro-online.com/batang-pokok-betik-berwajah-manusia?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+HarianMetroOnline+%28Harian+Metro+Online%29


Otey2.. Shabar2..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, April 17, 2012

:: TUHAN, jagakan dia ::

TUHAN JAGAKAN DIA - MOTIF BAND

Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku

Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku yang tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

.
.
.
.
.

After Perkara November aritu MBS tiba-tiba BBM lagu ni. Masa mula-mula dapat tu I was like
'Lagu ape la ni kan... Tak pernah dengar pon'.
Lepas tu without hesitation I asked MBS

"Lagu sape ni? Best ke?"

Secara confident nye MBS menjawab

"Lagu ni untuk awak. Dengar la lirik dia."

He put a smiley face in his bbm message :)

After dengar + menghayati lirik lagu tu, I was about to cry. Sooo sweet. It reminds me of the Tragedy March last year. Oh it was horrible! Xmo lalui perkara2 seperti itu lagi! Sumpah makan sate 16 cucuk! :D

So, here's the song:

http://www.youtube.com/watch?v=o8NGPOgLrL8&sns

Enjoy!! ^^


Btw, lepas tu sy tanya MBS mana dia dapat lagu tu? Dia bilang ofismate dia selalu buka kt ofis. Lama-lama dia pun naik hafal. Dan akhirnya dia pun bluetooth... Kemudian bbm kat saya =='


Otey2.. Shabar2..



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, April 14, 2012

:: AA to ZZ ::

Salam 1 Malaysia..

Tiba-tiba pagi ni terasa nak bercakap pasal dunia hiburan pulak. Since many had suggesting "Kau ni patutnye jadi wartawan hiburan. Segala gossip-mossip tau!" :D Well, bakat ini diperturunkan oleh Puan Mak ;p

Ceritera bermula...

Anugerah Bintang Paling Popular 2011 jatuh kepada

Jeng jeng jeng (bunyi drum)

AA!!

Semoga gembira, puas hati, tutup cerita.

Tidak. No no no.

Tiba-tiba muncul pelakon ZZ yang mahu dilihat sebagai hero mempersoalkan kemenangan AA. Aduh A to Z masalah ni ek. Kata ZZ "AA artis negara jiran, sedangkan ramai lagi artis tempatan yang patut diberi perhatian"

Perkara kecil yang diperbesarkan. Pada saya, kemenangan AA xde isu langsung pun. Sebab:

1. Namanya pun anugerah paling POPULAR. Bukan paling TERBAIK. Xde isu kot. Popular tak semestinya terbaik. AA menang hanya kerana orang sukakan dia. Memang tahun lepas rakyat Malaysia sukakan artis negara jiran. So?

2. Anugerah yang diberikan adalah anjuran sebuah syarikat surat khabar semata-mata. Format penjurian 100% suara peminat. Bukan dari FINAS, RIM etc yang memang diwujudkan untuk mengiktiraf bakat seseorang. Xde isu kot.

3. Oleh sebab AA rakyat negara jiran maka dia tak boleh menang. Kenapa pulak? Pada tahun 199x (x ingat) M.Nasir pernah menang anugerah yang sama sedangkan waktu tu dia masih belum dapat taraf Penduduk Tetap kat Malaysia ni. Kenapa time tu xde orang persoalkan? Kenapa time tu ZZ tak persoalkan? (Maybe he did, tp time tu dia belum jadi artis so dia bising2 dgn family je la kot? LOL)
Well, xde isu kot...

4. Dah 5 tahun AA tersenarai dlm ABPH tapi ZZ tak pernah persoalkan. Kenapa? Sebab AA tak menang jadi ZZ tak nampak. Hanya apabila AA menang barulah ZZ bising-bising. Adoi la. Jangan la memalukan diri sendiri wahai ZZ. Ishhh xde isu kot sebenarnya ni.

5. ZZ samakan taraf pelakon luar macam pembantu rumah? Bercakap tak hormat orang langsung. Macam tu ke cara kita hormat tetamu? Macam tu ke cara kita hargai orang yang dah sumbangkan sesuatu dalam ekonomi negara kita? Are they here to serve you? Well, pembantu rumah pun manusia kot. Mereka datang sini nak berkongsi rezeki dan dalam masa yang sama turut menyumbang kepada ekonomi negara kita. Tak dinafiikan filem-filem AA banyak yang box office macam KL Gangster, Ombak Rindu etc. Bukankah itu penjana ekonomi kita secara tak langsung? Kenapa tidak kita berterima kasih? Kenapa ZZ bercakap macam orang yang tidak tahu bersyukur? AA menang, xde isu kot!


Pada sy ZZ yang ada isu. Dia berada di situ untuk memperjuangkan nasib artis Malaysia. Tapi kenapa dia tidak melakukan research sebelum mengutarakan sesuatu pendapat? Tolonglah, tunjukkan yang artis Malaysia ni "Beauty with brain" not "Beauty without brain" Jangan memalukan diri sendiri dengan fakta-fakta yang salah! Ni lah yang dinamakan "Menegakkan benang yang basah"


Otey2.. Shabar2..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, April 10, 2012

:: Dorrey VS Jigsaw Puzzle ::

Salam..

There are 2 big things in my mind right now. It keeps switching to one another.

..Dorrey and Jigsaw Puzzle..

Both need $$$$ helaluyah!

*ohpengsan!*


Hari ni sy masuk kedai bunga.
Esok sy masuk kedai lampu pulak.
Lusa sy dok usha katalog cat.
Tulat sy usha iklan perabot kt surat khabar.


Yup. Itu lah yang sy lakukan semenjak dua menjak tiga menjak ni.

Usha je la tapi. Beli nye belum lagi. Mana yg mampu aje. Hehe

Haaa tu la masalahnya. Kemampuan. Ikutkan hati apa barang depan mata semua nak rembat. Tapi takut di kemudian hari bila ada kecemasan tak leh nak korek2 tabung pulak. So terpaksa lah ku pendam sebuah duka, I mean ku pendam perasaan yang membuak-buak nak beli segala jenis mak nenek barang-barang utk Dorrey and Jigsaw Puzzle tersebut.

Both are important.

Tapi MBS cakap suruh dahulukan Jigsaw Puzzle.
Sy setuju tapi sy jugak tak sabar nak bersama Dorrey! Nak hias dia cantik-cantik (terasa nak berGoogle cari inspirasi pulak!)

Semoga rezeki kami murah dan Kau permudahkanlah urusan kami ini Ya Allah~


.Amin.


Otey2.. Shabar2..



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, April 2, 2012

::Rindu::

Salam..

Sy kerinduan.

:'(

Rindu kat Dorrey.

Dah lama sy tak jenguk dia. Bukan tak nak. Bukan takde masa. Tapi buat masa ni sy sedang berusaha untuk beli barang-barang keperluan Dorrey dulu. No point sy asyik menjenguk Dorrey tapi barang-barang keperluan dia sy tak sediakan. Jengah Dorrey yang kosong dan kotor buat hati sy sakit. Kesian Dorrey. Kawan-kawan dia semua da complete.

Dorrey, I'm sorry. Sy belum punya upaya untuk melengkapkan awak dalam masa terdekat ni. Tapi sy sedang berusaha. This I promise u. Sy dan MBS sedang berusaha untuk awak. Hope sebelum our Agenda nanti, awak dah boleh kami ready kan. Doakan kami murah rezeki ok? Can't wait to be with you! ;)

Sabar ye?


Otey2.. Shabar2..



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, March 29, 2012

MBS kelako >.<

Huhuhuhu..

Kadang lucu gak tengok MBS ni. Dia tau blog kite ni dia sorg je yg baca (kot?), kemain lagi komen2 dia eyh..

Tapi ce tengok kat fb. Yang ado...?? Komen brutal-brutal je. =='

Jap nak gelak...


Hahahaha~


Okey, stop it.
Tanak komen lebih-lebih. Nanti MBS rasa tercabar lantas dia komen bukan-bukan pulak kat fb sy.


Shegan~ >.<


Otey2.. Shabar2..


Psssttt.. Papepon, tenkiu MBS sebab jd pengikut setia belog ini eyh! ^^



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, March 24, 2012

:: Lee Seunggi & 2 Days 1 Night ::

Salam..

I had so much tears tonight. Someone is leaving~

No. It's not one of my family members nor my friends.

It's Lee Seunggi.

He's leaving 2 Days 1 Night, my no.1 favourite variety show in Korea.

Sedihnya. Ya, Seunggi ada kat Strong Heart (ONE HD-393), tapi dalam tu dia duduk je. Boring lah~!
Dalam 2D1N he was so different. All spontaneous. The other side of him. I called it the 'wild' side of Lee Seunggi.

Hehehehe

Gosh! I'm gonna mish him a lot. Mesti terbayang-bayang je dia de dalam show tu lagi. Hmmmm.. :'(

Untuk update terbaru berkenaan Seunggi sy telah terjumpa blog ini

http://leeseunggiworld.wordpress.com/

Kat situ dia update all latest news about him. Dorg jugak ada link kpd blog Real Seunggi, tp sebab tulis Korea so better I follow the abovementioned saje! ^^

Oh! Masih sedih bila ingat Seunggi dah xde dalam 2D1N~

Otey2.. Shabar2..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, March 20, 2012

Sebelum Tidur

Huargkhhh!!

Humanghaii.. Buruk bebenor menguap ghupe itu yek? Tp what to do. Sememangnya saya mengantuk tetapi apakah sebabnya??

Jeng jeng jeng...


Sebab dah pukul 12 malam! Hoyehh!! Kelakar la sangat! :p

Sebenarnya saya dah mengantuk tahap berdengkur dah ni. Tapi oleh sebab kerana mahu menunggui-nya-pun-adhoiii MBS balik dari futsal, makanya jangan cilok-mencilok! Eh, silap. Makanya saya pun belum tidur lagi.

Ya, betul. Memang saya di [Johor] dan dia di [Selangor], tapi saya nak tunggu jugak. Ada aku kesah? Ahaha

Sebab saya nak pastikan dia selamat sampai rumah baru saya boleh tidur dengan aman.

Sweet x? Bluwekkk!!!


Tapi serious gua mengantuk giler ni. Cepatlah MBS oii..


Otey2.. Shabar2..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, March 18, 2012

:: How Funny can a Life be ::

Sometimes, life can be so funny.

Dia yg telah menghadirkan tsunami pada kita, (seb bek x berjaya) tiba-tiba boleh jadi lebih advance daripada kita pulak. Dek kerana dia, kita hampir2 x jadi 'Perkara November'. Tapi secara tiba2 dan entah bagaimana, kita belum sempat siapkan masjid (completion date jauh lagi, bajet ciput), masjid dia siap dulu?

Isn't it funny??

Itulah namanya takdir. Things happened for a reason. But she's so lucky la I guess. Sesedap rasa bagi tsunami kat org, but then bile sampai giliran dia kemain cepat nk settle down. Xde org pun sempat men'tsunami'kan anda. Untungla~

But neva mind dik. Becoz of u, iMMi are getting stronger. At least awak dah memberi iMMi pengalaman itu. Kau ado? :D
Tapi tu la, awak pulak ada masjid dulu ek. Genap setahun selepas tsunami tu pulak kannnn...

Pheww it is so FUNNY!!

Righttttt..???
.
.
.
.
.
.
.
.
Demmmm!


Otey2.. Shabar2..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, March 10, 2012

:: Harta Paling Membahagiakan ::

Salam 1 Malaysia..

Wahh ada gaya penyampai berita RTM x? Ekekek :p

Ini status FB sy semalam:

- Harta itu adalah kebahagiaan. Harta yg plg membahagiakan ialah sebuah perkahwinan. Biarlah xde keta $400k pun, sebab keta, umah, dan brg2 mahal tu sume x dpt nk menandingi harta yg plg membahagiakn itu~

Susah sama2, senang ttp bersama. Bukankah itu lbh membahagiakn? -

Sy tak faham dgn sesetengah orang. Ada yg sanggup tangguh kahwin sbb belum dapat kereta idaman, rumah idaman, dan segala idaman yg lain. Penting ke tu semua? Pada sy, as long as ada kereta (baru tp local), rumah (double storey tp kecil) itu dah memadai.

Sebab perkahwinan tu sebenarnya lebih membahagiakn.

Kalau kita dilanda masalah, at least kita tau ada seseorang kt belakang kita utk support. Bila kita happy, ada dia utk kita share kegembiraan. Bila kita sakit, dia ada utk jaga kita.

InsyaAllah.

Kereta, rumah etc dpt ke buat mcm tu?

Lu pikir lah sendiri!


Otey2.. Shabar2..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.




::Harta yang paling membahagiakan::


::ImJennaDorrey::
Mereka bertiga adalah kebahagiaan saya
=)

Friday, March 9, 2012

:: Syukran Ya Allah ::

My Deputy just texted me, and she told me something about my KPi. Alhamdulillah it's actually beyond my expectation. Bila dikenang2 kembali kegagalan lalu dengan apa yg sy ada hari ini...

.Terasa sume airmata zaman dahulu kala telah terbayar.

I don't know how to express this feeling but...

ALHAMDULILLAH - praise to ALLAH

Berada dalam team yg sangat supportive is a blessed. I'm so happy doing my job here, no stress (atau sy yg telah terbiasa?). Dari Head sampai Clerk, semua mcm 1 family.

Kerja ni memang susah, but 1 thing I embedded in mind..

.NO PAIN NO GAIN.

Semua kerja pun susah.

Sape yang kata kerja dia senang tp gaji beso, angkat tangan!

Hey trust me, the power of your mind. Just have fun and everything will goes smoothly.
But my utmost Thanks is to my one and only God, ALLAH. Ya ALLAH, Kau jadikanlah aku manusia yg bersyukur dan bukannya kufur dan semakin melupakan-Mu dengan limpahan rezeki ini. Jadikanlah aku hambamu yg lebih baik dr kelmarin.

~Amiinn~

Oh, dan terima kasih jgk pd MBS sbb sntiasa cuba utk menceriakan sy disaat-saat kerja2 sy menjadi sukar. Lebiyu!
And also to my beloved family, thanks!! ^^

Ishh. Terpanjang dan beremosi la plak post kali ni ye. Hihi. Maklumlah, bukan selalu dpt kpi cmtu. Ntah2 sekali seumur hidup kot (selisih malaikat 44! Sy nk dpt banyak2 kali :p )

Otey2.. Shabar2..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Try Test

After mendalami ilmu ini secara mendalam selama beberapa minit, akhirnya aku mencuba utk mengepost sesuatu ke Blog ini melalui BB! Kalo post ni dah terpost maka aku berjaya. Hoyeehhh!!!

^^

Otey2.. Shabar2..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails