Wednesday, September 26, 2012

:: Syukran ::

Alhamdulillah..

Allah mendengar doa kami.
Rise and fall. Semuanya di tangan Allah.

Finally...

Encik Suami dapat offer kerja kat Melaka!

Hoyeahhh!

Rasa nak nanes. Allah sentiasa mendengar. His plan is always the best. Thank you Allah.

Tak sabar nak bulan Nov !

Wink2 (^_~)

Otey2.. Shabar2..


:: Tukar Status ::

Hari: Sabtu
Tarikh: 8 September 2012
Masa: 11.17 p.m

Alhamdulillah...

Dengan sekali lafaz, saya telah sah menjadi isteri kepada Encik Suami.

Cuba tengok masa yg dicatatkan di atas. Tengok sekarang!
.
.
.
Dah tengok?

Yess 11.17 malam.

Lewat tak?

Lewat kan?

Haaa itu la dia. Memang lewat. Bukan sebab Tok Kadi ceramah panjang lebar. Bukan jugak sebab Encik Suami terlalu nervous sampai akad nikah 3,4 kali lafaz (1 kali lafaz je owkayy), taaapiiii....sebab....

Rombongan pihak lelaki lambat sampai.

Kesian dorang. Dahla jauh, sampai2 je terus kena g akad nikah. Mandi pun tak sempat. Opsss terbocor rahsia di situ. Hihi. Puncanya? Mestila angkara sekolah ganti cuti raya punya pasal. Jadi mereka terpaksa bergerak lewat dari Sabak Bernam. Bila dah gerak lewat makanya sampainya jugak lewat dong.

So sementara menunggu ketibaan rombongan pihak lelaki, pelbagai aktiviti yang tidak dirancang telah diadakan di rumah saya. Antaranya:

1) Marhaban - kami tak plan tapi orang kampung willing nak buat. Petang hari akad nikah tu baru tau ada orang nak marhaban. Elok gak tu. Thanks orang kampung! :)

2) Berzanji - ini pun tak plan. Paklong i.e. Abang kpd Ayah telah menawarkan diri untuk berzanji malam itu. Petang baru tau. Elok gak tu. Plan berzanji lepas akad nikah, tapi tunggu punya tunggu pihak lelaki tak sampai2. So berzanji jalan dulu.
Thanks Paklong and the gang!

Tepat-tepat berzanji habis, tirerittt2.. Bunyi BBM masuk,

"Kitorang dah sampai"

Alhamdulillah. Lega sangat2. Segala kerisauan lenyap sekelip mata. Butterflies in my stomach pun terbang pi mana tak taw.

Ok jom kahwin! Time tu dah tak fikir apa,just tau nak setelkan cepat2 je. Nervous? Sebak? Langsung tak rasa! *teruknyashamimi*

Hahahahaha~

Otey2.. Shabar2..

Layan beberapa keping gambar akad nikah kami kat bawah ni yek. Enjoice!!












Saturday, September 22, 2012

:: Tahniah kawan! ::

Salam..

Wahh belum sempat update pasal majlis sendiri, sy dah sibuk-sibuk nk update pasal majlis member pulak. Member ni sy kenal masa belajar kt Uitm dulu. Kami satu kelas. Baik jugak la dengan dia sebab my hubby pun kawan dia 1 team bola. My roommate pun kamceng dengan mamat ni selalu study sama-sama (not me. I study sama dgn my hubby je. Haha)

Setahun yg lepas sy dapat tahu dia couple dengan seorang artis ni. No surprise la sebab memang tau mereka tu dah lama berkenalan. Bila sy terjah mamat ni, dia gelak je. Tapi dia pesan jangan kecoh maka sy dan hubby pun diamkan ajelah. Dia selalu la update status jiwang-jiwang kt bbm siap mention nama kekasih hatinya itu. Kadang-kadang DP bbm pun gambar artis tersebut.

*orangtengahmabukcintamacamtula*

Bulan puasa haritu dia tiba-tiba tanya sy pasal pelamin area batu pahat. Bila sy tanya 'nak tunang dah ke?' Dia cakap "lambat lagi". Sempat jugak dia pesan "ko jangan bitau orang tau" haha. Takut nauuuu..

Tup2 malam tadi keluar kat Galaksi pasal pertunangan dia dengan artis tu. Lepas tu heboh kat blog-blog cakap dia adalah ustaz! Haha kelakar betul. Dia memang pendidik. Pensyarah kat Uitm. Tapi tidak lah sampai tahap menjadi ustaz dalam erti kata sebenar.

My hubby pulak boleh sound dia kt bbm 'Assalam ustaz' hahaha kemain lagi mamat tu carut kat hubby. 'Ape ustaz2?' Marah oiit. :p

Apa-apa kami suami isteri doakan ko and tunang akan sampai ke jinjang pelamin macam kitorang jugak ek! Jangan lupa datang wedding kitorang nanti yek! Bawak tunang sekali.
.
.
.
Tahniah Mohd Habib Bullah dan Nurdiyana Amir Hashim a.k.a Diana Amir!

:)

Psst: aku ingat lagi ko punya cadangan nak wat backpackers ramai2 dgn dakni pergi redang la ape bagai. Apa cerita? Haha *lol*

Otey2.. Shabar2..

Oh maafkan saya. Ini sy dan Habib sewaktu dinner degree dulu. Harap Diana Amir x sakit hati. Haha *lol*
Encik suami, u x marah kn? Hoho


Wednesday, September 5, 2012

:: Kisah Temuduga ::

Salam..

Mesti semua orang yang telah bekerja pernah ada pengalaman ditemuduga kan? I mean white collar t-shirt punya kerja lah. Kalau business sendiri tu diam-diam je ok. Hehe.

Hari ni saya nak bercerita tentang pengalaman saya pergi interview kerja yang saya rasa sangat lah ironic dan ... (Lama paused ni tak tahu nak tulis apa)

Ok. Abaikan 'dan' tersebut. Let's continue.

Sebelum dapat kerja yang sekarang ni with [Tigers Aummm], saya telah pergi ke beberapa interviews. Some might worth it and some were just for the sake of experienced of being interviewed.

Jadi, standard lah kan bila nak pergi interview tu of course lah kita akan research a little bit about the background of the company, who's the CEO and bla bla bla. Sama lah macam saya. Setiap kali ada call for interview, saya akan bersungguh study, buat karangan about the company, what are the questions that being be asked by the interviewer (siap Google FAQs nih!) and the list continued.

Sampaikan saya dah hafal semua jawapan tu. Heh

Taaaapiiiii....

Nan-ado. Kerjanya tetap jugak tak dapat. Paling best interview dengan Giant lah. Seminggu study tapi a day before interview I couldn't make it to KL sebab kampung Banjir! Danggg! Buat penat je hafal -_-"

Kemudian panggilan untuk temuduga dari Tigers [Aummm]. Ironically, I didn't do a research..at all! Nadha.. Yilek..
Tak tahu lah kenapa tapi time tu saya lebih fokus untuk study accounting. Sebab dalam emel tu cakap akan ada test pasal accounting. Berat2. Dahla major admin. Tiba-tiba interview accounting. Nama jawatan pun dah sangat account dah 'Account Officer'. Time tu Dr Cr memang dah tak de dalam otak. Nasib baik ada adik-adik foodcourt bagi pinjam buku akaun form 5. Boleh study sambil bertugas jadi cashier. Thanks Qasyi n the gang! :)

Bila time interview tu, one candidate walk out from the interview room.

I asked her "Apa orang tu tanya?"

Dia jawab "Mula-mula dia tanya pasal background Maybank"

Dangggg!! Aku lupa langsung study part tu! Ni accounting punya pasal la ni!

Sepantas kilat mata melilau dalam bangunan tu cari info apa yang patut. Nampak banner 'Celebrating 50 years of Maybank'. Ok Maybank dah 50 tahun. Next next. Info info. I need info!!

Time tu mana pakai BB lagi. Nk Google on the spot pun tak boleh. Acane ni?

Ok SMS MBS.

"Awak, apa yang awak tau pasal Maybank?"

"Emm.. Dia bagi pinjaman pada syarikat SME kot" Oh betul! Tambah lagi point.

"OK thank you awak"

Info lagi info !!

Takde.

Yesss takde. Otak blank and blur.

What is Maybank? Haish hentam jela dalam bilik interview tu karang.

Dan...

Ironi nya saya dapat kerja kat Maybank. Alhamdulillah. Banyak sangat perkara yang tak smooth berlaku sebelum interview tapi entah macam mana, boleh dapat pulak. Rezeki kan? Kadang-kadang, secantik mana perancangan kita pun, Allah punya perancagan lagi cantik. Things happened for a reason, rite?

Otey2.. Shabar2..

;)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, September 2, 2012

::Kurang Seminggu::

Salam Syawal..

Selamat Hari Raya,
Hari untuk kita bersuka ria....

Tapi, sy berdebarrrr..

Tinggal 7 hari saja lagi .. Ok. Itu smlm.
Tinggal 6 hari saja lagi utk bergelar Cik.
:')

[Xsbrnkbgelarpuaneheh]

So far semua persiapan masih dalam keadaan terkawal. Takde over stressed, kecuali di pihak MBS sebab adik dia kena sekolah pulak hari Sabtu tu. Pening sikit la nak arrange transport apa semua. Jauh kan. Nak kejar masa pulak -_-"

Lain-lain masalah masih belum dapat foresee lagi. Harap semua yang dirancang berjalan lancar dan dipermudahkan. Diharapkan jugak hari tersebut hari yg indah, cerah, gemilang dan terbilang. Kui3

Doakan ye! ;)

Macam tak percaya lepas ni tak jadi CIK NSMY dah.

But I'm looking forward to be PUAN NSMY or MRS MFMM though. Kih3


Otey2.. Shabar2..
;)



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails