Monday, July 15, 2013

:: 4D Scan::

Argkhhhhh!! Best sangat klinik tu sampai tak sabar nak update pasal pengalaman buat 4D scan kat situ.
Okeh. Rilek2. Mula2 sekali sy nak bg salam kt korang dulu.

Salam...

Bila dah pregnant ni mestilah terasa membuak2 nak scan 4D kan? Lebih2 lagi bila dah masuk 24 minggu ke atas. Berdasarkan pembacaan start dari W24 formation baby dah complete dah. So it's the perfect timing lah untuk usha2 baby kt dalam ni. Ye dak? Nak usha jantina sekali memandangkan first attempt masa W22 aritu failed. Baby silang kaki plok.. Sabau jela..

So bila dah 25 week sy pun google la klinik 4D scan area Melaka ni. Jumpa a few tempat. Antaranya Poliklinik Hidayah Jasin. Tahun 2012 4D scan kat situ RM60. Okeh murah gak. Takpe google lagi. Jumpa Klinik Metro kt Jalan Ong Kim Wee. Tengah2 bandar Melaka ni. Harga RM50 tapi katanya takde dapat CD. Alooo...

Sy minta MBS call both clinics and tanya apa2 yg patut. So happened rate kat Poliklinik Hidayah dah jadi RM80 daaaa.. Call Klinik Metro lak. Still RM50. Good. Cuba nasib tanya pasal CD. Kot2 ada ke kan. Eh ada la weyhh. Tambah RM30 je jadi la RM80. Terus confirm kan dgn MBS klinik ni yg kami akan terjah nanti.

Jadi weekend tu kami pun menuju lah ke Klinik Metro. Sampai kat Jalan Ong Kim Wee tu usha2 keliling tak jumpa lak klinik nya katne. Dua kali pusing baru jumpa. Patutlah tak jumpa. Kliniknya sederet dengan perumahan 2 tingkat. Sumpah tak perasan langsung!

Dari luar memang sgt nampak macam rumah. Nasib baik ada signboard Klinik Metro kt luar tu. Tapi bila masuk dalam memang macam klinik lah. Haha.

Bila nama dipanggil sy pun masuk bersama MBS utk jumpa doktor. Dr Garjen nama diberi. Tak sabar ni nak usha baby kiteeee. Ekeke.

Masa tengah scan tu, doktor tu terangkan satu2 gambar yg keluar. Lupa nak bagitau, klinik tu sediakan screen kt atas kepala kita so that takde lah kepala teleng2 nak tgk mesin scan tu. Convenient sgt wehhh. Doktor tu pulak macam very knowledgeable. Dia explain satu persatu. Semua organ lah kalau boleh dia explain! Alhamdulillah normal semuanya.

Masa dia scan 4D kt muka baby tu la paling best. Auww comelnye baby kiteeee!! Tak sabar nak tunggu dia lahir. Tapi doktor tu tak bagi CD. Dia set another appointment masa 28 week nanti and time tu baru dia record pergerakan baby ape suma. Sebab w25 ni macam belum clearer sangat. Plus baby tutup sikit muka dia dengan tangan. Fine lah. Bayar RM50 je kot. What's the big deal?

Masa nak bayar tu receiptionist siap bagi sample susu untuk ibu and baby jugak. Wah teruja aku. Dah la murah, dapat sample susu lak. Doktor pun sangat bagus. Explained very detail. Keluar dari klinik terus cakap kat MBS dgn penuh excited "Best nya klinik ni!!" Hahaha

Tak sabar for the next appointment. Nak tgk baby comel sy lagi. 


Masuk kereta terus ajak MBS pegi cari baju baby. Mentang2 dah tau jantina! :D

Otey2... Shabar2..

Update: Second skodeng session, muka baby terlungkup ke bawah. Nampak belakang kepala dia je.
Third skodeng session, kepala baby mengiring pulak. Penat panggil dia takmau toleh pun. Siap tutup muka dengan tangan. Emmm alahai anak... Memang saje taknak tunjuk muka ey? -..-"

Otey2... Shabar2.. (for real!!)

::Special Moment::

Salam..

Hari ni nak cerita tentang ...... emmmm what should I called it? The planned yet unplanned moment shared with friends.

Hmmm macam pelik.

Ahhh tak kisahlah pape pun. Meh baca apa sy nak membebel kt bawah ni kalau nak fahamkan. Huehuehue.

Neway, untuk berkongsi sesuatu yg bukan dlm kawalan kita dengan rakan2 baik bukannya senang. Semuanya bergantung kepada rezeki dan takdir Allah juga. Walaupun kita dah plan baek punya, tapi kalau Allah tak bagi benda tu terjadi, it won't happen jugak kan?

Macam yg berlaku pada sy dan kawan2. Empat orang semuanya.

Ideanya datang dari seorang rakan setelah melihat kebanyakan dari geng kami nak mendirikan rumahtangga.

Well, bila dah kahwin tu next step haruslah berusaha untuk .... ape? Haaa ce teka. Hohoho...

Jadi, kawan sy ni telah came up with one idea. Idea menarik tapi semuanya tergantung pada kehendak Allah jugak.

Bayangkan dia boleh cadangkan untuk each of us to get pregnant at the same time! Lepas tu nak buat group maternity photoshoot together-gether. Haa cane tu? What if any one or two or none of us ada rezeki untuk pregnant dalam masa terdekat ni. How? Perkara macam ni kita tak boleh control tapi kita hanya boleh BERUSAHA.

Jadi among the four of us (yg agreed nak sahut cabaran. The rest dalam 3 orang lak nak jadi tukang cheer jek. Huhu) sy yg kahwin dulu. Tapi jap... Let me introduce the nominees.. Dan calon2nya adalah.....

1. Puan A. Telah berkahwin pada 2010. Anticipated 2nd child.
2. Puan M. Berkahwin pada awal Sept 2012. 1st child of cozzz
3. Puan N. Berkahwin pada hujung Sept 2012. 1st child jugak.
4. Puan R. Berkahwin pada Dec 2012. 1st child macam biasa.

So, cabarannya ialah to get pregnant a.s.a.p! Ohhh pening...

Nama projek khas kami ialah Misi 2013. Huahuahua. Target ialah untuk keempat-empat kami melahirkan cute baby pada tahun 2013. Kiranya anak semua sebaya la ni. Auwww suweet x? Ekekeke.

Sy ni, lepas wedding tu memang agak busy sikit. Time tu la jugak nak pindah masuk Dorrey apa bagai. MBS pun sibuk nak tukar kerja semua. Jadi Misi 2013 ni terpaksa kami letakkan di tempat kedua. Masa tu fikir if ada, Alhamdulillah. Kalau belum rezeki, kita tunggu lagi.

Tup tup my friends (dua orang) yg kahwin lambat dari sy telah berjaya dalam 1st step of our mission. Auww terasa ada orang tampar muka sy laju2. Haish mana boleh gitu kan. End up 3 of them already pregnant and I'm still enjoying my honeymoon time. Tu yg sampai ke Sabah tu berjalan. Ngeh3.

Jadi, balik Sabah tu sy nekad cakap dgn MBS bulan ni kita usaha betul2. Sy nak hadiah birthday paling special! Hehe. At the same time being able to join the mission la kan. Ngeee :D

Alhamdulillah 2 days after my birthday, kami dapat berita yg ditunggu2 itu. Dan sy jd orang terakhir yg passed the 1st step of Misi 2013. Hoyeahhhh!

Outcome dari Misi 2013 tu sangat menarik. Tanpa dirancang (we've never expecting this when this mission was set up) EDD (expected due date) kami ialah selang sebulan from each other. Bermula dari July 2013 (Pn N), August 2013 (Pn A), September 2013 (Pn R) dan penutupnye October 2013 (Pn M a.k.a aku).

Comel tak? Comel x? Cakap comel cepat! Hehe

So.... pada 15/6/2013 yg lalu kami pun menjayakan sesi group maternity photoshoot kat Taman Saujana Hijau Putarajaya. Alhamdulillah tercapai impian kami. :)

Dan semasa entri ni sy dok siapkan Pn N telah selamat melahirkan baby boy nya. Weee..!! Bulan depan turn Pn A pulak. Lepas tu Pn R. Lepas tu ME!! Ohmaigod.... Cuakness dowhhh...

Yup, btw lupa nak cerita ada satu lagi perkara menarik masa saya dalam kehamilan ni. Adik sy (uda) pun pregnant jugak. 3 months after me. Jadi, kesian kat mak. Lepas sy habis pantang mak kena sambung jaga uda pulak dalam pantang. Cukup selang 3 bulan kot. Huhuhu. Takpelah. At least 6 bulan mak ayah ditemani cucu-cucu bersilih ganti. Tak gitu?  Hehe.

Eh, comel x kami dalam gambar kt bawah tu? Hoho

Otey2... Shabar2..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails