Thursday, September 26, 2013

:: 36 Weeks ::

Alamak ai...

Dah 36w rupanya. Diam tak diam kan? Hari Isnin haritu pergi check up dengan Dr Azlina kat Mahkota Medical Centre. Actually ni 2nd time pergi check up dengan dia. Last time pergi Doc tu buat 4D scan tapi si tecik kat dalam ni takmao pandang kamera. So tak dapat la nak skodeng wajah ayu nye.. Ayu ke? Hahaha

Well, sebelum cerita pasal 2nd check up ni nak bagitaulah, MMC ni macam canggih gak and cantik la tempat dia. Kerusi nak lay down masa scan tu pun boleh laras xde la kita kena panjat2 macam kat klinik tu. And the charge is very reasonable. Dr Azlina tu pun cakap slow je. Motherly gitew. Tp jenis mak2 moden la yg standard duduk town area. Cakap penuh isi takdela soseh2 macam makcik2 kampung bergosip! Haha. Ape aku merepek ni?

Well kesimpulannya saya suka dengan environment kt MMC ni. Takde bau ubat2 yg saya tak suka macam bila masuk dalam GH.

So our second meeting with Dr Azlina lebih singkat dari yg 1st time jumpa tu. Maklumlah masa 1st time tu dah tanya macam2 so bila masuk 2nd time tu takde apa sangatlah. Dia pun tengok Buku Merah wa cantik je takde pape masalah so x cakap banyak terus proceed ke kerusi boleh laras a.k.a scan baby! Weehuuu! Walaupun dah almost 36w waktu tu sy masih berharap dapat skodeng wajah si tecik yg akan sy jumpa sebulan dari sekarang.

Mula2 scan tu hmmm cam biasa la si tecik ni. Tutup muka dengan tangan...! Doc tu pun apa lagi, goncang2 la perut sy sambil cakap "sayang, alih tangan tu sayang. Kita nak tengok ni" haha. Tapi si tecik tu wat bodo jek. Dah puas goncang2 ketuk2 tiba-tiba..... si tecik alih tangan! Cepat2 doc capture muka dia. Tapi kejap nau. Tak sampai seminit dia angkat balik tangan dia, cover mulut pastu paling muka pandang tempat lain -..-"

Kesudahannya itu jelah sekali dapat captured muka si tecik ni. Bila doc da print gambar, tengok betul2 gambar tu, lorrrr rupanya si tecik ni tengah mencebik! Dahi berkerut! Marah wehhhhh. Hahahah. Kecian anak ibu. Gambar pertama dia ialah dia tengah mencebik! Aloo tiut jek. Hahah.

Keluar dari MMC terus tak sabar2 nak whatsapp gambar kt adik beradik. Tak dilupakan MMS pd mak! Heheh.
2 hari kemudian kakak whatsapp bagitau, mak ada call dia and cerita pasal gambar si tecik. Mak pelik kenapa mulut dia muncung sangat. Hahah.
Babyku sayang, mulut awak tu mengundang curiosity ok! Hahah. Ahhhhh tak sabar nk jumpa si tecik yg mencebik ni! Kikiki

Otey2... Shabar2...

Sunday, September 1, 2013

:: Kenduri doa selamat / open house ::



Salam...

Semalam rumah ni riuh. Penuh orang. Sampai ada yg terpaksa tidur di dining hall. Tapi hari ni sunyi sepi. Hanya ada sy dan adik je. MBS pn dah terpaksa mula bekerja hari ni.

Tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Kebanyakan juadah berjaya dihabiskan atau setidak2nya jumlah pembaziran itu tidak keterlaluan. Standard la ada lebihan makanan utk tuan rumah. Ye dak?

Well, plan awal atas meja tu ada set nasi ayam and 2 jenis kuih je utk dihidangkan. Yg ni order catering jek. Sampai masa, hmmm terlalu banyak juadah sampai kuih2 raya dan kek tak dapat nak letak atas meja pun.
Bila dah ada 2 mak, of coz mak2 ni nak yg terbaik utk majlis anak dia yg julung kali diadakan di rumah sendiri ni kann. Haha.

Mak sy tidur pukul 1 pagi menyediakan ketupat, lodeh dan kuah kacang. Tak lupa puding kastard utk cocktail. Semua ni mak sediakan di rumah kg sebab rumah sy x cukup peralatan (sebab tu order catering jek). Mak bawak sekali sebakul manggis ayah. Licin woo. Sehari sebelum tu mak dah siap2 kirim kat ayah segala macam perkakasan utk letak set ketupat, air, puding cocktail, kek lapis kakak dan segala macam senduk. Haha

MIL pulak dr Sabak Bernam bawak ketupat, kuah kacang, pecal, tapai (antara yg terbaik), tom yam, lengkong laici and kek marble. Fuhh pukul berapa la dia tidor tu ek.

Saya sebagai tuan rumah pulak sediakan kuih raya (kuih tunjuk), kuah utk cocktail, cordial, air masak, air gula, dan emmm rumah! Heheh. Almaklumlah pembawakan budak. Tak boleh nak memasak sgt. Ekekek (alasan). But hey, I order set nasi ayam okeh. Ok letewww.. heheh

Tapi tu la. Diam tak diam penuh meja dgn macam2 makanan. Sampaikan org yg datang cakap "banyaknya makanan". Alhamdulillah.Terharu kitewww... :')

Thanks mak and MIL! 
Also to semua ahli keluarga yg sudi dtg membantu and memeriahkan majlis. Thanks jugak kt adik bongsu sebab banyak tlg bersihkan rumah sebelum dan selepas majlis. Almaklumlah mak buyong ni da terhad pergerakannya. Kejap2 kaki sakit. MBS lak a day before kenduri kena teman ayah pergi Rawang. Pukul 12 malam baru they reached home. A day after kenduri MBS da kena kerja. Nasib baik ada adik. MBS kata nanti nak upah dia. Haha.


Well, kat bawah ni serba sedikit gambar semasa majlis. First time hosting a kenduri at my own house. Feel like emmm mak masih relevant jd host. Dia yg banyak handle dapur. Haha. Thanks again mak! ♡♥♡♥

Otey.. Shabar2..


Gambar atas: MBS n MIL
Gambar bawah: Penuh x meja I? huhu almaklum ni je meja yg ada kt rumah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails