Tuesday, December 24, 2013

Breastpump ku: Eve Love Heavenly (Electric Bpump) dan Fiffy (Manual Bpump)

Salam..

Alhamdulillah hari ni genaplah usia anak sy 60 hari. Anak yg diberi nama Nur Safiyya Ayeesha ini semakin membesar, memboolat dan bijak. Masa minggu pertama melahirkan Ayeesha sy menghadapi sikit baby blues. Rasa sedih sayu bila teringatkan lepas ni kehidupan dengan MBS will no longer berdua. Setelah 7 tahun (6 tahun kapelness, 1 tahun marriedness) hidup berdua, within overnight dah jadi bertiga. Sempat la menangis masa MBS nak balik Melaka mula2 tu. Kikiki. Tapi sekarang dah ok dah. Dah boleh terima hakikat kehidupan yg dah berubah. Dah boleh adapt dgn jadual tidur yg suatu ketika dulu sangat carca marba dengan kehadiran si kecil Ayeesha.

Alhamdulillah Ayeesha fully breastfeed sepanjang 2 bulan lebih ni. Cuma haritu sy ada demam bengkak susu dan makan antibiotik jadi x dapat BF dia 5 hari. Kesian dia sembelit minum FM, nangis2 tiap kali nak yak. Sedih hati ini setiap kali pam susu kena buang gitu je. Tak boleh nak simpan buat stok. Dah la susu penuh kolostrom *eh betul ke eja ni* pulak tu. Sayang sgt rasa. Tapi apa nak buat, kerna terpaksa...
Ermmm cakap pasal susu Alhamdulillah murah rezeki Ayeesha. Susu memang banyak sampai dia asyik tersedak je (ok itu mmg merisaukan masa mula2 dulu. Now da feeling ok and can handle it in calm).

Bila susu dah banyak tu memang kejap2 dah bengkak. Sakit woo. Tu yang sampai terdemam sebab masa mula2 tu susu memang sangat banyak dan sy pulak malas mengepam. So memang mendapat la kann.. After demam tu and tengok anak sembelit minum FM, timbul rasa sedih, kesian, sayu yg amat sangat kat dia. Jadi sy mula serius mengepam untuk kurangkan bengkak, and at the same time boleh simpan stok.

So, pilihan breastpump sy ialah Eve Love Heavenly Breastpump! Ok ini produk buatan Malaysia tapi sangatlah bagusnya. Sy beli dengan harga RM399 sahaja dan apa yg sy dapat ialah electric double pump yg boleh jadi freestyle (sebab dapat free bustier), boleh guna elektrik dan bateri, ringan, kecik, cantik dengan pink colour yg sweet, bunyi tak berapa kuat, parts tak banyak so senang nak basuh, dan tak sakit!

Sy beli masa belum bersalin lagi sebab memang dah plan nak simpan susu buat stok. Tak sangka pulak susu melimpah ruah sampai demam2. Tapi nyesal tak buat stok awal2 masa kolostrom banyak tu. Penyudahnya yg dapat buat stok tu susu kaler putih je, dah tak kuning da.. Ruuuugi! T_T

So about this Eve Love Heavenly Breastpump, memang mula2 sy was-was jugak nak beli sebab tak pernah dengar orang pakai lg masa tu. Asyik2 brand yg famous tu jek. Medela la, Avent la, Spectra la. Tapi, setelah membuat kajian menyeluruh sy memberanikan diri utk beli. Dalam hati dok fikir, alaa murah je. Tak salah mencuba. Maka sy pun beli la. Best sangat tengok pam cantik ni. Tak sabar nak pakai. Harap2 best la pakai pam ni.

Ternyata dan terbukti setelah pakai pam ni more than 2 months, sy rasa pam ni sangat lah worth buying. Dah nak penuh dah tempat beku tu dengan stok susu. Itu yg sy simpan buat stok. Kalau campur dengan yg sy buang ataupun bagi terus kat Ayeesha, uishh lagi banyak weyhh.. Sebab susu tak segan nak keluar! Kejap je dah penuh botol sampai sy tak perasan. And kalau pam ni rosak dan tak dapat diselamatkan pun, I'm planning to buy Eve Love again. Tapi rasanya Heavenly dah tak keluar lg. Dorang sekarang dok promote Eve Love Flexi yg lagi best sebab ada power bank oi. Best gila tak yah beli bateri dah. Tapi harga up RM100 la sebab banyak lagi ciri2 tambahan selain power bank tu. Tapi sy paling berkenan bab power bank la. Senang hoi nak gi memana bawak that cute pump.

Oleh sebab sy menggunakan Heavenly, makanya sy kena beli bateri la if I'm planning to bring along my pump saat travelling. Tapi sebab sy malas beli bateri banyak kali, jadi sy bercadang nak beli manual breastpump yg murah2 saje. Nak beli Medela Harmony ke Avent Manual ke memang tak la kan. Harga dekat nak sama macam pam elektrik I. Kikiki.

Mula2 tu saya beli Fiffy Manual Breastpump yg harga RM23. Saja2 je try mana tau ok. Tapi sumpah KO. Haha. Payah gila nak tekan natang getah macam bentuk hon kereta zaman tok kaduk ni. Dah la tangan pun habis berbau getah, susu paling banyak keluar ada la dalam 1 oz. Berpeluh engkau nk keluarkan 1 oz tu ponnn.. Haha

So I'm searching again. Jumpa pulak Fiffy Manual Breastpump yg harga RM56. Yg bestnya bentuk picit dia macam bentuk pam manual yg mahal2 tu. Terdetik kat dalam hati utk mencuba. Manalah tau worth buying jugak macam Eve Love tu.

Ternyata pilihanku kali ini tepat. Best gila pam manual Fiffy ni.  Syroott syroott syroott botol dah separuh penuh. Eh? Tangan I tak lenguh pun? My Miss B tak sakit pun. Biar betul?! Pam ni RM56 je kotttt... Fuhh terasa berbaloi gila. Seronok mengepam guna Fiffy ni. Sy selalunya mengepam guna Fiffy ni malam2 time baby bangun nak nyusu tu. Sebab memang bengkak gegila time tu. Nak guna pam elektrik Eve Love macam malas nak bangun dr katil pasang plug. Hahaha.

Kesimpulannya sy rasa sangat berpuas hati dengan breastpumps pilihan sy ni. Murah tapi tak sakit, susu senang keluar dan yg penting sangat berbaloi. Anda pun cubalah! Tapi kalau rasa2 nak gak guna yg branded2 tu, terpulang. For me, brand tak penting yg penting matlamat tercapai. Ada apa dengan nama? Cewah!

Otey2.. Shabar2..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails