Wednesday, August 6, 2014

:: Betul. Anak Itu Rezeki ::

Salam..

Allahuakhbar..

Kalau berbicara tentang rezeki seorang anak, yes anak itu sendiri adalah rezeki yg tak ternilai dikurniakan oleh Allah.

Tapi, kehadiran seorang anak itu membawa rezeki yg sangat besar. Yang langsung kami tak jangka. It was beyond our expectations. So far beyond. But, hey anak itu kan pembawa rezeki. Apa lagi sy boleh ucapkan. Hanya Terima kasih Allah..

So here the story goes...

Pada hari Sabtu yg Safiyya lahir tu MBS asalnya bercadang nak ajak sy pergi ke Karnival Kerjaya kat MITC. Kononnya dia nak cari kerja lain lah sebab kerja yg sekarang ni susah cuti. Gaji pun ehem2 jek x sesuai dengan keadaan family kami yg dah bertambah ahli ni. Tapi sebab sy dah bersalin, jadi kami terlepas peluang untuk ke karnival tersebut. Frust jugak tapi dalam perjalanan pulang dari hospital sy cakap dengan MBS "Takpe lah tak dapat pergi karnival tu. InsyaAllah ada rezeki lain nanti" *sambil pandang muka baby yg tengah tidur lena*
MBS angguk2 je tanda setuju. Well dia kan sentiasa bersetuju je jarang membangkang. Bagus laki aku ni. Hehe.

Ok sambung cerita. Sesungguhnya Allah ada perancangan yg lebih baik untuk kami.  Alhamdulillah..

Rezeki 1

Masa tu x silap Safiyya baru berusia 2 minggu++. Masih dalam pantang lagi. MBS balik kampung jenguk kami berdua. Waktu kami bertiga dalam bilik tiba2 MBS keluarkan sesuatu dari beg dia. Dia campak sehelai sampul surat depan saya. Lambang sebuah universiti di negeri Melaka tertera di sampul yg dialamatkan nama MBS. Blurr. Actually masa sy tunggu hari nak bersalin tu MBS ada hantar application untuk jawatan kosong kat UiTM cawangan Jasin. Kami memang berharap dia dapat kerja situ. Kerja gomen, dekat dengan rumah pulak tu. To be safe MBS apply jawatan Diploma walaupun dia ada Degree.
Taapiii.. Sampul yg MBS campak ni bukan lambang UiTM. Ni lambang uni lain. Aku salah tengok ke ape ni? Cepat2 sy bukak sampul tu.
"Tawaran Menghadiri Ujian Kelayakan"
Jawatan yg ditawarkan untuk peringkat Degree. Pegawai. Ok confirmed bukan UiTM.
I was like ...
Pandang MBS.
"Bila awak apply ni? Sy x tau pun?"
MBS cakap dia x ingat. Macam dah lama sangat sampai tak ingat. Rupanya bila recall2 balik, dia memang ada apply 'main2' awal tahun haritu. Dia cakap dia main isi je. Tak sangka pulak dipanggil untuk buat ujian kelayakan setelah hampir setahun memohon.
Untuk pengetahuan, ini adalah pertama kalinya MBS dapat panggilan untuk kerja kerajaan setelah sekian lama berharap. SPA dah mohon dari tahun 2008, habis degree update application pun tak panggil. Apply macam2 agensi kerajaan tapi tak pernah panggil. Kecewa aku. Takpelah kita tunggu.
Jadi, ini panggilan yg pertama kalinya dalam hidup MBS. Over excited aku. Ni kira rezeki la ni.
Dengan penuh semangat sy Google segala macam bentuk soalan yg mungkin ditanya dalam ujian nanti. Sy nak make sure MBS betul2 bersedia untuk ujian tu. I really hope he get this position. Tak salah kita berharap kan? Berjuang habis-habisan. Gambate!!

Rezeki 2

Saya betul2 baru habis pantang masa tu. Baru balik dari kampung Sabak Bernam buat majlis cukur jambul, sy stay sehari dua kat rumah sendiri.
MBS balik kerja malam tu, sy ingat lagi dia bersandar kt kerusi depan tv lepas tu pandang sy dengan muka bongkak (muka separa senyum hidung kembang bagai) seraya berkata "I naik pangkat"
Perlahan je suara dia. Sebab baby tidur masa tu. Hehe.
I was like "How?"
Sebab MBS cakap dia belum confirmed or sah jawatan, tapi how boleh naik pangkat eyh? MBS kata dia pun tak tau. MBS naik pangkat jadi Assistant Team Leader padahal masa tu dia baru 8 bulan kerja kat company tu. Sy x tau nak gembira or apa sebab sy sebenarnya berharap dia dapat kerja jd pegawai tu haha.
Nampak x permainan dia? Rezeki bertimpa2 beb. Walaupun yg kerja pegawai tu sy x tau MBS boleh dapat or x, but i trust my husband. I know he will nailed it. *perasan sgt ni*
Rupa2nya bila MBS investigate further, he was confirmed 2 months ago! On the 6th month he joined the company! Haha but no one communicate that to him. Aku ni hari2 la tanya "Dah confirm belum?" Yelah risau ok kalau2 tak confirmed nanti kena buang kerja, anak dalam perut ni camne?  *drama sangat*

Rezeki 3

Kesinambungan dari ujian kelayakan tadi, subsequently MBS dipanggil interview. Sekali lagi sy dengan penuh semangat Google segala macam tips untuk interview kerja gomen. Bagi macam2 assignment kt MBS utk dia jawab. Haha. Merungut org tua tu tapi ada aku kisah? He must get this job. Hehe. We prepared resume the way that we've never done before. A folio-like resume. Hasil dari ilmu sedut kat Google. Penuh bersemangat kami prepare siap masukkan gambar2 MBS masa wakil bola UiTM dulu apa segala. Just to make sure his application shine from others. Walaupun badan sy masih belum fully recovered dari bersalin masa tu, but demi masa depan usben ku, ku gagahi jua! *phuii*

Berdebar betul tunggu MBS pulang dari interview. Macam2 nak tanya dia. How was it going? Smooth x? Ok x? Ada harapan x? And all sort of questions. Hehe. MBS cakap VC and orang2 kanan yg interview dia. Pehhh sekali kena dengan orang no. 1 uni tu. Speaking. Dia pun speaking la kan. Nasib baik company yg dia kerja sekarang memang dia kena speaking je all the time, so agak advantage disitu.

Sebulan kemudian, dapat panggilan yg MBS diterima masuk. Alhamdulillah... Ada lebih kurang 25 orang yg hadir interview, kekosongan 6, 2 daripadanya untuk diisi oleh staf yg naik pangkat, tinggal 4 kekosongan untuk orang luar, dan MBS salah seorang daripadanya. Dan jugak, he is the only guy. Haha.

Tahniah usben! I'm so proud of you! I know you can do this. Lambat atau cepat jek. Tak sia2 I stay beside you although you pernah tanam anggur beberapa bulan lepas kahwin *opss*
Tapi takpelah. We have gone through part and parcel of life. Semoga kehidupan kita lebih baik selepas ni. InsyaAllah~

Rezeki 4

Emm.. Sy habis cuti bersalin sekitar penghujung bulan Januari. Masuk je kerja dah kena kira KPI. Hmmmmphhh!

Kira punya kira, hasilnya ok lah. Bulan 3 tuai hasil.

Ada rezeki lebih rupanya. Tak terduga. Anak punya rezeki wehhh. Ingatkan satu, tapi dua.

Alhamdulillah. That's all I can say.

Rezeki 5

Wahh banyak sangat ni! Hihi. Dah dapat kerja baru, ada la rezeki lebih sikit utk MBS dapatkan kenderaan yg lebih selesa utk kami sekeluarga. Bukan nak cakap Jenna tu tak selesa, cuma size tu kurang sesuai untuk keluarga kami yg dah bertambah ahli ni. So, welcome encik BMQ! Sila berkhidmat dengan baik ye. Hihi.

Ok lah. Tu je nak cerita.

"Tu je" sy ni macam panjang sikit la tapi.

Hahaha ada aku kesah?

Otey2.. Shabar2.

"Alhamdulillah atas kurniaan rezeki. Moga tidak leka dalam perjalanan ini"

Monday, August 4, 2014

9 Bulan Dah..

Salam..

Alahai. Sian anakku. Dia dah 9 bulan tapi ibu takde pun update perkembangan dia dalam ni. Menyesal memang menyesal tapi entahlah terlalu sibuk dengan kerja and bila balik rumah sibuk jaga Safiyya pulak. Pasalnya budak tu siang tak berapa nak tidur. Tidur kejap2. So bila malam dia cepat mengantuk. Malam2 tugas ibu memang tidurkan dia je. Takde tugas lain. Tugas lain semua Abbi yg buat. Thanks MBS sebab memahami and ganti tugas sy uruskan rumah.

So, Safiyya is 9 months old now. Apa yang dia dah pandai buat? Hmmm dia dah pandai berdiri sendiri. Semalam kat rumah nenek Sabak Bernam, few times dia tunjuk skill berdiri. Mencangkung then berdiri sendiri tanpa berpaut. Lepas tu pe'el dia bila dapat berdiri tu dia akan sengih2 sambil control badan dari jatuh. Haha. Sebab orang dok sorak dia, so dia pun dengan muka bangga tersengih macam kerang busuk control diri dari jatuh. Suka sangat tengok muka dia tersengih2 tu. Comelll!!
*sindrom-ibu2-perasan-anak-dia-comel*

Eh lupa nak cakap, now tengah musim raya. In fact today baru 8 Syawal. Banyak gak collection Safiyya so far. Huntungla dik oii.. Ibu dulu sepanjang 25 tahun hidup bujang tak bekerja dan eligible untuk menerima duit raya pun tak pernah dapat sebanyak tu hokeh. Collection awak dah surpassed ibu almost 200% !! Ahaha nampak sangat sikit collection raya aku kan?

Tahun ni first raya kat rumah FIL di Sabak Bernam. Kami balik kampung hari Ahad, a day before raya. Sebab hari tu Ahad, ramai yang dah balik awal, jadi perjalanan kami sangat smooth. In fact lebih smooth dari biasa. Sempat la sy buat pulut periuk kera untuk dijamu FIL di pagi raya. Hewhew. First attempt tu weyh. Nasib baik menjadi. Semua puji sedap hoi! *perasan*

Ok sambung cerita pasal Safiyya. Hehe.
Alhamdulillah selama 9 bulan ni sy berjaya fully bf Safiyya. Walaupun kerja 8-7, tp stok susu untuk Safiyya sentiasa ada. Lagipun dia bukan nak menyusu botol sangat pun. So bila sampai rumah sekitar Maghrib tu memang tugas pertama sy ialah menyusukan Safiyya. Memang lama dia menyusu. Lepas geram kot. Haha. Pernah jugak few attempts untuk campur susu, tapi Safiyya muntah lak. So, niat tu terbantut disitu je. Huhu. Takpelah, selagi mampu ibu akan susukan awak ok?
Best jugak fully bf ni. Malam2 memang senang tak payah bangun bancuh susu. Hehehe. Nak tidurkan pun senang. Drama pun drama jugak tapi ada senjata rahsia nak pujuk.. Bagi ngempeng! Hahaha.

Eh apa nak cerita lagi ek. 9 bulan ter-miss cerita pasal perkembangan anak ibu, how can I summarize everything in one single entry? Tak boleh der. Harapkan memori yg tak berapa nak kuat ni jelah untuk simpan moment2 indah sepanjang membesarkan anak yg pertama ni.

Anyway Safiyya dah faham bila kita cakap "Come, nak susu x?" masa umur dia almost 8 mo. Sebab bila sy cakap camtu, dia akan lepaskan apa2 yg dia pegang and terus merangkak laju2 pergi dekat sy. If dia tak nak susu, sy panggil camane la pun, dia buat bodo jek.

Banyak perkara berlaku masa dia umur 7 bulan.
Safiyya pandai melambai masa umur 7 bulan lebih. Merangkak pun 7 bulan jugak. Duduk yg betul2 tegap umur dekat2 8 bulan. Masa umur 7 bulan jugak dia kena demam panas sampai 39°C and admitted kat Pantai Ayer Keroh due to pneumonia. Kenangan handle anak demam panas sorang2 kat rumah memang la sangat tak boleh lupa. Dah la first time, alone (MBS kerja) and tak tahu nak buat apa. T_T
Ada masa nanti memang kena buat entry khas untuk itu.

And now, masuk umur 9 mo Safiyya dah boleh cakap "Mam" whenever dia nampak food! Haha. How cute dengan suara comel tu pronounced "Mam" bila nampak orang pegang food.

Apapun, it was an interesting journey. Macam2 perkara kami belajar. It's not easy to become a parents. Now we know. Saaayaaang anak ibu sangat2!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails