Sunday, October 18, 2015

:: Misi Tercapai :: Sabah Bah 2015 :: Part I

Alhamdulillah..

Hajat nak belanja mak ayah pergi bercuti ke Sabah dah tercapai. Dah selamat pergi dan selamat pulang. Full entry up next!

Update

Ok mari kita mulakan. Sementara otak belum dipenuhi memori percutian yg seterusnya, ada baiknya saya menulis di sini. Haha.

Idea percutian ke Sabah bersama mak dan ayah tercetus di dalam kereta semasa hari2 terawal mendapat bonus pada tahun 2014. Haha. Biasalah, dapat bonus pastu dapat tahu tahun depan ayah pencen pulak. Mula lah otak tu generate idea nak bawak mak ayah pergi bercuti. Kebetulan pulak AirAsia tengah buat promo. Lagi laju lah keinginan tu sampai. Tapi masa tu plan nak hantar mak ayah je honeymoon. Bila dah beli tiket, mak suruh kitaorang ikut sekali sebab diarong tak biasa naik flight.

Memandangkn tiket promo ada lagi, ditambah pulak dengan janji utk melawat Kundasang yg dibuat dlm entry Sabah tahun 2013 tu, so additional 3 more tickets purchased.

Sekelip mata dah booked 5 tiket ke Sabah bertarikh March 2015. Haha. Tahun depan punya cerita ok. Beli kemain awal. Standard la tiket promo. Macam tak biasa pulekk.

Well, percutian kali ni excited lebih sikit sebab bawak anak. Hoyeahh! First time nih. Nervous fikir camne la si kecik tu dalam flight nanti. Nasib baik 2 jam lebih jek.

Sebab holiday tu ada setahun lagi, jadi sy ada masa yg cukup untuk plan the trip. Google jadi peneman setia. Nak make sure this time around kami cover mana2 area yg tak tercapai dek kaki masa pergi last time.

Everything we booked in advance. Hotel, chalet, kereta sewa, island hopping utk mak ayah etc and the list goes on.

Beberapa minggu sebelum pergi tu, ayah decided nak bawak my youngest sister sekali. Sebab tiket murah jugak waktu tu. Sy yg suggest sebab macam kesian pulak kalau x bawak dia. Haha. Lagipun hotel etc tak perlu nak book extra pun kan. Just extra flight tickets saje. Tapi, tiket adik iols tak sponsor ye. Mak ayah saje. Ngehehe.

So, hari yg dinantikan pun tiba. Kami bertolak dari Merlimau around 4 a.m utk ke Senai. Why Senai? Sebab masa mula2 beli tu kan utk mak ayah jek. So macam lagi dekat kot? Sekali kami terjoin sekali la pulok. Since our house near to highway, so just zass jela memecah keheningan pagi. Safiyya boleh berjaga pulak pagi2 buta tu. Excited gamaknye. Nasib baik dlm flight qada' tidur.


Sampai je KK terus contact orang kereta sewa. Kami booked Saga BLM. Tapi last minute kereta tu unavailable pulak. Diaorang ganti kereta lain. Mungkin dah rezeki kami, dapat Vios beb. Harga sama. Haha. Kebetulan ayah pun pakai Vios, so if anything dah ada orang yg arif dengan selok belok kereta ni. Ehehe.


Destinasi pertama kami, hmm of course la hotel. Kat KK kami tidur 1 malam jadi sy booked boutique hotel jek. Tak elok membazir. Haha. Hotelnya memuaskan lah. Cuma bilik sy dapat air bertakung sikit kt shower. Tp overall satisfactory 

Dalam pukul 3 lebih after siap rehat apa semua kami pergi cari makan tengah hari. Sebab orang cakap kalau datang Sabah tak makan lokan bakar adalah sesuatu yg rugi, jadi menu kami tengah hari itu ialah lokan bakar area ..... Eh lupa la pulak! Haha padah lambat sangat mengarang. Kan dah lupa!
Kami singgah di kedai yg dicadangkan oleh Mazrah yg telah ke situ beberapa bulan sebelum ini. So kami order 1 set lokan bakar dan kelapa bakar, juga nasi kosong sorang sepinggan. Sedap baq hang! Tak cukup kami order 1 set lagi. Hewhew. Dia punya bahan perap together with sambal sos tu yg kick! Memang menjilat jari derr.






Dah kenyang kami patah masuk town semula. Singgah Tg Aru buat ambik gambar jek. Siap selfie wefie bagai kami pun bergerak balik ke hotel. Malam tu kami dinner ikan bakar. Rasa dia okay jela sebab rasanya Sabak Awor punya lg best. Hehe. Lepas kenyang balik hotel semula sebab esok pagi nak drive ke Kundasang pulak.


Pagi hari kedua pun menjelma. Perancangan awal nak gerak selepas Subuh. Tapi, biasalah... Last2 pukul 8 lebih baru check out and gerak. Haha. Disebabkan masih agak pagi dan tak banyak kedai makan bukak lagi, jadi kami breakfast roti canai dekat kedai Mamak yg kami jumpa masa on the way ke Kundasang aje. Lepas siap breakfast kami sambung perjalanan menuju Tamparuli. Masa tu entah macam mana Safiyya boleh termuntah pulak. Nasib baik kereta tu leather seat. Kalau tak, haru gak. Haha. Yang paling mendukacitakan boleh pulak Safiyya muntah atas moksu dia. Muncung habis muka minah tu sebab selain tudung dan seluar, muntah Safiyya turut terpalit pada bantal busuk kesayangan Moksu. Hahaha. Maka berhenti lah kami di tepi jalan membersihkan sisa-sisa muntah. Nasib baik bawak air yg mencukupi. Hewhew.

Dah siap semua, kami sambung perjalanan ke Tamparuli. Why Tamparuli pulak? Sebab tempat tu satu jalan je nak gi Kundasang. Kat sana ada Rumah Terbalik. Sebab tak pernah masuk tempat seumpamanya maka kami pun singgah di situ tengok-tengok apa yg patut. Apa yg sy boleh katakan pengurusan Rumah Terbalik agak sistematik gak lah. Sy puji. Huhu.




Kami sambung perjalanan menuju Kundasang. Oh kenapa tak singgah Jambatan Gantung Tamparuli yg famous tu? Rileks. Sebenarnya memang nak singgah, tapi bukan hari ni. Hehe. So, let's go to Kundasang!

Sepanjang perjalanan mendaki banjaran tu kami disajikan dengan pemandangan yg sangat indah. Bila tengok makin lama kita makin tinggi, rasa tak percaya pulak. Nasib baik dapat kereta bagus. Langsung takde masalah. Best best best. 

On the way mendaki banjaran tu kami singgah kat Taman Negara Kinabalu yang menempatkan salah satu dari Pintu Masuk Ke Gunung Kinabalu. Keluar je kereta terus disapa dengan angin sejuk di kaki gunung. Wahhh belum sampai Kundasang lagi dah sejuk camni. Bagaimanalah kat atas tu nanti yek? Tengah bayangkan tidur dalam kesejukan yg teramat, dah la tak suka sejuk! Haha.


Kat Taman Negara Kinabalu tu ada Botanical Garden. Ayah dengar orang kat situ cakap ada banyak bunga. Dengan penuh keterujaan Ayah ajak kami masuk. RM4 per entry. Bila dah masuk dalam, puas kami cari taman bunga yg dimaksudkan. Takde punnn... Rupanya bunga hutan daaa.. Ayah frust giler sebab dia kata kalau setakat bunga hutan setiap bulan, now setiap minggu pun dia boleh tengok. Sebab dia kan kaki berjalan di hutan. Hahaha. Takpelah kita pusing jela ye noxx. Dah habis pusing, kami pun keluar meneruskan perjalanan. Rasa cam mehhh sangat sebab bunga-bunga tu takdelah banyak mana, pastu tak cantik pulak. Haha.




Hampir menuju tengah hari kami pun sampai ke Pekan Kundasang. Pusing cari kedai makan dulu pasal dah lapar benau. Masa tu basuh tangan pun air dia sejuk kemain. Haihh kalau penginapan malam ni water heater dia rosak, habis lah kau noxx. Sebab ada baca review cakap certain bilik kat situ water heater is not functioning! Harap2 nasib kami baik. Huhu. 



Selesai lunch kami menuju masjid untuk solat Jumaat. Settled kat situ kami naik atas sikit, cari Kinabalu Pine Resort. Oh, bukan nak tidur sini yek. Nak ambil gambar je. Hehe. Tapi view dia memang superb. Thumbs up!



Dah habis posing kami bergerak menuju roundabout and ambil simpang menuju Mesilou. Next destination, New Zealand! Kih kih kih. Tempat ni paling tak sabar nak pergi sebab tengok orang ambil gambar memang sebijik New Zealand habaq hang. Cuma orang pergi pagi, masa Gunung Kinabalu masih kelihatan untuk dijadikan background. Takpelah,. Apa yg ada jela yek.

Kat mana New Zealand tersebut? Haruslah di Desa Cattle Dairy Farm. Jalan nak masuk dalam tu agak teruk, sebab takde jalan tar. So kena bawak slow and steady. Turun je dari kereta, mak aihh terik gile. Tapi sejukkk.. Best je kan? Terik tapi tak berpeluh. Suka betul aku. Haha. Berpayung kami menuju ke bangunan yang ada tempat jual susu fresh and gelato tu.

Kat sana selain menikmati susu fresh dan gelato or aiskrim susu yang sedap, kami juga disajikan dengan pemandangan proses susu lembu diperah. Haha. Macam ada anjung tinjau gitu. Excited la ibu ni tunjuk kat anak "Adik, tu cow..Moo Moo" Nasib baik dia excited jugak. Kalau tak, cam mehhh jek.



Habis kat situ kami turun bawah sebab nampak macam ada kandang pastu macam ada orang jugak berkumpul. Cuma tak ramai sangat la. Masa ni Safiyya dah tidur dalam SSC (baby carrier). Kat situ rupanya tempat orang susukan anak lembu dan bagi rumput kat anak kambing. Macam kau bayar untuk beli botol susu pastu kau susukan anak lembu tu. Not interested. Kami tengok je orang buat. Kami lebih interested untuk ambil gambar sebab view kat situ sangat lah Subhanallah superb giler. Macam nak baring je tengok betapa hijaunya rumput ditambah dengan terik mentari (aku lupa bawak shades, semua gambar dahi berkerut. Pffttt).






Dah siap ambil gambar semua, kami pun nak balik. Masa nak masuk kereta baru Safiyya bangun. Haha sian dia. Xde dalam gambar, yg ada cuma kaki sebab duduk dalam SSC. Kui kui kui. Oleh sebab tadi dia tak dapat tengok Moo Moo, jadi masa on the way turun tu kami berhenti tepi jalan dekat kawasan yang ada sekumpulan lembu. Ok lembu jom wefie.. Moooooo....~! Lembu itu menjawab. Well, my daughter was excited but if only the cow is far from her. The moment the Moo came nearer, dia takut. Haha perangai ibu sangat tu. Takut haiwan. Apesal ikut? Gegege.




Eh panjangnye.. Nak buat 2 part tak ek? Macam perlu je kan. Hahaha. Ok nanti sambung Part 2 yek. 

Tungguuuu……~


Otey2.. Shabar2..

Friday, March 27, 2015

:: Safiyya's The First Birthday ::

Salam..

Date: 25 October 2014
Place: KFC AEON Ayer Keroh Melaka

Wah entry ini memang terlalu delayed namanya. Tiga bulan terperap dalam memori baru hari ni ada hati nak keluarkan kat sini. Haha. 
Nak tulis blog ni bukan boleh sukahati. Because everything yang ada dalam internet ni will stays. Jaaadi adalah penting untuk berhati2 dalam setiap perkara yang nak dipercakapkan. Iye? (Padahal malas. Alasan kemain). Dan entri ni siap 5 bulan kemudian. Haha. Setengah tahun engko!

Well, dengan saki baki memori yg dah 3 bulan berlalu tu, akan ku cuba sampaikan sebaik mungkin yek. Maaf ye anakku Safiyya. I'll try my best. Hewhewhew.

Kalau ikutkan, ramai jugak yg tak nak celebrate beriya untuk 1st birthday ni sebab mereka berpendapat pengantin cilik ni won't remember anything, can't eat everything and wouldn't enjoy the day.

Yes. Betul jugak tu. But for me, i mean us, 1st birthday is quite important and significance sebab itulah saat pertama kalinya baby kita ada umur, maksudnya ada perkataan 'tahun' kat belakang umur dia since for the rest of our life umur disukat dengan 'tahun'. Betul tak? So, sebagai meraikan hari pertama our first baby mendapat 'umur', jadi we decided to celebrate it dengan budjet yang sedikit berlebihan.

So, dimanakah budget yg berlebihan itu akan disalurkan dan bagaimanakah rupa majlis tersebut? Hehe, well plan asal konon nak buat kat hotel (tak menahan macam banyak sangat duit). Bila tengok harga yg voggie the vast tu terus ioll cancel. Kita pilih KFC jela instead. KFC pun makan setengah ribu jugak kos nya. Takpe, demi anak ku relakan. Bukan selalu. Sekali ni jek. Birthday lepas ni celebrate guna kek SR jela. Tu pun beli slices je cukup. Hahaha.

Sebenarnya tarikh 25 Oktober tu bukan birth date Safiyya pun. It was a day before her actual birth date. Sambut a day earlier sebab hari tu Sabtu. Her birthday was on Sunday of which is a working day for my Ayah (Johor). Memandangkan jemputan adalah keluarga terdekat je, jadi apalah gunanya membuat majlis itu tanpa kehadiran tokmak dan tokayah Safiyya. Ye dak?

Makanya sambutan ulangtahun kelahiran yang pertama buat Safiyya diadakan sehari lebih awal yg mana secara kebetulan jatuh pada Awal Muharam. Haa elok beno la tu. Berkat sikit. Ye dokk? Jadi, plan nye sebelum nyanyi lagu birthday tu kami nak buat tahlil ringkas sikit. Kebetulan masa jalan2 kat Mydin ternampak ada jual Yassin dalam paket. So, alang2 beli la terus untuk doorgift Safiyya nanti.

Jadi, nak cerita panjang2 pun macam malas, maka rangkuman majlis adalah seperti berikut:

Tempat: KFC Ayer Keroh.
Dorang dah beritahu awal2 kalau buat weekend dorang just sediakan tempat and barang jek. Tiada servis event management etc macam dalam website dia tulis. Sebab busy ramai orang. Memandangkan kat Melaka ni tak banyak option, jadi kurelakan jela kan. Bayar sama macam dalam website tu tulis, tapi aktiviti semua urus sendiri. Takpelah. Mujur crowds tak ramai.

Perkara lain:
Sy ada sediakan candy buffet. Konon2 jek la. Tah pape jek. Tapi ada la sediakan gula2 sikit, guest book DIY, gift untuk kids, pastu kakak buat puding truffles-tak-cukup-bahan, mak buat bihun goreng kebabom, and biskut raya tak habis. Haha. Since jemputan tak ramai, jadi semua pun ngam-ngam je. Oh ye, tema superhero untuk kids (KFC's theme) and white+purple untuk adult. Birthday girl sy pakaikan dress Sofia The First.
Sofia = Safiyya. Bajet2 sama letew kennn. Dress beli online, cam besau pulak. Layannnnzz..

Birthday girl masa mula2 sampai tu dia tidur. Jadi masa majlis dah start muka dia memang blur gila. Nasib baik tak meragam. My good girl. Kemain dia melekat je dengan ibu, ke hulur hilir nak ikut ibu je. Tau la dah dapat kaki.

Birthday cake ada dua, satu tempah khas dari ig shop, satu lagi KFC bagi. Kek tempah khas tu of course mak buat tema Sofia the First. Haha. Comey cinonet je kek nye. Tapi santekk. Sayang nak potong. So kitorang potong kek KFC je masa sesi potong kek tu. Haha.

Tetamu yg hadir adalah dari kalangan family terdekat and officemates. Family MBS tiada wakil sebab jauh noxx. Officemates MBS pun takde wakil sebab semua busy. Haha. So kesimpulannya tetamu adalah semua family dan kawan sy sahaja. Takpelah, family sy kan family MBS jugak. Cewahhh.

Ok lah. Macam dah tak tahu nak cerita camne lagi. Biar gambar berbicara lah ye.
Apapun, Selamat Hari Jadi Nur Safiyya Ayeesha. Ibu dan Abbi love you so much. Semoga awak membesar jadi anak yg solehah, berguna pd agama bangsa dan negara. Ok?

Pssttt.. Gambar tak ikut turutan ye..

 Tahlil ringkas diketuai oleh MBS

 Dua Tiga item comel

Kek Sofia The First dan Kek Saguhati dari KFC

 Ini dalam Pakej C

Orang Penang merenung daring je #nurfaqihahsyauqina

 Masa ni Safiyya baru bangun. Muka xleh blah

 OK semua jom makan

 Adik beradik ku kalau bab makan... Hehe

 My mini family!

 Eh awak. Pening ke?

 Ikut je mana ibu pergi ye

Safiyya's first year

Keluarga dan saudara

Officemate. Tq korang~

Jom nyanyi!

*sing* Happy Birthday to you~

Uuuu.. Itu api tak boleh pegang ye..

Reaksi pertama kali potong kek. Priceless! 


Eh. Mana gambar wefie ramai2 tu yek. Tak upload pulak.. Hmmm...

Otey2.. Shabar2..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails