Friday, November 6, 2020

Kisah Itu Bermula Semula

 Salam semuanya.


Lama betul tak bersiaran ya. Dah tahun 2020 pun ni. Sempat lah terlupa email nak login kt blog ni. Kikiki.

Tapi Alhamdulillah dapat recover balik emailnya. So here I am, writing again hehe.

Tujuan gelanggang ini dibuka semula adalah untuk update perihal kehadiran permata ketiga kami berdua; me and MBS *wink

InsyaAllah lagi beberapa hari dapatlah kami bersua muka dengan permata ketiga dan perhaps yg bongsu lah hehe. Mak dah tak sanggup nak melayan mabuk, gaining weights dan kesukaran utk bergerak lagi. Pasni nak fokus untuk jaga badan je, pergi exercise ke apa. Ecewah berangan bethol. 

Jadi kisah ini bermula di penghujung tahun 2019. Entah macam mana terdetik hati nak tambah seorang lagi. Saja nak complete kan family fingers tu. Alaa yg lagu Family Fingers tu la. Kan ada Daddy Finger, Mommy Finger, Sister Finger, Brother Finger, Baby Finger. Haaa ituuu.. Senang nak nyanyi dengan anak2 nanti kalau dah complete #tiberr.

So when I decided to getting pregnant again, I started to consume folic acid, because last time it worked on me. Tapi kan, actually masa nak buat keputusan nak tambah tu ragu2 jugak, sebab sekarang ni kan tengah musim Covid19. Susah la sikit anak2 tak boleh masuk wad, husband tak boleh room in, kena buat swab test before delivery, yada yada and the list goes on. 

Tapi nak sedapkan hati time tu, konon2 husnuzon lah, masa aku beranak nanti Covid19 ni dah takde. Sekaliiii. Hambek. Kes semalam kat Malaysia je dah 1009 okey. Semalam = 5th November 2020. Haih apo nak buek. Terpaksa la tambah kos sikit ambil bilik single bed utk membolehkan husband room in. Kalau ikut pakej kat Oriental tu, double bedded tapi husband a.k.a visitor is only allowed until 8 pm saje. Eh gilo lah, baru lepas beranak nak uruskan diri sendiri. Akak x biasa dik. Dari anak no 1 memang laki akak teman kat hospital. Tetiba nak uruskan diri sendiri, adeh akak tak tahu nak bayang dik. Jadinya, terpaksa lah tambah duit sikit. Mesti ada yg kecam kan? Time2 kobid ni ko nak perabis duit pulak. X delah, duit tu memang dah simpan siap2. Bila dah decide nak pregnant je akak terus simpan duit bonus akak dik. Tak usik2, sebab kalau usik tu, nak simpan balik guna gaji memang malas. Hahaha. 

Ok so sambung cerita tadi. Selepas tak sampai sebulan consumed folic acid, akak pun mulalah mengalami simptom pelik. 5 days before my period was supposed to be due, ada la terbit beberapa titisan brownish spots. Akak ingat, oh bulan ni period la ni. Confident. Sekali esoknya clear. Lusa brownish spots again, lepas tu clear. Berulang2 camtu for few days. Eh geram lah akak dik. Ni period ke apa ni? Main2 pulak dia. Sehinggalah akak tak boleh sabar, akak terus beli upt lepas balik keje. Masa tu baru sehari dua delay period sebenarnya. Tak pernah2 akak check awal camtu. Biasanya selepas 5 hari camtu baru check. Konon tak nak berharap. Check punya check, naik dua baris. Terkedu akak. Tak sangka cepat pulak kali ni, folic acid tu tak habis sepapan pun lagi. Alhamdulillah. Tapi risau la sikit sebab brownish2 tu kan. But since masa Aly dulu pun ada jugak macam ni, so wat lek wat pis jela.

Actually sepanjang pregnancy kali ni, ada 2 kali lagi yg keluar brownish tu. Basically due to kerja berat. Almaklumlah, time pregnant kali ni kami pindah rumah. Pulak tu dapat penyewa yg nak masuk mengejut gitu. Jadi kemas barang pun mengejut lah. Baru ingat nak lek2 je mengemas, since takde apa yg nak dikejarkan sangat kan, sekali rezeki dapat bakal tenant yg ada urgency nak masuk cepat so kitorang pun kelam kelibut la mengemas. Haha. Tapi ok gak la. Dapat duit sewa tu awal sikit, dah la time tu moratorium. Apa lagi, duit tu kita guna la untuk santek kan rumah baru kan? Kikiki.

Eh dah cerita lain pulak ek. Tapi gitu lah. Sebab kan renyah sikit, maka ada la spotting sikit. Bila scan baby elok molek je. Means yg bleeding tu maybe rahim ke apa tah, rahim kali ni macam anje sikit. Takleh renyah, dia mula la 'menangis' a.k.a bleeding. Takpelah yg penting baby so far so good 👍 

Lagi apa ek nak cerita? Oh ya, baby kali ni kami (actually iols sendiri) decided nak bersalin kat Oriental Hospital Melaka pulak. Nak try dengan Dr Norhayati Awan and team pulak kali ni. Dah 2 kali dekat MMC dengan Dr Azlina and team kan, kali ni kita kasi tukar. Ini kalilah! Lol. 

Tapi memang ada lain lah style dua2 doktor ni. Ini dari pengalaman monthly check up lah ya. Pengalaman bersalin belum lagi sebab time tulis ni akak lom bersalin eheh. Apa pun simpan semuanya jadi kenangan. 

Baby ketiga a.k.a bongsu ni amatlah payah nak tengok muka dia. Berapa kali try skodeng last2 dapat la sikit muka penyek masa scan dengan Dr Yati. Tak puas hati, ibu try pergi klinik swasta pulak. Mula2 dekat Klinik Mesra Semabok tp cubaan gagal sebab baby melintang time tu. Maka balik lah kami dengan kekecewaan. 

Akhirnya ibu jumpa Poliklinik Fasya Bukit Beruang, scan 5D RM100 je. Time tu dah 36w ok. Doktor kata takpe, kita cuba. Sejam lebih wehh dia godek2 perut akak. Terlianglingkup ibu atas katil scan tu semata nak dapatkan muka awak nak oi. Tapi, tetap tak dapat full face. Muka penyek siap mulut muncung lagi. Eleh, marah ke? Biasaaa lagi dia 😜

Tapi jadik lah tu. Ada la jugak gambar scan walaupun tak semolek gambar baby2 lain uhuhu. Dah besar esok kalau dia tanya kenapa gambar scan dia macam tu, memang ibu hamburkan kata2 nista kepadanya nanti. Eh takde lah, gurau2. 

Oh sebelum terlupa, masa fasa mabukkan si bongsu ni kebetulan PKP so akak masuk ofis seminggu sekali je. Nasib baik lah wehh. Dah la mabuk teruk (tak muntah tapi kepala pusing doplohpat jam). Pergi ofis tu pun nasib2 la dapat drive pergi and balik dengan penuh kegigihan haha. Tapi once kat rumah je, memang ibu jadi tukun lah mereput kat sofa. Since tak boleh tengok screen sangat, akak dapat hobi baru. Membaca novel. Haha. Dapatlah habiskan few chapters from the The Wizard of Oz's series. Habis je fasa mabuk2 tu, PKP pun tukar jadi PKPB ke apa tah. Tapi time tu dah kena masuk ofis kerap sikit la. Nasib baik dah tak mabuk oi time tu ahaha. Dan novel itu kembali menjadi tukun sehingga ke hari ini 🤣

Rasanya itu jelah yg dapat akak kongsikan untuk edisi kehamilan kali ini. Cerita kelahiran si bongsu akan dikongsikan bila akak dalam pantang dan tak tahu nak buat apa nanti ya. Buat masa ni si bongsu still dalam perut, so just doakan semuanya selamat dan dipermudahkan. Aminnn.


Otey2..Shabar2..

Wednesday, September 6, 2017

:: Miracles ::

Salam.

Anak dah keluar baru nak cerita perihal kali pertama mengetahui diri ini pregnant anak kedua. 

Masa mengandungkan kakak dulu Alhamdulillah takde apa2 yg lain daripada lain. Dengan tahap loya yg minimal, muntah2 pun takde, spotting ke bleeding ke discharge ke, takde pun. Cuma constipation sebulan jela masa kandungan 4 bulan. Itu yg paling seksa, selain pelvic pain ketika usia kandungan 7 bulan ke atas. But nothing that triggered or threatened the pregnancy itself.

Berbeza semasa mengandungkan si bujang ni.

Ceritanya begini.

I have two ultimate missions, that I want so badly - basically before the 2016 ended.

Pertama - of course to get pregnant. Dak kakak successfully free diapers Sept 2016, ketika berusia 2y11m. And she eventually stopped bf before her 3rd birthday on Oct 2016. Alhamdulillah.
So, bila anak dah free diapers and stop bf of course la perasaan nak menambah anak tu membuak2. Dah dekat setahun jugak berusaha untuk menambah tapi maybe sebab dak kakak still bf so usaha tu macam kurang menjadi. Perasaan nak pregnant tu membuak-buak bila my sister dah pregnant her 2nd child and she confirmed the news around Sept. Her first child (a girl) dulu is 3 months younger than my daughter. So, sy target my next child should be at least 3 months younger than hers jugak lah. Bukan nak compete but I think it will be unique or something unusual if we created such things.
Tapi semua pun berbalik pada kuasa dan keizinan Allah.

Kedua - I want to free from wearing spec! Nak free forever tau. Bukan setakat pakai lens aje. I wanted to do lasik. Belah mata dan laser kan. Pergi Advance Vision Damansara buat checking lepastu my eyes' condition quite bad, I mean power tu tinggi beb. So kena buat lasik yg mahal punye. Dekat RM6k beb kos dia. Tapi syaratnya tak boleh pregnant. Sebab nanti hormon ganggu tahap kerabunan tu thus ganggu result jugak.

And both things (1st & 2nd missions) tu sy nak buat dalam masa yg sama! Haha. Tamak betul.

So I decided to proceed with Lasik first. The procedure will takes place on Dec 2016. But at the same time I do not stop my effort to get pregnant. I took acid folic and all.

My Lasik procedure was 3 days before my period due. Sy tetap teruskan jugak sebab breastfeeding mother pun tak boleh buat Lasik. Alasan hormon jugak. So if I'm pregnant I have to wait another 2 years for Lasik. Dengan memikirkan I'm still not due for period (3 days before kan), even if I'm now pregnant, hormon HCG tu mesti still low at this stage and it shall not affect the procedure so much. Haha. Pandai2 je buat andaian sendiri. Tapi masa tu berharap takyah la pregnant dulu, walaupun bulan Dec tu actually cukup 3 bulan beza pregnancy dengan my sister. So deep down inside I want to get pregnant too! Haha. Faham tak dilema sy?
So the Lasik procedure went by smoothly. But my period also was delayed. Jeng jeng jeng.

A week after the procedure I was scheduled for a check up. It was on Saturday. It was also meant my period has been delayed for about a week!

On Thursday I had a pizza with pineapple on top. Tak lama lepas tu perut memulas. Fishy. But otak fikir masa tu maybe sebab nak period. And I also did a long walk to EPF to settle my PTPTN's matter. Dekat 2 km jugak kot jalan kaki tengah panas sambil pakai spec hitam (sebab baru lepas Lasik memang silau gile).

So Jumaat malam tu I got brown spotting. Aha! There you go. I'm not pregnant people. Period has coming. Itu apa yg sy fikirkan.

Sabtu pagi tengok2 tak period pun. Normally kalau dah brown spotting tu esoknya confirm bertambah banyak keluarnya. But that morning, nothing came out. Cuak. Before everything, turun bawah and picked the UPT kit and went to the toilet.

The result? Double line ye tuan2 dan puan2. Menggeletar pagi tu. Apa cerita? I had done my Lasik just a week before. How about my RM6k investment for new 'eyes'? Worthy or worthless? Takutnya mata rabun semula sebab hormon time pregnant kan pelik2. Takpelah. Pagi tu kami ke KL untuk check up my eyes. Turned out everything was OK. Tapi ada sesuatu yg tak OK.

Sepanjang kat klinik perut rasa macam senggugut. Plus tak dapat duduk sebab orang agak ramai. Pergi check tengok2 ada lagi brown spotting. Cuak pulak haih. Ko dah pregnant ni tapi nape ada spotting plak.. Siap rasa senggugut pulak tu. Pakej dengan lenguh2 pinggang. Huwaa cuak gile please.

Settled check up terus heading to Muar. Sebab plan asal nak pergi wedding anak pengasuh Safiyya petang tu. Tapi sebab kat klinik mata tu lama sangat, we were beyond schedule. Sampai je Muar dewan dah kosong bai. Haha. Perut still memulas, pinggang still lenguh. Google kata memang itu tanda nak gugur. Alahai baru pagi tadi confirmed double line kot. Tak kan laaa....

So we went to see the doctor. Basically doktor biasa kat klinik biasa je. His words "Itu tanda2 nak gugur lah tu. Tapi awak fikir positif lah. Kalau lahir nanti anaknya cacat macam mana? Sebab kadang2 bleeding ni tandanya anak tu ada masalah. Jadi, lebih baik awak kehilangannya sekarang sebelum dia membesar dan lahir kurang sempurna"

Sampai tahap tu sy memang dah pasrah dah. Tak dapat nak pregnant saing my sister. Baru plan nak buat maternity photoshoot sama2 sebab masa anak first dulu kami tak terfikir pulak nak photoshoot. Takpelah. Kalau betul tak jadi, redha jelah. 3 bulan kemudian I will try again. Huhu. 

So Doc bekalkan ubat sakit perut, tahan sakit and folic acid. Sy makan ubat sakit perut tu sekali je malam tu, lepas tu sakit perut pun hilang. But I keep on taking folic acid dengan harapan kandungan tu membesar dengan baik. Namun spotting tu terus berlanjutan sehingga 8 hari. No fresh blood, just brown spotting. Nak sedapkan hati, sy cakap itu old blood yg terbit daripada proses penempelan zigot / embrio (lupa which one) ke dinding rahim. Walaupun 8 hari tu quite lama la jugak. Huhu.

So on the 9th day, I went to see the gynea dekat KPJ Muar. She scanned and she said the yolk was in good shape. Nothing unusual but the heartbeat still not there. Masa tu lebih kurang 6w. She gave me folic acid and did a vaginal swab sebab sy ada discharge after the brown spotting stopped. I requested for duphaston but she suggested we wait until the 7w. She will re-reassessed and decide.

On the 7w, still heartbeat cannot be seen tapi she saw a blood coming in and out from the yolk. Doc cakap it was a sign that the heart is there cuma terlalu kecil that the machine cannot detect. Relieved betul masa dengar tu. And Doc gave me duphaston on that day.

Sy takde pergi check up lagi lepas tu sebab masa tu fikir if ada rezeki, ada lah. If takde then takpelah.

On the 11w, dekat ofis masa tu. Suddenly I felt a sudden rush coming out from 'there'. Feeling uneasy, sy terus ke toilet. I was shocked with what I saw. It was filled with the fresh blood! Panic mode activated. 11w kot. Orang cakap kalau dh lepas 12w barulah lega dan kerisauan tu berkurang sebab kandungan sudah semakin kuat. But I'm bleeding right now,on 11w!

Petang tu sy ke Tey Maternity for checking. Doc scan melalui bawah dulu maybe sebab ingat baby dah nak jatuh kot. Then dia tukar scan ikut perut pulak. He switched to 3D / 4D mode. Subhanallah berderau darah sy bila sy tengok ada sesosok tubuh kecil sedang menghisap jari di dalam perut sy. Baby nampak tenang, molek di tempatnya. Sy jadi confuse. Jadi, darah itu dari mana sebenarnya? Apa puncanya?

Rupanya, darah tu bukan lah darah yg keluar akibat ancaman dari dalam rahim, tapi ancaman dari luar rahim. The blood came from the infection that I get from the discharge. Didn't I tell you I suffered prolonged discharge throughout my pregnancy? Doc buat vaginal swab (for the 2nd time since my first vaginal swab at KPJ few weeks before) and few days later I was prescribed with the antibiotic. Actually masa kat KPJ pun dah makan antibiotik gak tapi entah kenapa still jadi infection jugak. Luckily it was not GBS. 

Lega tapi Doc cakap I have to be careful. Jangan buat kerja berat yada yada. But he didn't give me any MC whatsoeva. Haha. Sy bersangka baik, maybe sebab baby sy kuat. Nothing to be worried so much. Hehe.

Alhamdulillah itu adalah kali terakhir sy bleeding sepanjang pregnant. Tapi sy terpaksa jaga diet sebab discharge tu still keluar dan sy takut jadi infection semula. No cheese, no sweet food and drink, minum susu kurma, yogurt banyak2. Eh tapi maybe susu kurma tu manis agaknya, sy kena GDM on diet control pulak bulan puasa tu. Yelah hari2 minum susu kurma and makan kurma. Terlebih manis pulak. Kena la ambik darah sebulan sekali. They called it BSP. Hadhoi nasib baik masa tu dah penghujung pregnancy. Sempat buat 2x je BSP tu.

Macam2 yg timbul pregnancy kali ni. Betul2 berbeza masa pregnant kan dak kakak. Nasib baik bila scan nampak pistol. Terubat jugak lah segala rasa penat mengandung ni. Huhuhuhu..

Notakaki: Yang doktor klinik biasa tu cakap kalau ada bleeding semasa kandungan is like a sign that your baby will suffer a health problem, Alhamdulillah anak sy lengkap seluruh anggota, luar dan dalam. Cuma dia ada G6PD deficiency, hmm maybe betul lah kot spotting masa awal kandungan tu was an earlier sign for us. Takpelah baby, selagi hayat dikandung badan ibu and abbi akan cuba hindarkan anything that can trigger your health, OK?

Otey2... Shabar2...

Tuesday, August 29, 2017

:: New Bundle Of Joy ::

Salam.

Alhamdulillah tanggal 24/8/2017 sy telah selamat melahirkan anak kedua kami seorang putera pada usia kandungan 39w2d.

Seperti yg diberitahu dalam entry yg lepas, kelahirannya adalah dirancang a.k.a. induce. Usaha untuk mewujudkan kontraksi normal tidak berjaya walaupun semasa serah diri pukul 1 pagi tu bukaan sudah 4cm. Plan asal untuk masuk ubat pukul 3 pagi tapi cancel sebab dah ada bukaan 4cm tu. Jadi dapatlah sy tido sekejap sebelum dikejutkan semula jam 6 pagi untuk get ready masuk LR.

Sy dimasukkan ke LR (actually jalan kaki sendiri serah diri ke LR, lain macam feeling dia. Masa lahirkan kakak nak jalan pn tak larat sebab tengah contraction) pukul 7 pagi. Siap2 sarapan di ward dulu untuk tenaga. Dalam kepala target pukul 10 dah settle semua. Hihi.

Tapi kita hanyalah merancang tapi Tuhan menentukan.

Ubat untuk induce (drip induce) hanya dimasukkan sekitar jam 9.00 pagi, sebab sebelum tu Doc nak try tengok dulu kalau2 bukaan ada progress and contraction telah bermula. Malangnya tak ada apa yg berlaku, maka terpaksalah ubat dimasukkan.

Selepas ubat dimasukkan baru lah ada sedikit rasa sakit tapi tak begitu ketara. Kat graph tu nampak la turun naik contraction tapi sy sendiri tak rasa sakit sangat. Haha.

Pukul 10 pagi nurse stop kan ubat sebab Doc suddenly ada emergency operation pulak. Sebab takut progress sy cepat sangat jadi ubat pun dihentikan seketika.

Pukul 11.10 pagi Doc masuk and pecahkan air ketuban. Ubat juga disambung semula untuk percepatkan contraction.

Bila dah pecah ketuban barulah nikmat kesakitan sebenar dirasai. Haha. Setiap kali contraction rasa bagai nak lari. Sekitar jam 12+ nurse stop kan ubat semula. Actually sy ada perasan setiap kali contraction berlaku, graph CTG akan dropped below 100. Siap notified husband lagi. Didn't know that it was actually something unusual.

Jadi nurse report kat Doc and Doc instructed them to stop ubat buat sementara waktu. Tapi itu tak bermakna contraction berhenti ye. Ia masih progress dengan nikmat sakit bersalin yg biasa. Tapi mujurlah sakitnya tidak berterusan. Ada interval dan masa untuk sy merehatkan diri.

Nurse sempat tanya pada sy, sebelum ni ada tak Doc bagitau baby terbelit tali pusat atau apa? Cuak sy dengan soalan tu tapi memang tak pernah pulak Doc mention pasal tali pusat tu.

Lepas Doc masuk sy dengar mereka berbincang kenapa heartbeat dropped setiap kali contraction dan mereka suspect baby pakai 'rantai'. Maknanya terbelit tali pusat lah! Sy mula risau. Apa agaknya plan mereka untuk cepatkan baby keluar ye?

Doc buat VE and she said bukaan dah okey sekitar 7cm tapi kepala baby masih belum turun, masih tinggi. Jadi, mereka consult sy and minta sy meneran setiap kali contraction sambil tangan Doc / nurse berada di dalam rahim untuk galakkan baby turun ke pintu rahim.

Oh no! Memori melahirkan kakak dengan kaedah yg sama kembali menerjah. Sumpah sakit. No joke ya. Maka bermulalah adegan sy meracau menyebut sakit dan rasa nak give up. Tapi kali ni meracau sendirian sebab Mr MBS tak dapat temankan sy sangat, dak kakak dah nangis2 kat luar LR bila Abbi dia masuk LR teman sy buat seketika. Nurse pulak asyik remind sy heartbeat baby makin slow kalau sy tak push betul2 nanti nyawa baby dalam bahaya. Maka walau sy tak dapat tahan sakitnya pun sy tetap kena bertahan dan push sekuat hati. Rasa nak stop kan moment tu dan anggap semua ni tak berlaku tapi malangnya tak boleh. I have to do it no matter what. Dalam kepala dah rasa nak suruh belah je perut tapi actually dah dilated up to 9cm. Kejadah apa nak belah pulak. Haha. Tapi time tu rasa frust sangat kenapa kepala baby tak turun sekata dengan bukaan pintu rahim? Why everytime (time kakak pun lebih kurang gitu gak) kena ada intervention dari nurse or doctor untuk bawak turun baby tu? I've never get the chance to feel the urge to push yg orang selalu bagitau. Takpelah, bahagian masing2 kan?

Entah berapa kali proses teran-seluk tu dengan bertukar-tukar nurse yg buat, akhirnya mereka cakap ok dah boleh panggil Doc. Baby dah ready nak keluar. Sumpah lega walaupun seksa belum habis!

Bila Doc sampai sekali lagi kena push - gunting - push (ok kali ni masa push tu rasa sakit bila baby bergesel dengan luka yg digunting tu), and finally baby pun pop up dan terus kedengaran suara tangisan sang baby. Alhamdulillah sy sebut berkali-kali. Syukur sangat2 baby selamat dilahirkan jam 1.10 petang.

Tapi kali ni baby tak terus diletakkan di perut macam masa kakak sebaliknya tali pusat terus dipotong dan baby dibawa keluar. Sempat sy lihat dari jauh leher baby penuh dengan tali pusat. Tak tahu lah berapa kali belitan tu. Subhanallah. Kalau lah Doc tak decided untuk induce hari tu, entah apa lah nasib baby sy kat dalam tu agaknya. Everything happened for a reason, kan?

Lepas tu macam biasalah proses keluarkan uri, jahit luka digunting tu (kali ni lama sikit and terasa agak sakit), dan pelbagai proses lain. Oh lupa nak cerita, sepanjang sy tahan sakit tu TV dalam LR buka channel TV3 dan ketika itu sedang berlangsung final badminton berkumpulan wanita Sukan Sea Malaysia menentang Thailand. Semua orang termasuk sy sekejap2 akan jengah ke tv dan tengok match tu. Sometimes we got emotional when the player is having hard times to collect points. Tak lama selepas Doc selesai, game tu pun habis. Malaysia kalah 3-1 kepada Thailand. Nasib baik sy tak kalah oi!

Nurse tinggalkan sy sebentar untuk berehat dan oleh sebab Mr MBS ada bawak masuk kurma tadi, sy pun bedal kurma tu sampai hampir habis. Lapar weyh dah waktu makan tengahari kot.

Bila saya kira2 semula, actually sy tahan sakit 2 jam je. Tapi rasa macam 2 hari. Subhanallah tak tahu lah macam mana orang yg kena induce sampai 2,3 kali masuk ubat tapi tak bersalin jugak tu, apalah rasanya ek. Well setiap orang lain ceritanya. Walaupun sy sakit 2 jam je tapi sebab ada proses seluk-teran tu buatkan sy rasa sangat terseksa ttsskk.. Alhamdulillah dah selesai pun. Rasa serik nak bersalin lagi. Haha. Biasalah baru bersalin kan. Teeheeeheee..

Otey2.. Shabar2..

Wednesday, August 23, 2017

Induce ke?

Salam.

Semalam (22/8/2017) ada appointment dengan Gynae at 39w. Doc masih lagi melahirkan kerisauan tentang size baby yg berkemungkinan agak besar. Hasil scan semalam baby dalam 3.6kg - 3.7kg. Tak tahu lah baby berat sebab besar atau berat tulang? Huhu.

Jadi Doc nak suggest untuk induce. But before that dia buat VE dulu untuk assess position baby and keadaan serviks etc.

According to Doc baby masih belum betul2 engaged dan masih 'bermain-main' dekat atas. Her face masa buat VE tu macam something. Cuak pulak menengoknya. Tapi Doc cakap bukaan dah ada 2 cm. Cuma serviks masih tebal. Baby pun belum betul2 turun. Tapi dia jugak cakap she can reached the baby's head. Actually pagi tu check up kat KD and nurse cakap baby dah masuk lorong, about 1/2 gitu. Tapi bila Doc buat VE rupanya baby belum betul2 turun. Yelah baru 39w baby still not ready yet, kot.

After VE yg penuh berdarah itu (sampai tengah malam tu still ada darah kot pffttt), Doc terus suggest untuk induce esok jugak. I mean admit malam tu jugak at 12 midnight, induce at 3 am and estimated labor at 8 am keesokan harinya. Means today lah!

Eh idok ler saya bersetuju. Sebab Mr MBS still got few things to settle at work, plus barang2 untuk sambut baby belum betul2 ready. Dah la check up tu pukul 4.30 petang, lepas tu tetiba malam tu kena admit pulak. Tak nak lah sy. Not that I'm having serious issue that I need to be induced right away, kan? Just because baby is estimated to be big, ada sejenis kerisauan daripada Gynae takut bahu tak lepas la apa semua, jadi I have to be induced.

Memandangkan sy dah berkira-kira tentang cuti Mr MBS, maka sy pun bersetuju untuk induce tapi minta ditangguhkan sehari ke esok malam. So pagi ini, sy masih google sana sini untuk dapatkan feel sebelum di induce malam nanti. Cuak sebab masa Safiyya dulu baby memang full term 40w. Doc takde pulak suggest induce as early as 39w. This time around, lain pulak cerita dia, although with the same Gynae but her opinion is different this time.

Haih, sakit natural labor pun dah sakit, tak tahu lah sakit induce tu macam mana. Hopefully sakitnya adalah sesuatu yg saya masih boleh tanggung. *berharap*

Orang cakap lain anak lain cerita bersalinnya. Anak first relax je tunggu sampai due, bersalin natural takde ambil any ubat pun. Be it induce ke, painkiller ke, sedut gas ke, epidural ke. Nothing.
Tapi yang kedua ni, force labour kah? Huwaaa. Masih berharap real contraction will come soon. Before the procedure starts. Tapi, adakah itu possible? T_T

I have less than a day now. What else can I do to initiate labor?

Masih 50-50 tentang induce. Harap2 semuanya dipermudahkan. Oh btw Doc cakap I might need only 1 time induce based on my current condition. I hope it's true. Tak sanggup dengar orang cerita sampai 3x masuk ubat tapi tak bersalin jugak. Baby please be nice to Ibu. We can do this together okay? Can't wait to see you dear baby muchuk. Jumpa esok pagi ya! InsyaAllah.

Ahhh cuak!

Otey2.. Shabar2..

Tuesday, August 15, 2017

:: Penantian ::

Salam.

Lamanya tak bersiaran yek. Malas sebenarnya nak menulis walaupun dalam kepala macam2 nak cerita.

Alhamdulillah setakat hari ini seseorang yg di dalam perut ni dah berusia 38w0d. Tapi last 3 days scan dekat Dr Azlina MMC mengkhabarkan berat baby estimated at 3.4kg and week estimated at 39w already. Bayangkan dak kakak dulu lahir 3.45kg @ 40w1d. Ini baru 37w4d dah 3.4kg. Huahua. Sepanjang pregnancy kali ni, that was the first time EDD diawalkn.  Am I eating too much di saat2 akhir ni? Haha.
All this while kalau scan syok je tengok EDD setara dengan perkembangan baby. If time tu tengah 25w, scan pun showed 25w. Baby's growth at normal pace.
Tapi di minggu2 akhir ni tetiba baby buat pecutan pulak. Terkezut ibu. Dari EDD 29 August 2017 trus jadi around 20 August 2017.
Luckily Dr Azlina decided utk buat VE this coming 22nd. I mean, takdelah within this week jugak kan. Tapi dari gaya dia cakap haritu macam nak induce immediately on 23rd tu jugak. Hopefully baby tidaklah terlalu membesar dalam masa seminggu ni yek. Kalau tak memang hampir pasti kena induce la ibu ni.
Adakah effect dari GDM? Bulan puasa hari tu buat MGTT pastu kantoi pulak GDM. Nasib baik buat BSP result cun2 aje. But now baby is bigger and bigger, adakah sebab ada GDM tu? I mean, minggu2 terakhir ni memang sakan nak makan & minum semua benda. Sebab dok fikir pasni kena pantang makan 😂

Apa pun, kerja kat ofis melambak kena cepat2 siapkan. Well, i'll try to do my level best and siapkan mana yg mampu jela yek. I have +/- 5 days untuk siapkan 6 renewal paper. Pheww mencabar! Semoga baby belum nak keluar within this week ye. Sebab ibu dengan abbi are so not ready. Haha. Ibu dengan kerja yg tak siap lagi, abbi pulak ada kursus PTM seminggu ni. Kalau tak complete kursus ni, lambat lagi lah baru tetap jawatan. Hewhew.
Dan semoga jugak ibu tak kena induce. Baby please don't grow up too fast. Membesarlah dengan jayanya apabila keluar nanti ok? Hehe love you. Can't wait to see you but not this week. Not yet. Haha.

Oh btw, mak dan ayah kat Mekah sekarang. Alhamdulillah dapat panggilan Haji. Tapi bukan melalui muassasah, pergi dengan Andalusia. Takpelah, yg penting rezeki mereka dapat pergi time tengah sihat ni. Kalau nak tunggu turn muassash tu, ntah bila tahun agaknya.

Dan sebab itu lah jugak baby tak leh keluar awal2 sangat. Nanti tok mak tok ayah balik haji, dia da besau. Tak syiok.

Berpantang? InsyaAllah ada 3 peringkat. Haha.
1st week - Balik kampung, kakak & makcik jaga (kebetulan Raya Haji & cuti sekolah seminggu)
2nd week - Stay Melaka & hire CL from KL. Dah booked her for a week.
3rd & 4th week - Turn Mr Mama lah pulak. Encik MBS kena jaga iols dan baby dan Cik Piya. Ok la tu kan. Dah almost sebulan pun baby time tu. Hopefully everything going on smoothly.
5th week onwards - InsyaAllah balik kampung duduk dengan mak ayah pulak. Time ni heaven la En MBS tak dak sapa kacau kat rumah. Hmmmmpphh.

Eh panjang nau pulak cerita. Sementara rajin. Ini sekadar untuk memori sendiri. Nanti dak adik tanya ibu "kenapa masa pregnant kan kakak macam2 ibu cerita tapi time saya takde cerita pape pulak?" So this one is for you my new baby. Haha.

Agak2 anak ibu nanti kuat touching ke ek. Hmmmm....


Otey2.. Shabar2..

Sunday, February 5, 2017

:: Meroyan ke awak? ::

Salam..

Dua hari ni heboh serata Malaysia pasal seorang ibu di Kota Bahru mengelar bayinya yg baru berusia 82 hari. Ramai mengaitkan kes itu dengan meroyan ataupun bahasa saintifiknya postpartum depression.

Rasanya kebanyakan ibu2 mesti pernah mengalami benda ni, kalau tak banyak mungkin sikit pernah ada rasa some kind of depression masa berpantang kan?

So did I.

Maklumlah berpantang anak pertama.

Mengandung takde masalah, bersalin takde masalah, tapi Allah uji semasa berpantang. Sungguh cakap, kalau orang tanya apa yg paling traumatic sekali antara mengandung, bersalin atau berpantang, saya pilih berpantang.

Reason?

Pertama, kurang bantuan suami. Tapi jangan silap. Bukan suami taknak tolong tapi dia tak dapat tolong. Masa tu dia still kerja company swasta, paternity leaves 3 hari je. Cuti pulak sehari seminggu. Sy berpantang di kampung, 2 jam jarak perjalanan dari rumah kami.
Waktu siang sy memang takde masalah sebab ada adik dan mak membantu. Tapi sy struggle apabila tiba waktu tidur.
Sebab sy tidur berdua je dengan baby kat bilik. Baby pulak ada habit taknak tidur malam.
Asal malam je, sy stress. Sy tak dapat tidur. Sorang2 melayan baby yg kejap menangis kejap nak susu kejap nak tukar pampers.
Kita dah lah tak sihat, perut sakit, kawasan luka sakit. Lepas tu sikit2 kena bangun duduk. Baru baring kena bangun balik. Tidur pun duduk sebab budak tidur menyusu tak boleh lepas. Kalau lepas, dia bangun. Haih...
Time tu sy memang betul2 perlukan suami tapi apa boleh buat, dia perlu bekerja.

Stress sy bertambah sbb reason kedua ni, yg bukan niat sy utk merungut, cuma ini memang antara sebab sy mengalami sedikit depression semasa berpantang.

Sy tak tahu lah kenapa, macam2 dah sy buat tapi anak sy mudah tersedak ketika menyusu. Sebabnya adalah aliran susu terlalu laju dan deras. Sy stress. Memang stress. Baju basah toksah cakaplah. Bukan setakat baju, malah perabot sekitar tempat menyusu tu pun habis terkena tempias sebab aliran terlalu deras. Peneman sy adalah kain sapu tangan yg tak sempat kering, sentiasa basah.
Bukan sy tak pam, sy pam sampai sakit pinggang tapi susu cepat penuh. Sy tak boleh cope. I need rest too.
Sy bersyukur sebab susu sentiasa cukup utk anak, tapi bila anak asyik tersedak dek susu terlalu deras, sy jd frust dan stress.

Sy betul2 kurang rehat waktu berpantang. Sy penat dan natijahnya anak jadi mangsa. Sy pernah hempas je baby sy atas katil tapi masih dalam jarak selamat. But still, it's not good for a baby. Goncang2 badan dia bila dia susah sgt nak tidur. Tepuk punggung dia kuat2. Marah punya pasal. Stress punya hal. Depression.

Tapi nasib baik, sy cepat sedar. Masih rasional. Walaupun kadang2 rasa syaitan tu dah suruh buat macam2 kt budak tu. Haih.

Untuk next baby, I expect more challenging situations will come. Sebab, ada si sulung. Oh, that's one of the reasons I'm not so keen to have new baby so soon --- at least until she's 3 years old. Because I know, I can't cope with it. My first child need to be matured enough to at least listen and understand my instructions. And I think she is now. So new baby, cepat2 datang ok! Hehe.

Otey2..Shabar2..

Friday, December 9, 2016

:: Ke Korea Ke Kita ::

Salam...

Wahh lama benau tak bersiaran rasanya. Trip ke Sabah 2015 pun tak habis karang lagi. Rasanya mmg tak sambung dah tu. Sebab macam dah banyak yg lupa dari ingat hahaha.

So kita move to our next vacation jela yek. Kali ni kita pergi jauh sikit, luar dari tanahair. First time nih pergi obersi. Untung la Cik Pia, umur belum 2 tahun dah jejak kaki ke obersi. Masa ibu kecik dulu seberang pulau pun tak pernah. Pulau Pinang pn dah sekolah form berapa tah baru jejak kaki.
Takpelah, itu cerita dulu. Kita cerita yg sekarang yek.

Jadi, kisah bermula pada suatu hari, di mana perasaan nak pergi ke negara luar itu seperti membuak-buak. Terutama negara yg satu ini. Negara apa lah? Alaaa, negara yg macam best tu (pd aku la), sebab aku minat Kshow Kdrama Kpop! Haha Korea ler mana lagi kann.

Dok tengok member sorang ni share pasal trip yg dia organize utk pergi Korea. Bila contact dia, dia suruh contact member dia yg memang kt sana, sebab tarikh yg aku nak pergi tu dia x boleh handle.

So, contact la this guy from Kimchi Travel and Tour ke camtu la nama agensi nya lupa dah aku haha. Kalau ada yg nak tau nanti bitau kt komen aku akan cuba cari balik nama betul dia. Buat masa ni panggil Kimchi jela ey. Haha.

Bila aku bg date yg kitorang nak gi, dia check jadual guide dia ape semua, then dia kata ok. Kalau pergi dgn group tour kang dah la ramai pastu kena ikut date dorang bagi je kan. So yg ni ok la kan. Dia ikut kita, bukan kita ikut dia. Hehe. And plus dgn Kimchi ni harga tak la mahal sangat. Untuk rombongan kami yg hanya seramai 6 dewasa dan 3 kanak-kanak ni, harga tu sangatlah berbaloi. Sebab dgn harga tu kitorang dapat private transportation (mpv), makan 2x sehari, apartment (yg ada code kt pintu mcm dlm cerita Korea tu. Sukenye aku), tiket masuk tempat2 yg nak dilawati semua dah include dalam pakej. Sumpah aku tak rasa mahal sgt pun dengan private tour dan great service yg kitorang dapat.

DAY 1

Tarikh yg kitorang pilih ialah dari 11 Sept ke 15 Sept 2015. Flight pukul 1 pagi 11 Sept. Masa tu memang risau je tak dapat tidur dalam flight. Mampuih aku nanti.

Ternyata kerisauan aku menjadi nyata. 6 jam dalam flight, pukul 1 pagi dari KL reached Incheon pukul 820 pagi, seminit pun tak dapat tidur! Huwaaa excited sgt kottt.. Tsskk..

Nasib baik Incheon ke Itaewon tu jauh la jugak. Guide yg jemput kitorang tu datang dengan uncle teksi bawak Hyundai Starek yg mcm limousine dalam dia. Hah memang mentido jela kan masa on the way tu. Walaupun hatiku membuak2 nak tengok negara Korea! Tapi mataku jugak membuak2 suruh tidur! Hehe.

Lebih kurang pukul 11 pagi waktu tempatan kami sampai ke Guesthouse kami kat Itaewon. Apartment tu tingkat 2, lampu koridor pesen dia kalau ada orang baru menyala. Sensor la. Baru tengok konsep tu dalam cerita The Producer (IU, Kim Soo Hyun) tup2 dah dapat experience sendiri. Lepas tu, rumah dia guna automatic lock tu, yg nak masuk rumah kena tolak cover ke atas pastu picit2 no pin. Kalau org luar pulak ada kamera and boleh ckp2 dgn orang kt dalam rumah. Alaa macam dalam drama Korea tu. Jakun betul tp syok sebab finally dapat merasa duduk rumah camtu. Hehe.

Rehat kejap mandi apa semua, agent dah datang nak bawak pergi makan. Restoran pertama yg kami pergi MAKAN Restoran. Restoran Korea yg halal, owner org Korea sendiri. Nama je guna Melayu sebab ramai gak Melayu Malaysia Indonesia kat Itaewon ni. Makanan memang superb sedap. Kimchi sedap gile. Bulgogi toksah cakap la, berebut! Haish rindu plak. Ttsskk..

Perut dah kenyang kami pun bergerak ke our first destination - Gyeongbokgung Palace. Aduhai tahun tu historical drama tak begitu "in" so aku dengan MBS just dapat recalled cerita Jang Ok Jung je, which was aired in 2013. Lama dah tu. Lepas balik Korea baru ada cerita Six Flying Dragons. So masa tgk istana tu feel agak kurengs la. Haha.  Kalau tak, mesti lagi excited.

Yg buat lagi tak "in" tu sebab ngantuk tak cukup tidur. Macam berkhayal je rasa tengok benda2 tu semua. Pulak tu bateri kamera habis. Memang spoil nau nau. Haha.

Next destination is Hanok Traditional Village. Kat situ menempatkan pattern rumah2 traditional Korea. Again, if la waktu tu baru lepas tgk historical drama pasti lebih penghayatan. Haha.
Since takde, so jengah sana jengah sini tapi takde penghayatan pun. Dah la kepala pening tak cukup tidur tu kan. Babywearing Safiyya pulak yg tidur sepanjang kat situ. So tak berapa worthwile sangat la pergi sana. Puas lah tour guide pujuk suruh ambik gambar wearing Hanbok, tapi kami refused. Sebab takde mood wey. Dengan anak tidur lagi kan. Hewhew.

Lepas habis kat situ, kami pergi dinner. Still area Itaewon. Makan nasi beriyani kat kedai opposite kedai MAKAN siang tadi. Mata dah tak larat so bedal jela kan. Owner orang Pakistan kot. Eh lupa la. Haha.

DAY 2

Pagi ni bangun segar bugar. Keluar rumah semua muka ceria je. Rasa bersemangat betul nak menjelajah Korea. Ecewah. Tour guide yg sambut kami pun noticed mood ceria kami tu. Destinasi pagi ini, Nami Island. Jangan tanya pasal route ye, sebab semua tour guide yg bawak kan. Kami bincang pasal brand kereta yg ada kat Korea masa on the way tu. Baru tahu Samsung ada keluarkan kereta rupanya. Ingatkan handphone je 😂

Nak pergi je Nami Island ada dua cara. Naik bot atau flying fox. Yes flying fox ok. Sebab bukan jauh nau Nami Island tu. Jeju Island lain lah. Siap kena naik flight if nak ke sana!

Sebab kami ni percutian mak2 bapak2 anak2, kejadahnya nak flying fox bagai kan. Makanya, naik bot loh.. Takde kerusi ye. Ada tapi sikit nau nau. Dekat je kot. Diri jelah sambil tengok pemandangan laut tu yek.

Nami Island ni kecik je. Pusing naik basikal pun boleh. Kami kat sini sampai lepas Zohor. Lama kan? Tp tak cukup sebenarnya. Kami lunch kat the famous Nasi Goncang. Rasa dia biasa aje. Nasi goreng kampung lagi sedap. Haha. Nampak best sebab kena goncang bekas panas tu. Glove is provided ye. Maka bergoncang la semua orang sebelum makan. Tour guide belikan jugak Seaweed Pancake. Lempeng seaweed. Ai is like this one. Sebab I like seaweed! Hehe.

Sebelum kami berangkat meninggalkan Nami Island sempatlah kami bertiga berbasikal mengelilingi pulau kecil ni. Satu perkara yg kami agak impressed, kat pulau ni tak dibenarkan merokok tapi management ada sediakan 1 designated area khusus utk perokok. Jadi mereka benar2 ke sana untuk merokok dan keluar setelah selesai. Kagum dengan disiplin orang negara Kimchi ni. Kalau kat Malaysia, hmm malas cakap anda maklum sendiri.

Petang itu kami ke Namsan Tower. Namsan Tower ni kedudukannya atas bukit. Ada 2 cara nak ke atas. Mendaki tangga atau naik cable car. Of course naik cable car pilihan terbaik kami. Tapi dia punya beratur fuhhhh dari tingkat bawah sampai ke tingkat atas kau. Habis masa kat situ je 😭

Sampai je atas tu fokus utama cari padlock area tu. Memang bersepah la kan benda tu. Apa lagiii... Selfie selpot la...

Lepas Maghrib kami turun and agent bawak kami pergi dinner. Plan nak makan di Eid tapi full so kami sekali lagi makan di Restoran Makan. Trying out new menu this time 😊

DAY 3

Hari ini for one whole day kami akan ke satu tempat je. Sebab tempat tu jauh dari Seoul so agak memakan masa la. So today's location is Everland Theme Park!
But since anak kecik lagi so tempat camni tak berapa menarik pun but we still created good memories here. Antaranya beratur panjang semata nak naik bas 2 alam (darat dan air) yg previously has been featured in one of Running Man's episode. Lepas tu tengok Marching Parade, eh yeke gitu nama dia ek. Tapi it's a Parade yg penuh muzik tarian mascot etc. Kebetulan kami berada betul2 dekat starting point of the parade so the excitement of the cast tu masih ketara la. Senyum je deme sambil berjoget2 dan berjalan melintasi kami.

Well, kami memang takde naik any of the rides there. Sebab malas nak beratur panjang2 lagi dah haha. Sementara tunggu my friend & her family habiskan waktu mereka kat Everland tu, kami bertiga (tapi Safiyya tidur) masuk ke dalam hologram studio by YG Entertainment. Kat dalam tu boleh tengok hologram concert artist macam Big Bang, 2NE1, Psy etc. Tapi ada la showtime dia but unfortunately masa kami sampai showtime baru je habis. Next show lebih kurang sejam lagi of which kami dah kena keluar sebab dah janji dgn agent. Untuk mengubati hati yg lara kami pun ambik gambar dengan Big Bang. Yes, they do provide a hologram photo session with YG artist. Excited betul dapat bergambar sebelah T.O.P. Hasilnya memang real lah! Ahkak sukeeeee.. Weeee. Hehehe.

Oh lupa nak cerita, lunch haritu is a lunch packed by our guide's wife - nasi goreng! Makan di picnic area yg memang khas disediakan oleh management. Best nya kat sini setiap meja kena alas plastik yg ada disediakan di suatu sudut. Kena ambik sendiri lah ye and bentangkan atas meja tu. Habis je makan, bungkus segala sampah dalam plastik tu and buang. Meja tak kotor, surrounding pun tak kotor. Bagus betul. Seronok tengok. Huhu.

Kami gerak dari Everland sekitar jam 5. Dinner di Eid,restoran Korean Muslim di Itaewon Street. Of course la sedap hehe.

Oleh sebab post ni dah lama sgt delay jadi to cut the long story short, I will just attached the pictures and a lil bit descriptions at the bottom of each pictures to furher explain our trip. Enjoicessssss!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails