Monday, June 10, 2013

Rezeki

Salam..

Dah lama tak update apa2 kt sini. Been busy lately. Malas nak menaip pun iye jugak. Hehe.

Well banyak perkara telah dilalui sepanjang 4-5 bulan saya tak bersiaran ni. Banyak sangat sampai malas nak tulis. Hahaha. Tapi untuk kenangan saya di hari muka, maka sy rajin2kan diri jugak.

1. Balik dari Sabah tu takde pun dapat berita gembira yg dinantikan. MBS punye hadiah birthday setakat melancong ke Sabah jela (his birthday on January).
So kami target hadiah utk my birthday lak. Mine was on February. Jaaadiiii... 2 hari selepas my birthday saya telah melakukan ujian 'itu'. Alhamdulillah Allah bagi sy hadiah yg paling sy nak. Weeee happy2! Terus sign up jd SID Shaklee #eh

2. I am now 5 months pregnant. Alhamdulillah 3 bulan pertama Allah permudahkan semuanya. Takde pun mabuk2 teruk muntah2 bagai. Takde selera makan tu standard la kan. Tapi sy takde la sampai ambik MC sebab tak larat ke apa. Kerja macam biasa, makan macam biasa. Rileks sajer. Thanks to Shaklee sebab bg sy tenaga yg sy tak tau sy ada rupanya. ;)
Now sy terus consume Set Kehamilan Shaklee tu. Alhamdulillah check up semua ok. Bacaan cantik cuma berat naik tak boleh handle. Haha.
Awak2 yg nak try consume Set Kehamilan Shaklee ni boleh contact sy ek. Sy jual murah2 punya. Niat nk tolong orang je pun. Xde la nak untung mana... :) (PM kt Fb sy Desie Immi)

3. Adik sy a.k.a Kak Uda dah kahwin. Siap featured dalam rancangan Raikan Cinta Astro lg you. I am one of the responsible person that attracted the crew to come to our house. *penangan twitter*
Sedaya-upaya aku cuba nk menyelit dalam recording. Tak tau la berjaya ke tak. Huahuahua. Tayangan dijangka bulan 8 tahun ni. Not sure yet.

4. Bulan 6 and 7 ni boleh dikatakan agak mencabar la. Sebab MBS tukar kerja lagi. So the gaji pun tak dapat full. Bulan 7 pulak Jenna due for roadtax and insurance renewal. Hadhoii.. Parah2. Pening kepala nk rolling duit tang mana.
Tp, kuasa Allah kan. Dalam kesempitan tu tiba2 ada member dok cerita pasal ESOS. ESOS ni Maybank Shares yg Maybank bg kat staff dia yg layak. Staff tak perlu keluar modal. Cuma kena pandai la cari masa yg sesuai untuk jual. Masa Maybank bagi tu harga share RM8.82/unit. Jadi kenala jual bila share Maybank lebih tinggi dari harga beli. Staff hanya dapat untung melalui perbezaan harga je. Modal kena pulang balik kt Maybank. Haha.
Member ni dok cerita dia jual sikit share dia. Harga jual masa tu rm10.30. So untung dalam rm1.50/unit boleh masuk poket sendiri. Masa dengar tu sy konon2 nak tunggu la lg. Kot2 harga naik lagi. Sekali dilanda tsunami kewangan pulak bulan ni. Terus sy decided nk jual sikit unit yg ada. Ratus2 unit je sy jual. Harga masa sy jual tu up sikit la dari RM10.30 tu. Untung dalam RM1.65/unit. Jumlah keseluruhan dapat lah menampung kos renew roadtax and insurance Jenna.
Eh, cukup lah tu kan. Baki unit share yg ada sy nak simpan. Mana la tau Maybank Share boleh up jd RM15/unit. *hoho tamak*
Apa pun sy anggap ni rezeki anak. Sungguh sy tak sangka dalam kesempitan tiba2 dapat rezeki lain untuk membantu. Alhamdulillah...

Otey2.. Shabar2..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails