Friday, January 11, 2013

:: Boleh Bah Kalau Kau ::

AMARAN: ENTRI INI SANGAT PANJANG. SILA AMBIL NAFAS DENGAN SECUKUPNYA UNTUK MENERUSKAN PEMBACAAN.

Salam Sabah Bah..

Hihi at this moment we are in Sabah but this will surely be posted once we are back to Semenanjung. Apapun ini adalah serba sedikit catatan pengalaman sy dan MBS di Negeri di Bawah Bayu ini. Perlu diingatkan ini adalah honeymoon in backpacker's style, so sendiri mau ingatlah! Haha.

Hari 1

Kami take-off dari Senai Airport lebih kurang pukul 950 pagi dan sampai ke Kota Kinabalu dalam pukul 12 tghari. Siap registration apa semua dalam pukul 1220 camtu. Kami terus menuju ke kaunter teksi sebab ikut plan nak ambik teksi sampai town lepas tu baru naik bas ke hotel yg telah ditempah.

Sekali tanya harga, ambik kau RM30 tu bhai. Takdelah jauh sangat padahal. Takpe2 rilek. Kami keluar dari airport tu and duduk area dekat entrance sambil memikirkan cara untuk keluar dari situ dan pergi ke bandar.
Kemudian MBS nampak budak lelaki pakai baju airport and asked him something. MBS got to know that there's a bus yg akan lalu depan entrance tu setiap sejam. Wow it's a new information since I've Googled before and no one ever mentioned about this bus.

Bas nombor 16 dan berwarna purple putih. Akan berhenti di Terminal Wawasan.
"Bus station la ni kot", sy cakap dalam hati.

Bas kecil purple putih di Terminal Wawasan

Ok kami tunggu.

15 minit kemudian masuk sebuah bas mini. Kecik. Takde aircond. Laju je jalan langsung tak berhenti. Nasib baik dia pusing depan tu semula. Kami tahan bas tu and hop on! RM2 per person. Heh, jimat duit aku. Ekeke. Nama pun backpackers. Haruslah jimat2 sokmo. Hahaha.

Driver bas yg kami naik tu tiba2 jadi peramah bila tau we are not local people. Siap ajar bas mana perlu kami ambil untuk pergi ke hotel. Haha macam tau2 je kami memang taknak naik teksi. :p

Memandangkan kami stay kat hotel bersebelahan 1Borneo, so kami perlu naik bas City Bus yg menghala ke Sepangar. RM1 saje. Jimat lagi. Hemohemoh. Bas henti2 jugak ni. Tapi ada aircond la cuma busuk. Haha enough Shamimi. This is backpacker's style! Lalala~

Kami sampai hotel dalam pukul 2 ptg. Time tu memang lapar gile sebab makan sebiji roti je pagi tadi. Nasib baik hotel betul2 sebelah shopping mall. Terus rembat Snack Plate sa. Makan sampai kenyang. Hoho.

Tapi yg tak bestnya receptionist hotel cakap sistem tv dorang tak leh guna buat masa ni. Huwaa nak tengok AJL 27 malam ni! Nangis kuat2 *dalam hati*

Tapi nak pujuk hati sy pun buka Hot Fm sebab ada live kat situ jugak. Ok la dari takde kan. Hehe.

Hari 2

Kami keluar dari hotel around 10 o'clock. Plan nak naik free shuttle bus yg pihak 1Borneo sediakan untuk customer hotel sekitar sini. Sampai je kat kaunter bas tu tengok2 takde orang jaga. Check jadual perjalanan bas kat tepi tu;

"10 am - 11 am - 12 pm ~ dan seterusnya." Kesimpulannya sejam sekali lah.

Tengok jam sendiri. 10.15 am.

Alamak. Terlepas la pulak. Tak kan nak tunggu next bus pukul 11 kot. It will be too late for Island Hopping!
Quick decision. Ok, naik bas henti2.

Kaunter free shuttle bus di 1Borneo. Kualiti gambar tah hape2 -..-
Kami bergerak and tunggu kat seberang jalan. Instead of bus, banyak betul van2 penumpang yg berhenti untuk turun and ambik penumpang. Orang kat situ cakap tambang van2 ni RM2 je untuk ke Terminal Wawasan. Mereka ni macam bas mini jugak fungsinya. Cuma mereka ialah van. Jangan risau, perkhidmatan ini berdaftar dengan Lembaga Pengangkutan Jalan Negeri Sabah.

Van-van yg sama fungsinya macam bas mini. [Terminal Wawasan].

So if naik bas [yg sesak kadang2 tak dapat tempat duduk, kena berdiri] dengan tambang RM1, we think it is better to pay RM2 and confirm dapat duduk! Kann?? Once again, taxi is not an option! :D

Kami sampai Terminal Wawasan sekitar jam 11 pagi. Sekali lagi kami kena cari bas menghala ke Jesselton Point, Ferry Terminal untuk ke island hopping. Bukan tak boleh jalan kaki, tapi nanti lambat la oit! So, tanya punya tanya kami dapat tahu bas yg melalui Jesselton Point ialah City Bus bernombor 1A. Orait, hop on! Tambang RM0.50 per person.

Di Jesselton Point ada banyak kaunter pengusaha boat transfer untuk ke pulau2 yg terdapat sekitar KK ni. Antaranya Pulau Manukan, Pulau Mamutik, Pulau Sapi dan Pulau Gaya. Kena pandai pilih kaunter ni sebab kaunter pertama yg kami tanya bagitahu kami dapat pergi 1 pulau je sebab dah lambat. Jam menunjukkan pukul 11.15 a.m.
Tak puas hati kami tanya kaunter lain. Kali ni Borneo Ferry Tour and Travel pulak. Ok, boleh pergi at least 2 pulau. Tour end at 4 p.m. 2 jam untuk setiap pulau. Orait, cantik lah tu. Kelentang-kelentung total payment  RM100++.

Package included:
* 2 island transfer for 2 person
* Terminal fee for 2 person
* Park conservation for 2 person
* 1 set snorkel + mask + fins

Ok lah tu dengan budget kecil-kecilan kami ni. Hahaha.

Kaunter pengusaha boat transfer. Pilih mana2 suka!
Kami pilih yg ini. Boleh Bah kalau kau!
MBS sedang memilih fins bersama2 1 family from Aussie

Bot memecut laju sekitar jam 12 tghari and it took about 15 minutes to reach our first destination; Manukan Island. Tempatnya sangat lah bersih, cantik dan ramai sekali foreign tourist! Nak jumpa local people cam bercinta! Ada la jugak, tapi pekerja. Huahuahua. Tiba2 rasa macam bukan kat negara sendiri.
Kat Manukan Island ada sebuah kedai makan. Harga amat berpatutan with taking into consideration logistic yang jauh dari mainland. Mahal lagi harga kat Genting kot! Toilet pun bersih walaupun ramai orang kat situ. Suke2! ^_^

The right side of the jetty. Agak ramai org kt belah sini
The left side of the jetty. Tak brape nk ramai. Mungkin tak banyak ikan cantik kot?
Gambar cilok kt internet. Tp Manukan mmg ramai orang.
The mother of the Aussie family took this picture for us. Thanks!
Entrance of the Manukan Island. MBS buat pose pewot moncet. #Eh

Kat Manukan MBS je yg snorkeling. Me? Rabun kot. Malas lah. Hehe.
Two hours later we moved to our next destination, Mamutik Island.

Mamutik Island nampak kurang meriah berbanding Manukan Island. Tempat yg developed pun agak terhad keluasannya. Berbanding Manukan Island, dari toilet nak ke jeti tu bapak jauhnye! Tapi Mamutik ni dari jeti dah boleh nampak "Haa tu toilet!" But still, ramai tourist okeyh.. Ramai betul Korean time ni. Annyeong haseyo! Hish time tu mulut ni rajin je nak borak2 pasal Kpop dengan dorang. Tapi memikirkan English mereka yg tak berapa nak lancar, aku cancel aje niat tu.

Entrance of Mamutik Island
Sekitar Mamutik Island
Sekitar Mamutik Island
Sekitar Mamutik Island
Sekitar Mamutik Island

Kat sini once again MBS snorkeling. Naik ke darat MBS war2 kan cerita betapa cantiknya dasar laut Mamutik ni. Ikan macam2 colour, coral macam2 bentuk.
Haish takleh jadi ni. Takkan aku nak tengok je? Rabun pun rabun lah. Kita terjun aja!

Ok lupa. Sy tak reti berenang. Life jacket pun tak sewa tadi sebab MBS pandai berenang. *down*

Akhirnya MBS suruh pegang dia and dia yg akan bawak sy ke tengah pantai tempat ikan2 cantik tu. Pehh panik sehh bila dalam air tu. Sebab bila tengok kaki MBS tak cecah tanah otak dah mula fikir macam2. Nak lemas lah apa lah.

Tapi, once you reached the destination, terdiam. Hilang semua panik. Cantiknya lah ikan2 tu. Siap nampak coral lagi. Walaupun samar2 bayangan saje. Rabun katakan.. Tapi ketenangan itu tidak lama. Bila nampak betapa dalamnya keadaan laut kat situ mula la panik balik. Sebab MBS takde pakai life jacket kan. Tu yang sy panik semacam. Haha MBS bising je sy panik tak pasal2. Tak lama lepas tu sy cepat2 mintak MBS hantar sy ke darat. Ok I've seen enough. Hahaha.

Cukup 2 jam kami pun merempit naik bot untuk balik semula ke mainland. Sesampainya di Jesselton Point tu kami decided untuk jalan kaki ke Warisan Square (tempat free shuttle bus tu ambik penumpang). Bajet macam dekat lah sebab dalam bas tadi nampak macam dekat. Bila check google map hambik ko dalam 1.5km jugak lah. Haih alang2 dah berjalan kaki, kita teruskan ajelah labu.. Bila lagi nak jalan kaki sekitar town KK ni kan.. Ngeh3.. Ayat sedapkan hati
Kami sampai semula ke hotel sekitar jam 6.30 ptg. Sumpah penat tak hengat wa cakap sama lu. Krohh krohh zzz ...

Hari 3


OK. Nothing much la untuk hari ketiga  ni. Target kami untuk relaks2, jalan2 je sekitar Warisan Square sehingga Handicraft Market (Pasar Filipino) tu. Jadi, kami memutuskan untuk naik shuttle bus pukul 11 pagi. Pukul 10.30 kami dah terpacak depan kaunter bus. Takut tertinggal bas lagi. Kena naik van sapu lagi. Nda mau nda mau. So, tepat pukul 11 kami hop on into 1Borneo Free Shuttle Bus. Selesa la bas ni. Macam bas ekspres tu. Perjalanan mengambil masa +/- setengah jam.


Sampai je Warisan Square kami terus menuju ke Filipino Market. Usha ole2 untuk keluarga. Percutian bajet pun, ole2 untuk keluarga jangan dilupa. Cewah! Jalan punya jalan alamak ongkosnya udah tidak cukup. Kena la pegi draw duit. Tengok2 bangunan sekeliling, macam tak nampak pulak ada bank. Bank terhampir yg ada dalam pengetahuan ialah ATM Easy RHB kt tepi bus stop shuttle bas tadi. Alamak jauh siot. Xpela, sementelah area Filipino Market ni macam tak nampak je tempat makan, kalau ada pun tak berani nak makan sebab time tu KK kena fenomena laut merah, seafood is forbidden. Dikhuatiri beracun. So, we've decided to go back to Warisan Square and cari tempat makan kat situ saje. Pusing2 WS tak jumpa pulak kedai makan yang cambest. So kami melangkah jauh sikit ke belakang bangunan WS tu. Tiba2 tersergam indah [indah ke?] sebuah shopping mall (??). Lorrr tak tahu pulak belakang ni ada shopping mall. Apetah nama dia. Gaya-wateva. Macam meriah jek. Confirm ada McD tak pun KFC. Keh3. Kami pun masuk.
Maka lunch kami tengahari itu ialah Kenny Rogers sahaja. Hahaha. Baik tak yah gi Sabah! Ni Red Tide punya pasal la ni!

Kami sambung pershoppingan kami kat Filipino Market sampai pukul 5 petang. Lepas tu balik hotel. Sekali lagi, shuttle bus telah berjasa. Hehe.

Malam itu, kami dibawa berjalan-jalan oleh seorang rakan MBS masa kat MCKK dulu. Siap bawak kami tour 1 UMS lagi you. Mentang2 lah dia lecturer situ.

Hari 4

It's time to say good bye. Alorhhh rasa kejap sangat lah percutian ini. Macam tak cukup. MBS and me telah berjanji untuk kembali. This time no more backpacker's style. Kena simpan duit betul2. Nak merayap sampai Kundasang nun. Nak drive sendiri. Tak nak naik bas ting tong lagi. Haha. Cukup lah pengalaman ini yang mengajar kami untuk mengenal Sabah dari perspektif warga tempatan. Menarik jugak. Anda di luar sana pun boleh cuba. Hehe.

Kami check out sekitar jam 9. Nak kejar bas pukul 10 punya pasal. Sampai je kat WS ada sebuah teksi menunggu. Kami terus lah rembat. Oh, merasa jugak naik teksi di Sabah! Kat Sabah ni apa je kenderaan yg kami tak naik? Bas, van, kereta, bot, jalan kaki. You named it. OK motor memang tak de la kan.

Flight schedule to depart at 12.30 p.m. Sementara tunggu tu sempat jugak kami lunch. Lapo ohhh. Tak breakfast lagi. T_T

Semenanjung, Kami Datang!

Menjejakkan kami di bumi Johor, wahh terasa lain macam. Pergi Sabah je padahal. Tapi tetap rasa gembira. Oh Dorrey, kami rindu kamu!
Kami sampai Melaka around 8 p.m. Esok half day! Thank God. Penat sehhh.... Ok jom rehat!

@_@

Otey2... Shabar2...


For more info tentang tempat2 menarik kt Sabah boleh klik kat sini. Banyak sangat tempat2 menarik yg boleh dilawati. Plan your trip and enjoy! :)

6 comments:

  1. weh,xde gambo ke?penat aku bace smpai bawah tau....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha gmbr ada tp lum smpt nk upload lg. Actly entry ni lum abes. Pnjg lg. Haha. Png da kepala ngadap laptop :p

      Delete
  2. it was a wonderful n lovely trip my dear..even serba kekurangan tp sgt2 seronok..planning for next trip..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha nampak tak budak "semangat" kat atas tu? haha lawak je we both misunderstood "sepangar" as "semangat". i captured his face so that we will remember the memory forever. hohoho. ;p

      Delete
  3. Terbaik ! Kami pun dari johor, nak plan untuk kk februari dpan, hotel pun same da,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe good! Kalau same hotel boleh la try cari shuttle bus yg 1borneo sediakan ni. Tp x sure la if it's still there. Hopefully ada lg la hee

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails