Sunday, November 3, 2013

Pengalaman Bersalin Anak Pertama (@ Mahkota Medical Centre Melaka)

Salam..

Sebenarnya masa tulis ni belum bersalin pun lagi. Tapi setiap detik menuju kelahiran anak pertama ni akan di update di entry ini. Hehe.

18 Oct 2013

Hari ni dah genap 39w baby kat dalam perut ibu. Tapi still macam takde tanda2 dia nak keluar pun. Semalam sempat pergi check up kt KK and MMC. Yg kelakarnya masa check up pagi tu kat KK, berat sy 65.2kg, which is kurang dari berat masa last week punye check up. Standard la kan dah hujung2 ni berat memang turun. Tp sebenarnya pagi tu sy minum milo and biskut je as my breakfast and berat 65.2kg. Actually dah risau jugak sebab lepas lunch nanti nak check up kt MMC pulak. Last time check up kat situ berat 65kg. Now dah 65.2kg. Lepas lunch pulak. Harus berganda berat naik ni nanti. Kan?

So sesampainya di MMC terus la timbang berat ape bagai. Tup2 angka yg keluar 65kg. Eh? Pg tadi 65.2kg. After lunch makin turun pulak. Haha. Magic sungguh la.. Ntah alat penimbang siapa la yg tak betul tu ek. Huh tak boleh percaya sungguh. Tapi sy lebih percayakan penimbang kt MMC sebab kt KK penimbang dia zaman bila punya ntah, yang jenis adjust2 pemberat tu. Pfftt..

After check up, Dr Azlina maklumkan baby nampak ok, air ketuban banyak lagi, bla bla bla.. So far Alhamdulillah semua ok. Dia ada tanya nak buat VE tak? Dia boleh check serviks dah lembut ke belum and boleh la estimate bila baby akan kua. I was like seriau dalam hati. Emmm xpe jela kot. I sanggup tunggu sampai tanda keluar baru buat VE. Hehe.

Done check up kat MMC, sy ajak MBS jalan2 kat Mahkota Parade sebelah MMC ni. Dah separuh jalan dalam MP, MBS ajak cross ke bangunan depan nun, Dataran Pahlawan pulak. Alasan dia 'kata nak baby keluar cepat. Kena la jalan jauh2 sikit'. Fine. Maka terkengkang2 la mak buyong ni ibarat penguin ke seberang sana. Jauh gak okeh. Masuk je dalam DP terus ajak MBS cari kerusi. Nak duduk! Kaki sakit giler weyhh!

Lepastu kitorang pun round la 1 DP tu konon2 nak banyakkan berjalan biar baby boleh keluar esok (18hb). Jalan sikit, cari kerusi, duduk. Kaki yg tak tahan sebenarnya. Badan ok jek. Huuu.

Dah puas ukur 1 DP tu kitorang ajak adik ngan kawan dia makan sekali (drop adik depan DP before g MMC tadi. Dia nk dating. Haha) Tiba2 I teragak nak makan ikan bakar pulok. Tapi macam tak gigih je nak cari medan ikan bakar at a time like this. Kann.. Pusing2 sekali ternampak bunting kt Station Kopitiam set untuk 4 orang, ada ikan pari bakar pulak. Ayam sambal petai, sizzling ayam black pepper and macam2 lauk lagi. Terus telefon adik suruh dia cari tempat ni pasal sy nak belanja dorang makan. Haha.

Sampai rumah malam tu berharap sangat tengah2 malam tu rasa contraction ke ape kan, at least before MBS pergi kerja. Tapi harapan hanya tinggal harapan. Now dah pukul 3.10pm pun. Hapah pun tadak. Haha.

Oh anak. Bila awak nak keluar? Punah harapan ibu nak lahirkan awak tarikh 1810 ni tau. Uhuhu..

Psst: 18hb is my birth date, 10hb is MBS 's birth date.

25 Oct 2013

Seminggu telah berlalu tapi baby belum tunjuk sign nak keluar. Supposedly today ialah due date dia. Penat sy pujuk baby keluar arini sebab kebetulan a friend of mine nikah tarikh yg sama. Well selamat pengantin baru Habib Bullah and Diana Amir! *untung2 share tarikh dgn wedding artis la kan, baru giler glam* hahaha.
TETAPI...
Nampaknya anak sy memang pemalu orangnya ye. Tidak giler glam seperti yg sy jangka. Hahaha.

Hari ni ada appointment dengan Dr Azlina. Berharap sangat she will brings good news contohnya dah ada bukaan 2cm ke, x pun terus 4cm lah. Boleh terus admit. Haha. Sebabnya few days ni sy ada rasa mild contraction. Tapi tak kerap and tak kuat mana. Tanda2 lain memang takde lah. Risau dibuatnya. Overdue kah anak sy nanti?
Mak call sy haritu, sy terus tanya mak sakit nak bersalin dulu camne? Ada keluar darah ke or air ketuban? Mak cakap mak just contraction je. Empat2 anak dia camtu. Contraction and sakit tak lama.
Masa tu dalam hati dah rasa tenang sikit and berharap sy akan dapat rezeki yg sama macam mak.

Jumpa Dr Azlina haritu kejap je. Sebab dia rushing ada operation czer lepas tu. Tapi dia sempat buat VE. First time kena seluk mehhh. Fuhh nasib baik tak berapa sakit. I still can handle the pain. Alhamdulillah. Hasil VE sy telah ada bukaan sebanyak 2cm but the servick is still thick. Doc estimate within a week boleh bersalin. Uish overdue tu. Takmo lah sy. Jadi, Doc bg option. Doc kata if still x give birth over the weekend, dia schedule kan sy untuk induce hari Isnin 27hb ni. Oh my. Masa tu berharap sangat baby keluar sepantas mungkin. Huhu. But we agreed to her option. Sebabnya MBS sedang bercuti panjang sekarang ni. Induce pun induce lah labu..

Lepas habis appointment sy ajak MBS pergi Mydin Jasin cari lauk for the weekend. Saja gagahkan diri berjalan walaupun perut dah start rasa tak sedap after kena VE tu. Darah pun ada keluar sikit, kesan dari VE tadi.

Malam tu sambil tengok tv perut and pinggang dah rasa lain macam. Tapi very mild and kejap2 je. Sy estimate maybe Ahad boleh bersalin. Suke2 je kan nak bajet sendiri. Haha.

26 Oct 2013

12 a.m - Kami masuk tidur. Agak lewat sebab layan Running Man sekejap. Ngeh3.

2.30 a.m - Tengah dok sedap tidur tiba2 perut memulas2 pulak. Gigih lah mak buyong ni ke toilet melaksanakan hajat. Settle semua masuk tidur balik. Baru nak lena tiba2 baby mengeras. Tapi kali ni lain macam sikit. Dia mengeras lepas tu ada rasa senggugut and sakit kat ari2. Selang berapa minit jadi lagi camtu. Fuhh sakit tu. MBS terdengar sy menahan sakit and terjaga dari tidur. Sy fikir dalam hati "Contraction ke ni? Tapi kenapa sela masa macam kejap sangat ek. Bukan ke mula2 sakit tu 1/2 jam sekali and makin lama makin kerap? Why sakit aku ni terus kerap je ek. Macam 5 minit sekali"
Sy tengok jam, oh pukul 2.45 pagi. Alooo baru 2 jam lebih ke tidur? Kalau ini ialah sakit nak bersalin jawabnya tak cukup tidur lah aku. Boleh ke nak push nanti? Risau tak pasal2. Huhu.

MBS bangun sy terus beritahu sy sakit macam senggugut. Lepas tu mintak dia tolong kira sela masa and tempoh kesakitan. 3 minit sekali and 45 saat setiap kali sakit. Sy buka Google and berdasarkan kefahaman sy, itu tandanya bukaan sudah 4cm to 6cm. I was like "What?!" Siang tadi baru 2cm kot. Kami counting for like half and hour, dah confirm pola nya sekata lepas tu pukul 3.30 pg baru decide nak pergi hospital.

4.30 a.m - Semua dah ready dan kami bergerak ke MMC. Sempat sy suruh MBS buatkan segelas susu + ESP Shaklee untuk tenaga nak push nanti. Hihihi.

5.15 a.m - Kami mendaftar masuk ke ward. Mintak double bedded. Dh pernah buat lawatan ke double-bedded room before ni. Ada 1 kerusi je untuk visitor. Sesampainya sy di ward tengok2 ada 2 katil tapi eh, kenapa ada sofa 3-seater ni ek? What happened? Cuak je takut dorang salah charge nanti. Hahahah. Lantak lah dah sakit malas nk fikir. Baring atas katil tunggu MBS tiba bawak beg2 termasuklah handphone. Nak tepon mak beritahu dah nak bersalin. Adeh lamanya MBS ni.

Nurse yg hantar sy ke ward terus buat VE. Adoi sedikit sakit mungkin sebab otak tengah layan sakit contraction tiba2 ada sakit lain pulak.
'Berapa bukaan sy nurse?'
'4cm'
I was like wow dalam hati. Betul la dalam Google tu cakap. Huhu

MBS sampai je saya terus mintak handphone. Tengah nak mendail nombor mak, tiba2 nurse lain sampai.
'Jom kita ke labour room'.  Huh? Cepatnya?
'Jap2 nak telefon mak'.
Kelam kabut telefon mak beritahu nak masuk LR. Sebab nurse tu macam tak sabar2 gila nak suruh sy naik whilcha tu. MBS lak takde masa tu dia turun bawah ambik beg (lagi?). Dia nervous kot sampai lupa banyak benda. Huhu.

5.45 a.m - Sy disorong masuk LR. Tak lama kemudian MBS sampai. Sy tanya dia pasal air zamzam. Dia terlupa nak bawak masuk, ada kt ward. Aduyai. Xpelah dah sakit2 ni yg penting husband ada kat sebelah je. Tak fikir benda lain.

Sepanjang menanggung kesakitan tu sy disajikan dengan tazkirah pagi di TV3. Mujur jugak ada tv dlm LR tu. Takdelah MBS bosan menunggu sy yg tengah menanggung sakit tu. Tapi sumpah sakit gilos. Nasib baik sakitnya kejap datang kejap pergi. Time dia pergi tu MBS tenang lah tengok tv sambil update FB tentang keadaan sy. Bila sakit menggila dia akan bagi moral support kat sy. Sambil tu tangan dia urut2 pinggang sy. Walaupun tak hilang sakit tapi still ada sedikit kelegaan kat situ. Thanks Usben!

7.50 a.m - Dr Azlina baru sampai. Lepas dia pecahkan ketuban dorang detect baby dah poo2 sikit dalam perut. So they need to be quick. Based on their assessment, baby punya face position tak sesuai for labouring. So dorang akan betulkan kedudukan kepala baby dulu baru encourage for labouring. Jadi doktor paediatric dipanggil. Ok this was when the real pain begins.

Tiba2 katil tu bertukar wajah. Tak reti nak explain kat sini tapi katil tu jadi sekerat and ada besi macam bentuk pedal dinaikkan di belah kanan dan kiri kaki. Tapak  kaki sy diletakkan kat situ and kena tolak kaki setiap kali nak meneran. Tangan pulak pegang tombol yg tiba2 je muncul kat hujung katil. Huhu.

Sy disuruh meneran setiap kali rasa ada contraction. At the same time Paed akan seluk tangan dia and pusingkan kepala baby ke ape benda tah dia buat kat bawah tu. Macam siot sakit giler! Haa kan dan swearing tu. Banyak kali dowh dia buat camtu sebab sy tak tahan sakit and suruh dia stop. Tak boleh tahan giler. Sy mampu push separuh jalan je sebab tak tahan sakit tangan dia ada kt dalam. Nurse kt situ dok cakap 'kalau awak tak push baby tak turun. Macam mana dia nak keluar?'  Sy jawab 'sakit sangat' sambil suara nak menangis.

Tiba2 semua orang fokus kt MBS kat sebelah. Lorrr dia da terduduk kt tepi katil sambil kepala tunduk bawah. Nak pitam! Padahal tadi dia lah yg paling bersemangat cheering on me. 'You are doing good sayang. You are doing great'. Nak tergelak rasa sebab obviously dia tiru orang2 dalam One Born Every Minutes UK buat. Haha. Masa MBS nak pitam tu ingatkan dia takut darah rupanya tak sanggup tengok sy dalam kesakitan macamtu (katenye lahhh...). Nurse suruh dia keluar tenangkan diri. Tak lama lepas tu sesi seluk-meneran pun selesai. Leganya rasa walaupun baby belum keluar lagi time tu. Paed keluar, Dr Azlina pun masuk untuk labouring pulak. Tak lama lepas tu MBS masuk balik dalam LR.

So now it's time for the real push. Semua kat situ jerit2 bagi semangat. Sy pun push sekuat mungkin beberapa kali (tak kira lak) tiba2 zassss rasa kosong je perut. Sakit contraction pun hilang bersama2 dengan perut yg dah kosong. Fuhhhh kejepuk baby pun diletakkan atas perut.
'Anak aku ke ni?' Tak percaya.

Tiba2 Dr Azlina hulur gunting kat MBS.
'Meh datang sini gunting tali pusat anak awak'
MBS blur2 terus pergi ke arah Doc and gunting tali pusat baby. MBS cakap tali pusat liat macam getah paip. Haha.

Lepas keluarkan uri Doc sibuk menjahit sebab dia ada gunting sikit tadi. Masa kena gunting tu x rasa sakit sangat pun. Apsal eyh? Huhu. Sebelum Doc start jahit sy sempat tanya 'bius kan?'. Haha takut siot kalau tak bius. Orang cakap lagi sakit dari sakit bersalin. Oh tak sanggup~

Dah siap semua sy pun dipindahkan ke wad tadi. Cuak je tengok ada sofa kat situ. Ni kang dorang charge ikut rate double bedded ke tak ni. Haha lepas bersalin sempat lagi fikir pasal rate. Wakaka.

Sampai je dekat wad sy borak2 dengan MBS sampai la family sy dari Johor datang dalam pukul 2 petang. Well, sy dan MBS tak tidur langsung hari itu sampai la pukul 10 malam. Tah. Ngantuk tapi takleh tidur. Still ada energy but I don't know how. Sebab makan Shaklee kot? Ekeke nak jugak.

Alhamdulillah setelah mengharungi kesakitan selama lebih kurang 6 jam, sy berjaya melahirkan seorang puteri dengan berat 3.45kg (masa tengah push tu sempat lagi Doc cakap baby sy besar. Hihi) pada jam 8.21 a.m tanggal 26 Oktober 2013.

Now sudah sampai masa untuk berpantang! Lauk2 yg beli kat Mydin a day before tu family sy yg makan sebab dorang tidur rumah sy malam tu. MBS pulak temankan sy tidur kat hospital. Nasib baik ada sofa tu. Best2. Hihi

Oh btw rate untuk bilik tu masih dikira as double bedded room. Actually tu bilik 1st class tapi ditambah katil sebab patient ramai sangat. Untungla sy dapat katil sebelah sofa.  Dapatlah MBS temankn sy malam tu. Hehe. Kami discharge jam 12 tghari keesokan harinya. Total cost bersalin kat Mahkota Medical Centre Melaka? Sangat lah within my budget and so thankful to Allah maybe ini rezeki anak.

Terima kasih Allah permudahkan sy bersalin, suami berada di sisi sepanjang proses bersalin, Kau beri kesakitan yg sy masih mampu tanggung (tiada langsung pengambilan sebarang ubat tahan sakit) dan kos yg sy masih mampu bayar.

Oh, sy dah jadi Ibu! :')

Otey2... Shabar2...

13 comments:

  1. Salam..sje survey psl hosp bsalin kt mlk..klu xkberatan boleh x share brape kos bsalin kat mmc..

    ReplyDelete
  2. salam..
    hi... so far utk sy aritu amik double bedded room n natural birth (xde ubt thn sakit, induce, epi, forsep etc), rm2.1k. hrge tmasuk baby care. utk ibu shj dlm rm1.7k. cmpur utk baby dlm rm400. so total +/- rm2.1k shj
    tq :)

    ReplyDelete
  3. Sama pulak tarikh kita bersalin, bezanya i bersalin pkl 9pm at Putra Specialist. Next baby rasa nak ke Mahkota pula. Anw happy 1st Birthday to our girls! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah really? Almost the same time jugak la kan baby kte lahir? Neway, happy 1st bday to ur girl! :)

      Delete
  4. Seronok dgr ur experience.... :)

    ReplyDelete
  5. Salam, nk tnye kt mmc ade pakej brsalin ke? Awk kne rm2100 total kn include hrga blik ke? Sori byk tnye sbb sy first bby xthu ape2 huhu.. Tp mmg plan nk brslin kt mmc

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam... Harga tu all in syg. No further charge. Tp itu depends sbnrnye. Kalau mcm sy, natural birth. Xde amik ape2 ubat sblm bsalin. If ada tmbhn ubat tahan sakit ke, epidural ke, the price might be different lah. :)
      But one thing la, mmc mmg x mahal sgt. So affordable. Dun worry.

      Delete
  6. Tq ye.. Hope sy dpt brslin mcm awk natural birth :-)

    ReplyDelete
  7. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Perkara Yang Perlu Di Jangka Ketika Masuk Bilik Bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti taklah gelabah sangat. :)

    ReplyDelete
  8. Selamat Pagi, perkenalkan saya danang sefdyanto perwakilan Mahkota Medical Centre Surabaya Rep Office. kami adalah salah satu perwakilan di jawa timur. kami siap membantu dan memberikan:
    1. informasi seputar mahkota dan malaca malaysia
    2. informasi fasilitas & kesehatan
    3. Book dokter dan arange perjalanan sampai akomodasi dengan Company Rate kami ( sehingga lebih murah )
    3. Second opinion langsung dari Dokter kami.
    Semua pelayanan ini FREE of Charge, walaupun hanya untuk bertanya atau sekedar second opinion dari Dokter lain kita siap membantu .Jika Membutuhkan infomasi tentang Mahkota Medical Centre Melaka Malaysia, silahkan hubungi kantor perwakilan kami....
    Surabaya Representative Office
    Mahkota Medical Centre Melaka Malaysia
    Jl. Barata Jaya XIX / 31C
    Surabaya 60131 - Indonesia.
    WA : +6281 331777697
    Line : +6281 4026 2166
    Phone : +6283 8300 28050
    Email : mmcsurabayaoffice@gmail.com
    Fb : https://www.facebook.com/mmc.surabaya
    http://mahkotamedicalcentresurabayaoffice.blogspot.co.id/

    ReplyDelete

  9. Saya sangat bersyukur kepada Ibu Iskandar Lestari karena telah memberi saya pinjaman sebesar Rp700.000.000,00 saya telah berhutang selama bertahun-tahun sehingga saya mencari pinjaman dengan sejarah kredit nol dan saya telah ke banyak rumah keuangan untuk meminta bantuan namun semua menolak saya karena rasio hutang saya yang tinggi dan sejarah kredit rendah yang saya cari di internet dan tidak pernah menyerah saya membaca dan belajar tentang ISKANDAR LESTARI LOAN FIRM di salah satu blog saya menghubungi Mrs Iskandar Lestari konsultan kredit via email:(iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com) dengan keyakinan bahwa pinjaman saya diberikan pada awal tahun 2017 dan harapan datang lagi, kemudian saya menyadari bahwa tidak semua perusahaan pinjaman di blog benar-benar palsu karena semua hutang finansial saya telah diselesaikan, sekarang saya memiliki nilai yang sangat besar dan usaha bisnis yang patut ditiru, saya tidak dapat mempertahankan ini untuk diri saya jadi saya harus memulai dengan membagikan kesaksian perubahan hidup ini yang dapat Anda hubungi Ibu Iskandar via email: (iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com)atau melalui dia BBM INVITE:{D8980E0B}

    ReplyDelete
  10. Halo

    Apakah Anda seorang investor, Pemilik Bisnis, Pengusaha, Kontraktor, Petani, Memulai e.t.c? Mungkin Anda memerlukan dana untuk membeli properti, memperbaiki / membalikkan, memperbaiki layanan / bangunan Anda mencari tempat yang dapat menjamin Anda meminjamkan sebagian dari jumlah yang Anda butuhkan (Annisa Ahmad) ke sini untuk membantu mereka yang membutuhkan tujuan arsip keuangan mereka, Kami berinvestasi di properti, proyek / bisnis dan juga menawarkan semua jenis pinjaman berbunga rendah. Tarif, kepada orang-orang yang tertarik dari negara manapun dengan tingkat kredit apakah Anda ditolak oleh bank lain atau kreditur? Kami dapat menawarkan pinjaman yang Anda butuhkan dengan harga terjangkau, kami juga membutuhkan layanan dari Pialang yang bisa merujuk orang-orang yang membutuhkan bantuan keuangan dan kami membayar setiap bulan untuk layanan Anda menghubungi kami melalui email di bawah ini jika Anda tertarik dengan pinjaman atau persyaratan. Investor

    Email: (annisaahmadlaoncompany@gmail.com) TambiƩn puede contactarnos por BBM pin (DB5121C1) Anda bisa menghubungi kami di FACE BOOK (Annisa Ahmad) (saya WhatsApp +393511318582)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails