Saturday, August 11, 2012

:: 26 Ramadhan Yg Memilukan ::

Salam Ramadhan.

Berikut adalah karya asal Bonda sy, Normah bt Salim yg didedikasikan kepada Allahyarham nenda tercinta Salim B Ahmad. Cerita dibawah adalah kisah benar dan semoga dapat mendoakan kesejahteraan semua yg terlibat di dalam cerita ini. InsyaAllah..
.
.
.
.
.
.
Tajuk: 26 Ramadhan Yang Memilukan.

Masih segar diingatanku pada tahun 1986 aku bersama suami dan anak-anakku menyambut Awal Ramadhan di rumah ibubapaku di Felda Tenang. Aku yg ketika itu mempunyai 2 org cahayamata perempuan berusia 3 tahun dan 3 bulan balik ke kampung dengan menaiki bas, manakala suamiku pula menaiki motosikal. Jarak rumah kami di Cha'ah lebih kurang 30km dr kampung. Abahku ketika itu sedang terlantar sakit sejak beberapa bulan sebelumnya. Walaupun kesihatannya tidak mengizinkn, abah tetap ingin bermain-main dgn kedua-dua cucunya itu. Tetapi ternyata kudratnya tidak mampu, nafasnya cepat penat, doktor kata abah ada masalah jantung dan paru-paru kerana Abah seorang perokok.

Semasa aku bersiap-siap utk pulang ke rumahku, tiba-tiba Abah bersuara "Normah, sepuluh hari sebelum raya nanti baliklah.... Boleh buat kuih dgn adik", pinta Abah dgn suara tersekat-sekat. Aku dan suami berasa serba-salah dgn permintaan Abahku itu, maklumlah, suamiku bekerja dan aku pula agak susah nak pulang bersendirian bersama 2 orang anak yg masih kecil.
"Tengoklah nanti Bah, kalau boleh Normah balik nanti tp rasanya macam tak boleh je", jawabku perlahan.
"Alaaa... Baliklah...", pinta Abah lagi. Aku hanya mampu terdiam. Aku serba salah diantara permintaan Abah dan tanggungjawabku pada suami, maklumlah di bulan Puasa, kalau tanpa isteri, bagaimana agaknya suamiku nak menguruskan makan dan minumnya.

Aku lalui hari-hari dalam bulan Ramadhan itu dengan perasaan yg sentiasa berdebar-debar. Aku risau dgn keadaan kesihatan Abah. Aku nak bertanya khabar, aku tak ada telefon. Begitu juga dgn keluargaku di kampung. Jiran-jiran juga tidak mempunyai telefon.

Cuti raya suamiku pada tahun itu bermula pada 4 Jun 1986 kerana pada hari itu adalah cuti Hari Keputeraan Yang DiPertuan Ahong. Hari itu juga bersamaan 26 Ramadhan. Aku dgn gembira dan tak sabar-sabar menyiapkan pakaian dan anak-anak utk pulang ke kampung. Tak sabar rasanya mahu berjumpa dgn Emak, Abah dan adik yg tentunya sedang sibuk membuat persiapan utk menyambut Hari Raya. Aku membayangkan tentunya Abah semakin sihat.

Seperti biasa, aku dan anak-anak menaiki bas manakala suami pula menaiki motosikal. Setibanya di kampung, lebih kurang pukul 11 pagi, aku meminta diturunkan di awal perumahan kampung kerana suami sedang menunggu dengan motosikal utk mengambilku walaupun aku boleh berjalan kaku utk terus ke rumah Abah. Aku dan suami ingin melalui jalan yg agak jauh sedikit kerana ini merasai kemeriahan orang-orang kampung membuat persediaan utk menyambut Hari Raya. Aku lihat ada orang kampung yg sedang mengacau dodol dan ada yg sedang membersihkan rumah mereka. Meriah sungguh kurasakan ketika itu.

Dalam jarak dua buah rumah sebelum sampai ke rumah Abah, aku melihat beberapa orang keluar masuk halaman rumah Abah dan salah seorang dari mereka melambaikan tangan ke arahku. Aku hairan dan mula merasa cemas. Setelah aku menghampirinya, jiran itu pun berkata

"Abah awak dah TAK ADA"

Ya ALLAH! Benarkah apa yg aku dengar??

Lebih memilukan jiran memberitahuku bahawa Abah menghembuskan nafasnya yg terakhir baru 5 minit lepas.

Ya ALLAH Ya Tuhanku! Sesungguhnya ini adalah takdirMu Ya Allah! Seandainya aku terus berjalan kaki menuju ke rumah Abah selepas turun dari bas tadi, tentunya aku sempat berjumpa dgn Abah. Aku redha dgn takdirMu Ya Allah.

Sambil menangis dan mendukung anakku yg berusia 3 bulan, aku terus masuk ke rumah dan kulihat Emak tabah menghadapi dugaan inii. Dalam duka aku bersyukur kerana Emak tak apa-apa walaupun kesihatannya tidak begitu mengizinkan dgn pelbagai penyakit.

Di atas meja aku ternampak hidangan bubur som-som yg disediakan adik utk Abah, namun tak sempat dijamah oleh Abah.

Emak memberitahuku, sejak beberapa hari lalu sehingga beberapa jam sebelum Abah pergi, dia kerapkali bertanyakan tentangku kepada Emak. "Bila Normah nak balik?", diulang-ulang soalan itu walaupun setelah puas dijawab Emak.

Aku benar-benar rasa bersalah.

Kami sempat mengadakan kenduri utk Abah selama dua hari sebelum Raya dan pada pagi Raya pertama. Mudah-mudahan roh Abah dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat orang-orang yg Soleh.

Pada 1 Jun 2000 pula aku kehilangan Emak yg amat dikasihi setelah 3 minggu terlantar di hospital. Aku bersama kakak dan adik dapat bersama-sama menjaga Emak hingga disaat dia menghembuskan nafasnya yg terakhir. Kini, kakakku juga telah kembali ke Rahmatullah pd 2006.

Al-Fatihah buat 3 insan yg amat aku kasihi

Abah tersayang SALIM b AHMAD
Bonda tercinta MAIMON bt ABD HAMID
Kakak yg dikasihi MARIAM bt SALIM

Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Amin.

:'(


Otey2.. Shabar2..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, August 6, 2012

:: Diam tak Diam ::

Ohoooohoii !

Diam tak diam dah tinggal 30++ hari je lagi sebelum our next BiG agenda.

Or to be exact 33 hari saja lagi!!
*ok boleh pitam sekarang*

Phewww sudah semakin hampir nampaknya. Bersedia atau tidak, rempuh saja dinding itu !!

:p

Hari ini 6 Ogos 2012 bersamaan 17 Ramadhan 1433H ialah hari Nuzul Quran so Selangor cuti la. Ni baru sampai rumah lepas anta MBS a.k.a Mr.T naik bas kat bustand Muar. Dia temankan aku balik Muar pagi tadi dr Shah Alam. Alang-alang ada kt Muar aku terus suruh dia hantar resume kat bank-bank berhampiran. Semoga dengan rahmat Ramadhan, Nuzul Quran dan hujan yang turun sepanjang hari ni, rezeki dia untuk duduk Melaka akan mula memancarkan sinar. *cewah*

Terasa sikit beremosi masa hantar dia kt bustand td sebab lepas ni aku akan jumpa dia dengan status yang berbeza. All new. Completely new. Everything is new. New title. New life. New commitment. New way of doing things. New family. New this. New that.

*oh pitam lagi*
+_+

Maka...
.
.
.
.
Maka kami, rakyat Malaysia berikrar!

Opss salah channel ;p

Maka, sy pun terasa berdebar-debar. Terasa macam nervous sangat. Takut make up tak santekkkk. Huwaa !! Cuaksssss... ! *dlm bnyk2 benda itu yg paling aku takutkn* Sigh =='

Tapi betul ape. Kalo make up tak santek habis lah ! Itu yang paling banyak masuk dalam gambar tau.

.Muka yang diselaputi make up.

Kalau muka bercapuk-capuk camne? Haaa.. Sapo nak jawab tu?

Fuhh 30 hari? Adakah ini benar? Tempeleng muka laju-laju kejap.

Dush dush dush!! (Adoyy)

OK. Ini benar. Jadi, face it !! Be a girl ! Haha ;p


Otey2.. Shabar2..



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails