Thursday, September 26, 2013

:: 36 Weeks ::

Alamak ai...

Dah 36w rupanya. Diam tak diam kan? Hari Isnin haritu pergi check up dengan Dr Azlina kat Mahkota Medical Centre. Actually ni 2nd time pergi check up dengan dia. Last time pergi Doc tu buat 4D scan tapi si tecik kat dalam ni takmao pandang kamera. So tak dapat la nak skodeng wajah ayu nye.. Ayu ke? Hahaha

Well, sebelum cerita pasal 2nd check up ni nak bagitaulah, MMC ni macam canggih gak and cantik la tempat dia. Kerusi nak lay down masa scan tu pun boleh laras xde la kita kena panjat2 macam kat klinik tu. And the charge is very reasonable. Dr Azlina tu pun cakap slow je. Motherly gitew. Tp jenis mak2 moden la yg standard duduk town area. Cakap penuh isi takdela soseh2 macam makcik2 kampung bergosip! Haha. Ape aku merepek ni?

Well kesimpulannya saya suka dengan environment kt MMC ni. Takde bau ubat2 yg saya tak suka macam bila masuk dalam GH.

So our second meeting with Dr Azlina lebih singkat dari yg 1st time jumpa tu. Maklumlah masa 1st time tu dah tanya macam2 so bila masuk 2nd time tu takde apa sangatlah. Dia pun tengok Buku Merah wa cantik je takde pape masalah so x cakap banyak terus proceed ke kerusi boleh laras a.k.a scan baby! Weehuuu! Walaupun dah almost 36w waktu tu sy masih berharap dapat skodeng wajah si tecik yg akan sy jumpa sebulan dari sekarang.

Mula2 scan tu hmmm cam biasa la si tecik ni. Tutup muka dengan tangan...! Doc tu pun apa lagi, goncang2 la perut sy sambil cakap "sayang, alih tangan tu sayang. Kita nak tengok ni" haha. Tapi si tecik tu wat bodo jek. Dah puas goncang2 ketuk2 tiba-tiba..... si tecik alih tangan! Cepat2 doc capture muka dia. Tapi kejap nau. Tak sampai seminit dia angkat balik tangan dia, cover mulut pastu paling muka pandang tempat lain -..-"

Kesudahannya itu jelah sekali dapat captured muka si tecik ni. Bila doc da print gambar, tengok betul2 gambar tu, lorrrr rupanya si tecik ni tengah mencebik! Dahi berkerut! Marah wehhhhh. Hahahah. Kecian anak ibu. Gambar pertama dia ialah dia tengah mencebik! Aloo tiut jek. Hahah.

Keluar dari MMC terus tak sabar2 nak whatsapp gambar kt adik beradik. Tak dilupakan MMS pd mak! Heheh.
2 hari kemudian kakak whatsapp bagitau, mak ada call dia and cerita pasal gambar si tecik. Mak pelik kenapa mulut dia muncung sangat. Hahah.
Babyku sayang, mulut awak tu mengundang curiosity ok! Hahah. Ahhhhh tak sabar nk jumpa si tecik yg mencebik ni! Kikiki

Otey2... Shabar2...

2 comments:

  1. uiks org labis ke? husband sy pn dri sn..labis belah mn tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.. a'ah org labis. Belah kg tenang. Hehe. Husband labis area mne? :)

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails