Tuesday, December 22, 2020

:: Latest Bundle of Joy ::

Salam semuanya.

Alhamdulillah sy telah selamat melahirkan baby ketiga kami, puteri kedua dalam keluarga.

Bayi ketiga a.k.a si bongsu (InsyaAllah, sebut banyak2 kali hehe) a.k.a mygirlNSA2 ini dilahirkan pada tanggal 10.11.2020 pada jam 1.55 petang dengan berat 3.53kg --the heaviest amongst the siblings. I guess berat anak2 setara dengan pertambahan berat ibu semasa mengandungkan diaorang kot. Semakin tinggi berat ibu, semakin tinggi berat anak, kah kah. Mahaplah anak2, semakin berusia ni metabolisme ibu semakin menurun, hence berat naik mencanak2, dengan anak dalam perut pun "sehat" bersama-sama. Tapi ok gak lah, sebab lahir2 je dah sedap nak dukung, takde lah gayat ibu abbi nak dukungnya huhu. 

Ok enough with that, jom kita cerita detik2 menuju kelahiran mygirlNSA2 pulak.

Flashback to 39w (bunyi rewind)

Ibu dan abbi ada appointment dengan Doc Yati from Oriental Medical Centre Melaka for the last time before due. From her assessment, ibu dan baby dah berada pada kedudukan yg sesuai untuk melahirkan. Jadi, Doc nak tetapkan appointment seterusnya adalah pada 11.11.20 iaitu EDD mygirlNSA2 dan merancang untuk VE pada tarikh tersebut. But ibu and abbi had another plan.

Ibu bertanyakan pada Doc, is that OK if we want to opt for induction? And we decided to do it on 10.11.20 or 39w6d. Doc actually OK je dengan tarikh tu since baby pun dah full term kan, and ibu pun takde apa2 masalah yg serious sepanjang kehamilan. And the reason why Ibu opted for 10.11.20 instead of going on with 11.11.20 (padahal ramai cakap tarikh 11.11 tu tarikh cantik) ialah atas sebab2 peribadi. 10th is MBS's date of birth and 10.11.20 jatuh pada hari Selasa, which was my day of birth. So, we actually wanted to have some sort of personal attachment with our new baby. Takpe kan? Since mygirlNSA2 is our si bongsu. Eceh, kondifen 🤪

Dan 11.11 jugak ada Shopee Sales, kalau time tu tengah dalam LR, rugi la kan? #tiberr

Ok back to business. So hari yg dijanjikan pun tiba, Selasa 10 Nov 2020. Mak ayah dah selamat sampai ke Melaka pada 8 Nov, ngam-ngam sebelum PKPB dan larangan rentas negeri dikuatkuasakan mulai 9 Nov. InsyaAllah anak2 akan ditinggalkan dengan mereka sepanjang ketiadaan kami nanti. Dah siap2 booked hotel berhampiran hospital sementelah ketiadaan kami semalaman.

Pagi itu, kami bangun seperti biasa. Anak2 masih tidur lagi sewaktu kami bersiap ke hospital. Anak yg sulung terjaga lebih awal dan oleh sebab dia dah faham maka dia sedikit emotional. Sebelum melangkah keluar, sempat bersalaman dengan mak dan ayah, minta maaf dan doa dari mereka semoga semuanya dipermudahkan.

Sewaktu kereta sedang berundur untuk bergerak ke hospital, tiba-tiba anak bujang yg baru terjaga dari tidur berlari ke muka pintu. Cepat2 ibu suruh abbi masuk balik ke garaj. Kami turun, peluk kedua2 anak dan bergambar kenang-kenangan. Masa tu ibu pasang tekad untuk selesaikan semuanya hari ini. Ibu janji korang akan dapat adik baru hari ni jugak. Moga Allah izinkan.

Kami bergerak ke hospital sekitar jam 8.15 pagi. Disebabkan jarak yg agak jauh dr rumah ke hospital, kami hanya sampai ke hospital hampir jam 9 pagi.

Sampai di kaunter pendaftaran, ada taklimat kemasukan dari hospital. Dia terangkan pakej bersalin, kos itu ini dan sebagainya. Lenguh mak buyong ni berdiri dekat setengah jam dengar taklimat tu. Dah la takde kerusi disediakan, maklumlah Covid ni kan. Siap bayar deposit semua, tiba2 pusing belakang dah ada orang tunggu dengan wheelchair. Walaupun tak sakit apa, tapi sebab dah lenguh berdiri tadi maka duduk jugak lah kat situ. Kami terus dibawa ke labour room. Ingatkan dapatlah letak2 barang dekat ward dulu, rupanya terus ke LR. Nasib baik LR ada locker so dapatlah letak beg2 bakul segala macam tu dekat situ. 


Oh ya, disebabkan Covid maka pelawat tak dibenarkan untuk berada di ward selepas jam 8 malam. Tapi ada pengecualian untuk single bedded room, tapi kena tambah kos lah. Disebabkan dalam pakej bersalin pesakit hanya diberikan double bedded room, maka terpaksalah kami upgrade ke single bedded room. Kalau tak, sy seorang diri kena handle everything selepas bersalin nanti. Tak mau lah weii. Sebab dah tau lepas bersalin nanti takde upaya nak buat apa2 tanpa bantuan suami.

Sampai je LR nurse suruh tukar baju bersalin tu, pasang CTG etc dan tak lama lepas tu Dr Yati datang untuk buat VE sebelum ubat dimasukkan melalui water drip. Hasil VE sy dah 2cm dilated, ok lah dari takde langsung kan. Ubat dimulakan sekitar jam 10 lebih kot. Lupa nak tengok jam hehe.

Sementara menunggu sakit, sempat lah kami berdua makan bekal sarapan yg kami bawak dari rumah. Pagi tadi tak sempat breakfast properly kat rumah, makan roti je huhu.

Macam biasalah, awal2 induce memang tak rasa apa. Makan kacang dan borak2 dengan MBS sambil tengok TV yang takde rancangan menarik pagi2 tu. Pukul 12 makanan tengahari dibawa masuk. So apa lagi, makanlah kan. Nanti takde tenaga pulak nak meneran. Sambil2 makan tu ada lah jugak rasa sakit sikit2 tapi macam tak rasa sangat la. Very mild contraction siap tanya nurse, dah ada contraction ke dekat chart tu? Nurse pn jawab "kalau ikut dekat chart ni dah ada contraction lah". Oh ok.

Pukul 12.30 tetiba rasa nak terkucil. Panggil nurse minta bukakan CTG and ke toilet lah kita. Toilet depan katil je, tak jauh mana pun. Balik dari toilet duduk kejap tetiba rasa contraction makin intense. Makin lama makin sakit. Lepas tu eh rasa nak terkucil lagi la pulak. Bagitau nurse, nurse tak bagi bangun lagi dah. Dia suruh setelkan atas katil tu je, dia bagi lah mangkuk untuk tadah. Ah bedal jela, dah la dah sakit gila ni, rasa nak terkucil tak boleh bawak bincang pulak haa. Dalam pada tu disebabkan tak tahan sakit sangat, sy plan nak minta ubat tahan sakit. MBS keluar masuk LR pergi tanyakan pasal ubat tahan sakit tu.

Dalam 15 minit lepas tu, rasa nak terkucil lagi. Eh stress mak. Nurse pulak bila tengok situasi tu terus decide nak buat VE. Dia suspek kepala baby dah kat bawah sangat dan dok tekan pundi kencing. Tetiba muka dia berubah dan menggumam "Macam dah 9 cm ni". We were like "What?!", eh pukul 10 am tadi doktor check baru 2 cm kot. Tak kan lah pukul 1.20 pm ni dah 9 cm? 3 jam je dilated 6cm? Nurse pun macam tak percaya, dia panggil kawan dia pulak check. Kawan dia cakap around 8 to 9 cm. Terus kelam kabut keluar inform doktor. Tiba-tiba LR yg tadinya hanya ada sy dan MBS penuh dengan nurse yg sibuk mempersiapkan alatan untuk menyambut kelahiran bayi kami. Sempat kami bertanya pasal ubat tahan sakit tu, nurse kata dah tak sempat dah. Kalau bagi pun takde effect lagi. Ok pasrah. Hmmm..

Sy rasa macam mimpi pun ada walaupun kesakitan itu sendiri dah mengesahkan ini bukan mimpi. Sakit yg semakin lama semakin sakit, sampai menangis sy dibuatnya sambil genggam tangan MBS.

Ketika kesakitan semakin memuncak, nurse datang bawak tiub untuk keluarkan air dari pundi kencing. Lega rasanya walaupun time tu pernafasan sy dah tak tentu arah dah menahan sakit. Rasa nak marah je orang2 yg suruh tarik nafas hembus nafas tu, tengah sakit takde masa nak fikir semua tu. Tp kalau tak buat, ko yg kena marah hahaha.

Sejurus selepas tiub dikeluarkan tiba2 "pop" meletus air yg tersangat banyak, rupanya ketuban pecah. First time ketuban pecah sendiri, selalunya doktor yg pecahkan. Bila ketuban dah pecah tu, rasa nak meneran pun makin kuat. Ok ni pun first time rasa. Sebelum ni sakit contraction je, teran bila sakit. Langsung takde rasa nak meneran tu. Tapi kali ni, ada rasa macam tengah sembelit tapi punya besar isi perut yg nak dikeluarkan ni. Macam syok sikit la haha. Memang la sakit tapi at least ada suatu rasa yg memaksa kita untuk meneran, unlike my previous experiences. Tak rasa nak meneran tapi kena meneran. Memang tak kelakar langsung okey. Don't know how to explain but sakit meneran tu somehow it's an awesome feeling and experience. Alhamdulillah diberikan kesempatan untuk rasa sakit meneran tu.


The thing is kali ni nurse tak bagi teran dulu maybe sebab belum 10 cm kot. And katanya serviks belum betul2 nipis. Yelah dalam masa 3 jam dilated from 2 cm to 9 cm. Serviks tak sempat nak menipis lagi la kot. Adeh. Plus, doktor pun belum sampai. So terpaksa la tahan sikit rasa nak meneran tu.

Bila doktor dah sampai, bermula lah sesi meneran sembelit tu. Tak ingat berapa kali teran tapi baby hanya menangis bila kaki dia keluar dari perut. Takjub jugak lah rasa, sebab sebelum tu ingatkan dah setel sebab rasa macam baby dah keluar semua, tapi baby tak nangis. Sempat tanya MBS kenapa baby tak nangis? MBS jawab "belum lagi tu". Rupanya kaki belum habis keluar. Keluar je kaki, terus menangis. Subhanallah. Automatik je kan benda tu? Pelik pun ada bila fikir balik, muka dan badan dah keluar semua, tapi tetap nak tunggu kaki keluar baru menangis. Takde siapa ajar pun kot. Kuasa Allah.

Dan baby pun diletakkan atas dada, MasyaAllah.. Anak yg dalam perut selama ni dah keluar dah. Cepat2 suruh MBS ambik gambar. Dia tu memang kena suruh sokmo kalau bab merakam momen2 indah ni, tak gheti nak fikir sendiri gamaknya.

Puas hati rasanya, lega dah selesai. Walaupun luka atas bawah, tapi takpelah. Anak bongsu kan? Memang idok ler teman nak menambah lepas ni. Still tak boleh lupa betapa huru hara nya aku time nak bersalin tu, mana nak tahan sakit, mana nak kena control nafas, mana nak meneran. Eh tobat lah. Huahuahua.

Rasanya dah panjang dah ni tulis, memang nak tulis lagi tapi penat pulak kang nak membacanya. Maka, setakat itu sahajalah kisah kelahiran #mygirlNSA2. Alhamdulillah tiga kali bersalin tak pernah ambik ubat tahan sakit. Padan muka kena tahan sakit sendiri. Sebab tu mak cepat naik angin kalau anak tak dengar cakap. Seksa nak ngeluarkan korang tau. Hahaha.

Otey2.. Shabar2..

Friday, November 6, 2020

Kisah Itu Bermula Semula

 Salam semuanya.


Lama betul tak bersiaran ya. Dah tahun 2020 pun ni. Sempat lah terlupa email nak login kt blog ni. Kikiki.

Tapi Alhamdulillah dapat recover balik emailnya. So here I am, writing again hehe.

Tujuan gelanggang ini dibuka semula adalah untuk update perihal kehadiran permata ketiga kami berdua; me and MBS *wink

InsyaAllah lagi beberapa hari dapatlah kami bersua muka dengan permata ketiga dan perhaps yg bongsu lah hehe. Mak dah tak sanggup nak melayan mabuk, gaining weights dan kesukaran utk bergerak lagi. Pasni nak fokus untuk jaga badan je, pergi exercise ke apa. Ecewah berangan bethol. 

Jadi kisah ini bermula di penghujung tahun 2019. Entah macam mana terdetik hati nak tambah seorang lagi. Saja nak complete kan family fingers tu. Alaa yg lagu Family Fingers tu la. Kan ada Daddy Finger, Mommy Finger, Sister Finger, Brother Finger, Baby Finger. Haaa ituuu.. Senang nak nyanyi dengan anak2 nanti kalau dah complete #tiberr.

So when I decided to getting pregnant again, I started to consume folic acid, because last time it worked on me. Tapi kan, actually masa nak buat keputusan nak tambah tu ragu2 jugak, sebab sekarang ni kan tengah musim Covid19. Susah la sikit anak2 tak boleh masuk wad, husband tak boleh room in, kena buat swab test before delivery, yada yada and the list goes on. 

Tapi nak sedapkan hati time tu, konon2 husnuzon lah, masa aku beranak nanti Covid19 ni dah takde. Sekaliiii. Hambek. Kes semalam kat Malaysia je dah 1009 okey. Semalam = 5th November 2020. Haih apo nak buek. Terpaksa la tambah kos sikit ambil bilik single bed utk membolehkan husband room in. Kalau ikut pakej kat Oriental tu, double bedded tapi husband a.k.a visitor is only allowed until 8 pm saje. Eh gilo lah, baru lepas beranak nak uruskan diri sendiri. Akak x biasa dik. Dari anak no 1 memang laki akak teman kat hospital. Tetiba nak uruskan diri sendiri, adeh akak tak tahu nak bayang dik. Jadinya, terpaksa lah tambah duit sikit. Mesti ada yg kecam kan? Time2 kobid ni ko nak perabis duit pulak. X delah, duit tu memang dah simpan siap2. Bila dah decide nak pregnant je akak terus simpan duit bonus akak dik. Tak usik2, sebab kalau usik tu, nak simpan balik guna gaji memang malas. Hahaha. 

Ok so sambung cerita tadi. Selepas tak sampai sebulan consumed folic acid, akak pun mulalah mengalami simptom pelik. 5 days before my period was supposed to be due, ada la terbit beberapa titisan brownish spots. Akak ingat, oh bulan ni period la ni. Confident. Sekali esoknya clear. Lusa brownish spots again, lepas tu clear. Berulang2 camtu for few days. Eh geram lah akak dik. Ni period ke apa ni? Main2 pulak dia. Sehinggalah akak tak boleh sabar, akak terus beli upt lepas balik keje. Masa tu baru sehari dua delay period sebenarnya. Tak pernah2 akak check awal camtu. Biasanya selepas 5 hari camtu baru check. Konon tak nak berharap. Check punya check, naik dua baris. Terkedu akak. Tak sangka cepat pulak kali ni, folic acid tu tak habis sepapan pun lagi. Alhamdulillah. Tapi risau la sikit sebab brownish2 tu kan. But since masa Aly dulu pun ada jugak macam ni, so wat lek wat pis jela.

Actually sepanjang pregnancy kali ni, ada 2 kali lagi yg keluar brownish tu. Basically due to kerja berat. Almaklumlah, time pregnant kali ni kami pindah rumah. Pulak tu dapat penyewa yg nak masuk mengejut gitu. Jadi kemas barang pun mengejut lah. Baru ingat nak lek2 je mengemas, since takde apa yg nak dikejarkan sangat kan, sekali rezeki dapat bakal tenant yg ada urgency nak masuk cepat so kitorang pun kelam kelibut la mengemas. Haha. Tapi ok gak la. Dapat duit sewa tu awal sikit, dah la time tu moratorium. Apa lagi, duit tu kita guna la untuk santek kan rumah baru kan? Kikiki.

Eh dah cerita lain pulak ek. Tapi gitu lah. Sebab kan renyah sikit, maka ada la spotting sikit. Bila scan baby elok molek je. Means yg bleeding tu maybe rahim ke apa tah, rahim kali ni macam anje sikit. Takleh renyah, dia mula la 'menangis' a.k.a bleeding. Takpelah yg penting baby so far so good 👍 

Lagi apa ek nak cerita? Oh ya, baby kali ni kami (actually iols sendiri) decided nak bersalin kat Oriental Hospital Melaka pulak. Nak try dengan Dr Norhayati Awan and team pulak kali ni. Dah 2 kali dekat MMC dengan Dr Azlina and team kan, kali ni kita kasi tukar. Ini kalilah! Lol. 

Tapi memang ada lain lah style dua2 doktor ni. Ini dari pengalaman monthly check up lah ya. Pengalaman bersalin belum lagi sebab time tulis ni akak lom bersalin eheh. Apa pun simpan semuanya jadi kenangan. 

Baby ketiga a.k.a bongsu ni amatlah payah nak tengok muka dia. Berapa kali try skodeng last2 dapat la sikit muka penyek masa scan dengan Dr Yati. Tak puas hati, ibu try pergi klinik swasta pulak. Mula2 dekat Klinik Mesra Semabok tp cubaan gagal sebab baby melintang time tu. Maka balik lah kami dengan kekecewaan. 

Akhirnya ibu jumpa Poliklinik Fasya Bukit Beruang, scan 5D RM100 je. Time tu dah 36w ok. Doktor kata takpe, kita cuba. Sejam lebih wehh dia godek2 perut akak. Terlianglingkup ibu atas katil scan tu semata nak dapatkan muka awak nak oi. Tapi, tetap tak dapat full face. Muka penyek siap mulut muncung lagi. Eleh, marah ke? Biasaaa lagi dia 😜

Tapi jadik lah tu. Ada la jugak gambar scan walaupun tak semolek gambar baby2 lain uhuhu. Dah besar esok kalau dia tanya kenapa gambar scan dia macam tu, memang ibu hamburkan kata2 nista kepadanya nanti. Eh takde lah, gurau2. 

Oh sebelum terlupa, masa fasa mabukkan si bongsu ni kebetulan PKP so akak masuk ofis seminggu sekali je. Nasib baik lah wehh. Dah la mabuk teruk (tak muntah tapi kepala pusing doplohpat jam). Pergi ofis tu pun nasib2 la dapat drive pergi and balik dengan penuh kegigihan haha. Tapi once kat rumah je, memang ibu jadi tukun lah mereput kat sofa. Since tak boleh tengok screen sangat, akak dapat hobi baru. Membaca novel. Haha. Dapatlah habiskan few chapters from the The Wizard of Oz's series. Habis je fasa mabuk2 tu, PKP pun tukar jadi PKPB ke apa tah. Tapi time tu dah kena masuk ofis kerap sikit la. Nasib baik dah tak mabuk oi time tu ahaha. Dan novel itu kembali menjadi tukun sehingga ke hari ini 🤣

Rasanya itu jelah yg dapat akak kongsikan untuk edisi kehamilan kali ini. Cerita kelahiran si bongsu akan dikongsikan bila akak dalam pantang dan tak tahu nak buat apa nanti ya. Buat masa ni si bongsu still dalam perut, so just doakan semuanya selamat dan dipermudahkan. Aminnn.


Otey2..Shabar2..

Wednesday, September 6, 2017

:: Miracles ::

Salam.

Anak dah keluar baru nak cerita perihal kali pertama mengetahui diri ini pregnant anak kedua. 

Masa mengandungkan kakak dulu Alhamdulillah takde apa2 yg lain daripada lain. Dengan tahap loya yg minimal, muntah2 pun takde, spotting ke bleeding ke discharge ke, takde pun. Cuma constipation sebulan jela masa kandungan 4 bulan. Itu yg paling seksa, selain pelvic pain ketika usia kandungan 7 bulan ke atas. But nothing that triggered or threatened the pregnancy itself.

Berbeza semasa mengandungkan si bujang ni.

Ceritanya begini.

I have two ultimate missions, that I want so badly - basically before the 2016 ended.

Pertama - of course to get pregnant. Dak kakak successfully free diapers Sept 2016, ketika berusia 2y11m. And she eventually stopped bf before her 3rd birthday on Oct 2016. Alhamdulillah.
So, bila anak dah free diapers and stop bf of course la perasaan nak menambah anak tu membuak2. Dah dekat setahun jugak berusaha untuk menambah tapi maybe sebab dak kakak still bf so usaha tu macam kurang menjadi. Perasaan nak pregnant tu membuak-buak bila my sister dah pregnant her 2nd child and she confirmed the news around Sept. Her first child (a girl) dulu is 3 months younger than my daughter. So, sy target my next child should be at least 3 months younger than hers jugak lah. Bukan nak compete but I think it will be unique or something unusual if we created such things.
Tapi semua pun berbalik pada kuasa dan keizinan Allah.

Kedua - I want to free from wearing spec! Nak free forever tau. Bukan setakat pakai lens aje. I wanted to do lasik. Belah mata dan laser kan. Pergi Advance Vision Damansara buat checking lepastu my eyes' condition quite bad, I mean power tu tinggi beb. So kena buat lasik yg mahal punye. Dekat RM6k beb kos dia. Tapi syaratnya tak boleh pregnant. Sebab nanti hormon ganggu tahap kerabunan tu thus ganggu result jugak.

And both things (1st & 2nd missions) tu sy nak buat dalam masa yg sama! Haha. Tamak betul.

So I decided to proceed with Lasik first. The procedure will takes place on Dec 2016. But at the same time I do not stop my effort to get pregnant. I took acid folic and all.

My Lasik procedure was 3 days before my period due. Sy tetap teruskan jugak sebab breastfeeding mother pun tak boleh buat Lasik. Alasan hormon jugak. So if I'm pregnant I have to wait another 2 years for Lasik. Dengan memikirkan I'm still not due for period (3 days before kan), even if I'm now pregnant, hormon HCG tu mesti still low at this stage and it shall not affect the procedure so much. Haha. Pandai2 je buat andaian sendiri. Tapi masa tu berharap takyah la pregnant dulu, walaupun bulan Dec tu actually cukup 3 bulan beza pregnancy dengan my sister. So deep down inside I want to get pregnant too! Haha. Faham tak dilema sy?
So the Lasik procedure went by smoothly. But my period also was delayed. Jeng jeng jeng.

A week after the procedure I was scheduled for a check up. It was on Saturday. It was also meant my period has been delayed for about a week!

On Thursday I had a pizza with pineapple on top. Tak lama lepas tu perut memulas. Fishy. But otak fikir masa tu maybe sebab nak period. And I also did a long walk to EPF to settle my PTPTN's matter. Dekat 2 km jugak kot jalan kaki tengah panas sambil pakai spec hitam (sebab baru lepas Lasik memang silau gile).

So Jumaat malam tu I got brown spotting. Aha! There you go. I'm not pregnant people. Period has coming. Itu apa yg sy fikirkan.

Sabtu pagi tengok2 tak period pun. Normally kalau dah brown spotting tu esoknya confirm bertambah banyak keluarnya. But that morning, nothing came out. Cuak. Before everything, turun bawah and picked the UPT kit and went to the toilet.

The result? Double line ye tuan2 dan puan2. Menggeletar pagi tu. Apa cerita? I had done my Lasik just a week before. How about my RM6k investment for new 'eyes'? Worthy or worthless? Takutnya mata rabun semula sebab hormon time pregnant kan pelik2. Takpelah. Pagi tu kami ke KL untuk check up my eyes. Turned out everything was OK. Tapi ada sesuatu yg tak OK.

Sepanjang kat klinik perut rasa macam senggugut. Plus tak dapat duduk sebab orang agak ramai. Pergi check tengok2 ada lagi brown spotting. Cuak pulak haih. Ko dah pregnant ni tapi nape ada spotting plak.. Siap rasa senggugut pulak tu. Pakej dengan lenguh2 pinggang. Huwaa cuak gile please.

Settled check up terus heading to Muar. Sebab plan asal nak pergi wedding anak pengasuh Safiyya petang tu. Tapi sebab kat klinik mata tu lama sangat, we were beyond schedule. Sampai je Muar dewan dah kosong bai. Haha. Perut still memulas, pinggang still lenguh. Google kata memang itu tanda nak gugur. Alahai baru pagi tadi confirmed double line kot. Tak kan laaa....

So we went to see the doctor. Basically doktor biasa kat klinik biasa je. His words "Itu tanda2 nak gugur lah tu. Tapi awak fikir positif lah. Kalau lahir nanti anaknya cacat macam mana? Sebab kadang2 bleeding ni tandanya anak tu ada masalah. Jadi, lebih baik awak kehilangannya sekarang sebelum dia membesar dan lahir kurang sempurna"

Sampai tahap tu sy memang dah pasrah dah. Tak dapat nak pregnant saing my sister. Baru plan nak buat maternity photoshoot sama2 sebab masa anak first dulu kami tak terfikir pulak nak photoshoot. Takpelah. Kalau betul tak jadi, redha jelah. 3 bulan kemudian I will try again. Huhu. 

So Doc bekalkan ubat sakit perut, tahan sakit and folic acid. Sy makan ubat sakit perut tu sekali je malam tu, lepas tu sakit perut pun hilang. But I keep on taking folic acid dengan harapan kandungan tu membesar dengan baik. Namun spotting tu terus berlanjutan sehingga 8 hari. No fresh blood, just brown spotting. Nak sedapkan hati, sy cakap itu old blood yg terbit daripada proses penempelan zigot / embrio (lupa which one) ke dinding rahim. Walaupun 8 hari tu quite lama la jugak. Huhu.

So on the 9th day, I went to see the gynea dekat KPJ Muar. She scanned and she said the yolk was in good shape. Nothing unusual but the heartbeat still not there. Masa tu lebih kurang 6w. She gave me folic acid and did a vaginal swab sebab sy ada discharge after the brown spotting stopped. I requested for duphaston but she suggested we wait until the 7w. She will re-reassessed and decide.

On the 7w, still heartbeat cannot be seen tapi she saw a blood coming in and out from the yolk. Doc cakap it was a sign that the heart is there cuma terlalu kecil that the machine cannot detect. Relieved betul masa dengar tu. And Doc gave me duphaston on that day.

Sy takde pergi check up lagi lepas tu sebab masa tu fikir if ada rezeki, ada lah. If takde then takpelah.

On the 11w, dekat ofis masa tu. Suddenly I felt a sudden rush coming out from 'there'. Feeling uneasy, sy terus ke toilet. I was shocked with what I saw. It was filled with the fresh blood! Panic mode activated. 11w kot. Orang cakap kalau dh lepas 12w barulah lega dan kerisauan tu berkurang sebab kandungan sudah semakin kuat. But I'm bleeding right now,on 11w!

Petang tu sy ke Tey Maternity for checking. Doc scan melalui bawah dulu maybe sebab ingat baby dah nak jatuh kot. Then dia tukar scan ikut perut pulak. He switched to 3D / 4D mode. Subhanallah berderau darah sy bila sy tengok ada sesosok tubuh kecil sedang menghisap jari di dalam perut sy. Baby nampak tenang, molek di tempatnya. Sy jadi confuse. Jadi, darah itu dari mana sebenarnya? Apa puncanya?

Rupanya, darah tu bukan lah darah yg keluar akibat ancaman dari dalam rahim, tapi ancaman dari luar rahim. The blood came from the infection that I get from the discharge. Didn't I tell you I suffered prolonged discharge throughout my pregnancy? Doc buat vaginal swab (for the 2nd time since my first vaginal swab at KPJ few weeks before) and few days later I was prescribed with the antibiotic. Actually masa kat KPJ pun dah makan antibiotik gak tapi entah kenapa still jadi infection jugak. Luckily it was not GBS. 

Lega tapi Doc cakap I have to be careful. Jangan buat kerja berat yada yada. But he didn't give me any MC whatsoeva. Haha. Sy bersangka baik, maybe sebab baby sy kuat. Nothing to be worried so much. Hehe.

Alhamdulillah itu adalah kali terakhir sy bleeding sepanjang pregnant. Tapi sy terpaksa jaga diet sebab discharge tu still keluar dan sy takut jadi infection semula. No cheese, no sweet food and drink, minum susu kurma, yogurt banyak2. Eh tapi maybe susu kurma tu manis agaknya, sy kena GDM on diet control pulak bulan puasa tu. Yelah hari2 minum susu kurma and makan kurma. Terlebih manis pulak. Kena la ambik darah sebulan sekali. They called it BSP. Hadhoi nasib baik masa tu dah penghujung pregnancy. Sempat buat 2x je BSP tu.

Macam2 yg timbul pregnancy kali ni. Betul2 berbeza masa pregnant kan dak kakak. Nasib baik bila scan nampak pistol. Terubat jugak lah segala rasa penat mengandung ni. Huhuhuhu..

Notakaki: Yang doktor klinik biasa tu cakap kalau ada bleeding semasa kandungan is like a sign that your baby will suffer a health problem, Alhamdulillah anak sy lengkap seluruh anggota, luar dan dalam. Cuma dia ada G6PD deficiency, hmm maybe betul lah kot spotting masa awal kandungan tu was an earlier sign for us. Takpelah baby, selagi hayat dikandung badan ibu and abbi akan cuba hindarkan anything that can trigger your health, OK?

Otey2... Shabar2...

Tuesday, August 29, 2017

:: New Bundle Of Joy ::

Salam.

Alhamdulillah tanggal 24/8/2017 sy telah selamat melahirkan anak kedua kami seorang putera pada usia kandungan 39w2d.

Seperti yg diberitahu dalam entry yg lepas, kelahirannya adalah dirancang a.k.a. induce. Usaha untuk mewujudkan kontraksi normal tidak berjaya walaupun semasa serah diri pukul 1 pagi tu bukaan sudah 4cm. Plan asal untuk masuk ubat pukul 3 pagi tapi cancel sebab dah ada bukaan 4cm tu. Jadi dapatlah sy tido sekejap sebelum dikejutkan semula jam 6 pagi untuk get ready masuk LR.

Sy dimasukkan ke LR (actually jalan kaki sendiri serah diri ke LR, lain macam feeling dia. Masa lahirkan kakak nak jalan pn tak larat sebab tengah contraction) pukul 7 pagi. Siap2 sarapan di ward dulu untuk tenaga. Dalam kepala target pukul 10 dah settle semua. Hihi.

Tapi kita hanyalah merancang tapi Tuhan menentukan.

Ubat untuk induce (drip induce) hanya dimasukkan sekitar jam 9.00 pagi, sebab sebelum tu Doc nak try tengok dulu kalau2 bukaan ada progress and contraction telah bermula. Malangnya tak ada apa yg berlaku, maka terpaksalah ubat dimasukkan.

Selepas ubat dimasukkan baru lah ada sedikit rasa sakit tapi tak begitu ketara. Kat graph tu nampak la turun naik contraction tapi sy sendiri tak rasa sakit sangat. Haha.

Pukul 10 pagi nurse stop kan ubat sebab Doc suddenly ada emergency operation pulak. Sebab takut progress sy cepat sangat jadi ubat pun dihentikan seketika.

Pukul 11.10 pagi Doc masuk and pecahkan air ketuban. Ubat juga disambung semula untuk percepatkan contraction.

Bila dah pecah ketuban barulah nikmat kesakitan sebenar dirasai. Haha. Setiap kali contraction rasa bagai nak lari. Sekitar jam 12+ nurse stop kan ubat semula. Actually sy ada perasan setiap kali contraction berlaku, graph CTG akan dropped below 100. Siap notified husband lagi. Didn't know that it was actually something unusual.

Jadi nurse report kat Doc and Doc instructed them to stop ubat buat sementara waktu. Tapi itu tak bermakna contraction berhenti ye. Ia masih progress dengan nikmat sakit bersalin yg biasa. Tapi mujurlah sakitnya tidak berterusan. Ada interval dan masa untuk sy merehatkan diri.

Nurse sempat tanya pada sy, sebelum ni ada tak Doc bagitau baby terbelit tali pusat atau apa? Cuak sy dengan soalan tu tapi memang tak pernah pulak Doc mention pasal tali pusat tu.

Lepas Doc masuk sy dengar mereka berbincang kenapa heartbeat dropped setiap kali contraction dan mereka suspect baby pakai 'rantai'. Maknanya terbelit tali pusat lah! Sy mula risau. Apa agaknya plan mereka untuk cepatkan baby keluar ye?

Doc buat VE and she said bukaan dah okey sekitar 7cm tapi kepala baby masih belum turun, masih tinggi. Jadi, mereka consult sy and minta sy meneran setiap kali contraction sambil tangan Doc / nurse berada di dalam rahim untuk galakkan baby turun ke pintu rahim.

Oh no! Memori melahirkan kakak dengan kaedah yg sama kembali menerjah. Sumpah sakit. No joke ya. Maka bermulalah adegan sy meracau menyebut sakit dan rasa nak give up. Tapi kali ni meracau sendirian sebab Mr MBS tak dapat temankan sy sangat, dak kakak dah nangis2 kat luar LR bila Abbi dia masuk LR teman sy buat seketika. Nurse pulak asyik remind sy heartbeat baby makin slow kalau sy tak push betul2 nanti nyawa baby dalam bahaya. Maka walau sy tak dapat tahan sakitnya pun sy tetap kena bertahan dan push sekuat hati. Rasa nak stop kan moment tu dan anggap semua ni tak berlaku tapi malangnya tak boleh. I have to do it no matter what. Dalam kepala dah rasa nak suruh belah je perut tapi actually dah dilated up to 9cm. Kejadah apa nak belah pulak. Haha. Tapi time tu rasa frust sangat kenapa kepala baby tak turun sekata dengan bukaan pintu rahim? Why everytime (time kakak pun lebih kurang gitu gak) kena ada intervention dari nurse or doctor untuk bawak turun baby tu? I've never get the chance to feel the urge to push yg orang selalu bagitau. Takpelah, bahagian masing2 kan?

Entah berapa kali proses teran-seluk tu dengan bertukar-tukar nurse yg buat, akhirnya mereka cakap ok dah boleh panggil Doc. Baby dah ready nak keluar. Sumpah lega walaupun seksa belum habis!

Bila Doc sampai sekali lagi kena push - gunting - push (ok kali ni masa push tu rasa sakit bila baby bergesel dengan luka yg digunting tu), and finally baby pun pop up dan terus kedengaran suara tangisan sang baby. Alhamdulillah sy sebut berkali-kali. Syukur sangat2 baby selamat dilahirkan jam 1.10 petang.

Tapi kali ni baby tak terus diletakkan di perut macam masa kakak sebaliknya tali pusat terus dipotong dan baby dibawa keluar. Sempat sy lihat dari jauh leher baby penuh dengan tali pusat. Tak tahu lah berapa kali belitan tu. Subhanallah. Kalau lah Doc tak decided untuk induce hari tu, entah apa lah nasib baby sy kat dalam tu agaknya. Everything happened for a reason, kan?

Lepas tu macam biasalah proses keluarkan uri, jahit luka digunting tu (kali ni lama sikit and terasa agak sakit), dan pelbagai proses lain. Oh lupa nak cerita, sepanjang sy tahan sakit tu TV dalam LR buka channel TV3 dan ketika itu sedang berlangsung final badminton berkumpulan wanita Sukan Sea Malaysia menentang Thailand. Semua orang termasuk sy sekejap2 akan jengah ke tv dan tengok match tu. Sometimes we got emotional when the player is having hard times to collect points. Tak lama selepas Doc selesai, game tu pun habis. Malaysia kalah 3-1 kepada Thailand. Nasib baik sy tak kalah oi!

Nurse tinggalkan sy sebentar untuk berehat dan oleh sebab Mr MBS ada bawak masuk kurma tadi, sy pun bedal kurma tu sampai hampir habis. Lapar weyh dah waktu makan tengahari kot.

Bila saya kira2 semula, actually sy tahan sakit 2 jam je. Tapi rasa macam 2 hari. Subhanallah tak tahu lah macam mana orang yg kena induce sampai 2,3 kali masuk ubat tapi tak bersalin jugak tu, apalah rasanya ek. Well setiap orang lain ceritanya. Walaupun sy sakit 2 jam je tapi sebab ada proses seluk-teran tu buatkan sy rasa sangat terseksa ttsskk.. Alhamdulillah dah selesai pun. Rasa serik nak bersalin lagi. Haha. Biasalah baru bersalin kan. Teeheeeheee..

Otey2.. Shabar2..

Wednesday, August 23, 2017

Induce ke?

Salam.

Semalam (22/8/2017) ada appointment dengan Gynae at 39w. Doc masih lagi melahirkan kerisauan tentang size baby yg berkemungkinan agak besar. Hasil scan semalam baby dalam 3.6kg - 3.7kg. Tak tahu lah baby berat sebab besar atau berat tulang? Huhu.

Jadi Doc nak suggest untuk induce. But before that dia buat VE dulu untuk assess position baby and keadaan serviks etc.

According to Doc baby masih belum betul2 engaged dan masih 'bermain-main' dekat atas. Her face masa buat VE tu macam something. Cuak pulak menengoknya. Tapi Doc cakap bukaan dah ada 2 cm. Cuma serviks masih tebal. Baby pun belum betul2 turun. Tapi dia jugak cakap she can reached the baby's head. Actually pagi tu check up kat KD and nurse cakap baby dah masuk lorong, about 1/2 gitu. Tapi bila Doc buat VE rupanya baby belum betul2 turun. Yelah baru 39w baby still not ready yet, kot.

After VE yg penuh berdarah itu (sampai tengah malam tu still ada darah kot pffttt), Doc terus suggest untuk induce esok jugak. I mean admit malam tu jugak at 12 midnight, induce at 3 am and estimated labor at 8 am keesokan harinya. Means today lah!

Eh idok ler saya bersetuju. Sebab Mr MBS still got few things to settle at work, plus barang2 untuk sambut baby belum betul2 ready. Dah la check up tu pukul 4.30 petang, lepas tu tetiba malam tu kena admit pulak. Tak nak lah sy. Not that I'm having serious issue that I need to be induced right away, kan? Just because baby is estimated to be big, ada sejenis kerisauan daripada Gynae takut bahu tak lepas la apa semua, jadi I have to be induced.

Memandangkan sy dah berkira-kira tentang cuti Mr MBS, maka sy pun bersetuju untuk induce tapi minta ditangguhkan sehari ke esok malam. So pagi ini, sy masih google sana sini untuk dapatkan feel sebelum di induce malam nanti. Cuak sebab masa Safiyya dulu baby memang full term 40w. Doc takde pulak suggest induce as early as 39w. This time around, lain pulak cerita dia, although with the same Gynae but her opinion is different this time.

Haih, sakit natural labor pun dah sakit, tak tahu lah sakit induce tu macam mana. Hopefully sakitnya adalah sesuatu yg saya masih boleh tanggung. *berharap*

Orang cakap lain anak lain cerita bersalinnya. Anak first relax je tunggu sampai due, bersalin natural takde ambil any ubat pun. Be it induce ke, painkiller ke, sedut gas ke, epidural ke. Nothing.
Tapi yang kedua ni, force labour kah? Huwaaa. Masih berharap real contraction will come soon. Before the procedure starts. Tapi, adakah itu possible? T_T

I have less than a day now. What else can I do to initiate labor?

Masih 50-50 tentang induce. Harap2 semuanya dipermudahkan. Oh btw Doc cakap I might need only 1 time induce based on my current condition. I hope it's true. Tak sanggup dengar orang cerita sampai 3x masuk ubat tapi tak bersalin jugak. Baby please be nice to Ibu. We can do this together okay? Can't wait to see you dear baby muchuk. Jumpa esok pagi ya! InsyaAllah.

Ahhh cuak!

Otey2.. Shabar2..

Tuesday, August 15, 2017

:: Penantian ::

Salam.

Lamanya tak bersiaran yek. Malas sebenarnya nak menulis walaupun dalam kepala macam2 nak cerita.

Alhamdulillah setakat hari ini seseorang yg di dalam perut ni dah berusia 38w0d. Tapi last 3 days scan dekat Dr Azlina MMC mengkhabarkan berat baby estimated at 3.4kg and week estimated at 39w already. Bayangkan dak kakak dulu lahir 3.45kg @ 40w1d. Ini baru 37w4d dah 3.4kg. Huahua. Sepanjang pregnancy kali ni, that was the first time EDD diawalkn.  Am I eating too much di saat2 akhir ni? Haha.
All this while kalau scan syok je tengok EDD setara dengan perkembangan baby. If time tu tengah 25w, scan pun showed 25w. Baby's growth at normal pace.
Tapi di minggu2 akhir ni tetiba baby buat pecutan pulak. Terkezut ibu. Dari EDD 29 August 2017 trus jadi around 20 August 2017.
Luckily Dr Azlina decided utk buat VE this coming 22nd. I mean, takdelah within this week jugak kan. Tapi dari gaya dia cakap haritu macam nak induce immediately on 23rd tu jugak. Hopefully baby tidaklah terlalu membesar dalam masa seminggu ni yek. Kalau tak memang hampir pasti kena induce la ibu ni.
Adakah effect dari GDM? Bulan puasa hari tu buat MGTT pastu kantoi pulak GDM. Nasib baik buat BSP result cun2 aje. But now baby is bigger and bigger, adakah sebab ada GDM tu? I mean, minggu2 terakhir ni memang sakan nak makan & minum semua benda. Sebab dok fikir pasni kena pantang makan 😂

Apa pun, kerja kat ofis melambak kena cepat2 siapkan. Well, i'll try to do my level best and siapkan mana yg mampu jela yek. I have +/- 5 days untuk siapkan 6 renewal paper. Pheww mencabar! Semoga baby belum nak keluar within this week ye. Sebab ibu dengan abbi are so not ready. Haha. Ibu dengan kerja yg tak siap lagi, abbi pulak ada kursus PTM seminggu ni. Kalau tak complete kursus ni, lambat lagi lah baru tetap jawatan. Hewhew.
Dan semoga jugak ibu tak kena induce. Baby please don't grow up too fast. Membesarlah dengan jayanya apabila keluar nanti ok? Hehe love you. Can't wait to see you but not this week. Not yet. Haha.

Oh btw, mak dan ayah kat Mekah sekarang. Alhamdulillah dapat panggilan Haji. Tapi bukan melalui muassasah, pergi dengan Andalusia. Takpelah, yg penting rezeki mereka dapat pergi time tengah sihat ni. Kalau nak tunggu turn muassash tu, ntah bila tahun agaknya.

Dan sebab itu lah jugak baby tak leh keluar awal2 sangat. Nanti tok mak tok ayah balik haji, dia da besau. Tak syiok.

Berpantang? InsyaAllah ada 3 peringkat. Haha.
1st week - Balik kampung, kakak & makcik jaga (kebetulan Raya Haji & cuti sekolah seminggu)
2nd week - Stay Melaka & hire CL from KL. Dah booked her for a week.
3rd & 4th week - Turn Mr Mama lah pulak. Encik MBS kena jaga iols dan baby dan Cik Piya. Ok la tu kan. Dah almost sebulan pun baby time tu. Hopefully everything going on smoothly.
5th week onwards - InsyaAllah balik kampung duduk dengan mak ayah pulak. Time ni heaven la En MBS tak dak sapa kacau kat rumah. Hmmmmpphh.

Eh panjang nau pulak cerita. Sementara rajin. Ini sekadar untuk memori sendiri. Nanti dak adik tanya ibu "kenapa masa pregnant kan kakak macam2 ibu cerita tapi time saya takde cerita pape pulak?" So this one is for you my new baby. Haha.

Agak2 anak ibu nanti kuat touching ke ek. Hmmmm....


Otey2.. Shabar2..

Sunday, February 5, 2017

:: Meroyan ke awak? ::

Salam..

Dua hari ni heboh serata Malaysia pasal seorang ibu di Kota Bahru mengelar bayinya yg baru berusia 82 hari. Ramai mengaitkan kes itu dengan meroyan ataupun bahasa saintifiknya postpartum depression.

Rasanya kebanyakan ibu2 mesti pernah mengalami benda ni, kalau tak banyak mungkin sikit pernah ada rasa some kind of depression masa berpantang kan?

So did I.

Maklumlah berpantang anak pertama.

Mengandung takde masalah, bersalin takde masalah, tapi Allah uji semasa berpantang. Sungguh cakap, kalau orang tanya apa yg paling traumatic sekali antara mengandung, bersalin atau berpantang, saya pilih berpantang.

Reason?

Pertama, kurang bantuan suami. Tapi jangan silap. Bukan suami taknak tolong tapi dia tak dapat tolong. Masa tu dia still kerja company swasta, paternity leaves 3 hari je. Cuti pulak sehari seminggu. Sy berpantang di kampung, 2 jam jarak perjalanan dari rumah kami.
Waktu siang sy memang takde masalah sebab ada adik dan mak membantu. Tapi sy struggle apabila tiba waktu tidur.
Sebab sy tidur berdua je dengan baby kat bilik. Baby pulak ada habit taknak tidur malam.
Asal malam je, sy stress. Sy tak dapat tidur. Sorang2 melayan baby yg kejap menangis kejap nak susu kejap nak tukar pampers.
Kita dah lah tak sihat, perut sakit, kawasan luka sakit. Lepas tu sikit2 kena bangun duduk. Baru baring kena bangun balik. Tidur pun duduk sebab budak tidur menyusu tak boleh lepas. Kalau lepas, dia bangun. Haih...
Time tu sy memang betul2 perlukan suami tapi apa boleh buat, dia perlu bekerja.

Stress sy bertambah sbb reason kedua ni, yg bukan niat sy utk merungut, cuma ini memang antara sebab sy mengalami sedikit depression semasa berpantang.

Sy tak tahu lah kenapa, macam2 dah sy buat tapi anak sy mudah tersedak ketika menyusu. Sebabnya adalah aliran susu terlalu laju dan deras. Sy stress. Memang stress. Baju basah toksah cakaplah. Bukan setakat baju, malah perabot sekitar tempat menyusu tu pun habis terkena tempias sebab aliran terlalu deras. Peneman sy adalah kain sapu tangan yg tak sempat kering, sentiasa basah.
Bukan sy tak pam, sy pam sampai sakit pinggang tapi susu cepat penuh. Sy tak boleh cope. I need rest too.
Sy bersyukur sebab susu sentiasa cukup utk anak, tapi bila anak asyik tersedak dek susu terlalu deras, sy jd frust dan stress.

Sy betul2 kurang rehat waktu berpantang. Sy penat dan natijahnya anak jadi mangsa. Sy pernah hempas je baby sy atas katil tapi masih dalam jarak selamat. But still, it's not good for a baby. Goncang2 badan dia bila dia susah sgt nak tidur. Tepuk punggung dia kuat2. Marah punya pasal. Stress punya hal. Depression.

Tapi nasib baik, sy cepat sedar. Masih rasional. Walaupun kadang2 rasa syaitan tu dah suruh buat macam2 kt budak tu. Haih.

Untuk next baby, I expect more challenging situations will come. Sebab, ada si sulung. Oh, that's one of the reasons I'm not so keen to have new baby so soon --- at least until she's 3 years old. Because I know, I can't cope with it. My first child need to be matured enough to at least listen and understand my instructions. And I think she is now. So new baby, cepat2 datang ok! Hehe.

Otey2..Shabar2..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails