Saturday, January 5, 2013

:: Borang Nikah Negeri Johor ::

Salam..

Huermm.. Rasanya tak lengkap cerita pasal nikah dan kahwin tanpa cerita proses yg boleh dikatakan penting ni. Nak kahwin bukan majlisnya saja yg penting, segala mak nenek dokumen yg perlu disiapkan sebelum tu jugak penting. Yelah, kalau kita tak book Tok Kadi kt Pejabat Agama tu, siapa nak nikahkan kita, ye dak?

Urusan nikah kahwin untuk setiap negeri berbeza-beza. Macam sy kat Johor kena interview kt Pejabat Agama dulu. Kadang-kadang ramai jugak B2B negeri Johor yg tak tahu proses ni. Interview nya nak dikatakan senang atau susah tu sebenarnya bergantung kepada Ustaz / Ustazah yg mengelolakan sesi tersebut. Tips: Pergi time RED alert! Haha. Itu tips jahat sebenarnya.

Ok mula-mula beli borang kebenaran untuk berkahwin di Pejabat Agama. Harga RM5 kot. Ayah yg belikan so tak sure sangat. Lepas tu kena make sure pengantin lelaki dah settled dia punya part la. Segala borang yg berkaitan dah isi and signed by the authority. If bernikah dengan dengan orang berlainan negeri, kena ada borang kebenaran berkahwin di luar negeri or something like that. Tak ingat apa ke nama borang tu. If sama-sama Johor, both kena interview jugak. Hehe.

Tapi ni sy nak cerita if berlainan negeri la sebab MBS kan orang Selangor. Bila sy dah dapat borang beliau yg lengkap, sy pun settled part sy pulak. Kena jumpa Ketua Kampung untuk pengesahan Bujang/Dara. Tok Ketua boleh pulak suruh jumpa dia kat warung time dia tengah ngeteh. Aptb. Nak kahwin punya pasal, redah jela. Hewhewhew.

Dah settled semua maka berangkatlah kita ke Pejabat Agama. Seram sejuk je rasa sebab nervous nak kena interview. Sebab ada member cerita dia kena terjemahkan maksud Al-Fatihah time interview tu! Gila ganas. Kalau aku yg kena tu, memang kebil-kebil jela. Maksud Bismillah sy hafal la Ustaz. Ngee...

Bila sampai sana, serahkan segala borang, salinan IC, sijil kursus pra-perkahwinan (dia ada bagi checklist, ikut je) pada orang kat kaunter. Lepas tu dorang akan bagi satu borang yg ada listing. Kita just isi nama kita and bakal suami je. Sy telek borang tu. Aik, ni macam soalan yg akan ditanya je. Ada beberapa bahagian, antara yg sy ingat ialah

1. Mengucap dua kalimah syahadah
2. Rukun nikah
3. Rukun iman
4. Rukun Islam
5. Doa Qunut
6. Al-Fatihah
7. Tanggungjawab suami / isteri
8. Lain-lain (Ada beberapa lg tapi tak ingat sangat)

Lebih kurang camtu la list nya. Sy pun cepat-cepat prakis jawapan untuk setiap bahagian.

Bila nama dipanggil, sy pun masuk jumpa Ustazah tu. Kat sebelah kanan sy ada seorang girl kena interview jugak. Dengan Ustaz. Fuhh nasib baik aku dengan Ustazah. Takdelah segan sangat. Dah la RED alert nih!

Bila Ustazah tu start menyoal, heh sebijik macam yg dalam listing tu. Soalan bocor la ni. Kacang gila. Sekejap je dah siap. Tapi yg girl dengan Ustaz tu belum settle lagi. Padahal dia masuk dulu tadi. Syukur2. Hehe.

Lepas tu tunggu kat depan kaunter, nama dipanggil, dia bagi balik semua borang siap sekali dengan borang nikah and pesan suruh pass pada Tok Kadi.

Muka aku time tu? Sengih lebar. Yesss dah boleh kahwin!! Weeehu!!


Otey2... Shabar...

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails