Friday, March 27, 2015

:: Safiyya's The First Birthday ::

Salam..

Date: 25 October 2014
Place: KFC AEON Ayer Keroh Melaka

Wah entry ini memang terlalu delayed namanya. Tiga bulan terperap dalam memori baru hari ni ada hati nak keluarkan kat sini. Haha. 
Nak tulis blog ni bukan boleh sukahati. Because everything yang ada dalam internet ni will stays. Jaaadi adalah penting untuk berhati2 dalam setiap perkara yang nak dipercakapkan. Iye? (Padahal malas. Alasan kemain). Dan entri ni siap 5 bulan kemudian. Haha. Setengah tahun engko!

Well, dengan saki baki memori yg dah 3 bulan berlalu tu, akan ku cuba sampaikan sebaik mungkin yek. Maaf ye anakku Safiyya. I'll try my best. Hewhewhew.

Kalau ikutkan, ramai jugak yg tak nak celebrate beriya untuk 1st birthday ni sebab mereka berpendapat pengantin cilik ni won't remember anything, can't eat everything and wouldn't enjoy the day.

Yes. Betul jugak tu. But for me, i mean us, 1st birthday is quite important and significance sebab itulah saat pertama kalinya baby kita ada umur, maksudnya ada perkataan 'tahun' kat belakang umur dia since for the rest of our life umur disukat dengan 'tahun'. Betul tak? So, sebagai meraikan hari pertama our first baby mendapat 'umur', jadi we decided to celebrate it dengan budjet yang sedikit berlebihan.

So, dimanakah budget yg berlebihan itu akan disalurkan dan bagaimanakah rupa majlis tersebut? Hehe, well plan asal konon nak buat kat hotel (tak menahan macam banyak sangat duit). Bila tengok harga yg voggie the vast tu terus ioll cancel. Kita pilih KFC jela instead. KFC pun makan setengah ribu jugak kos nya. Takpe, demi anak ku relakan. Bukan selalu. Sekali ni jek. Birthday lepas ni celebrate guna kek SR jela. Tu pun beli slices je cukup. Hahaha.

Sebenarnya tarikh 25 Oktober tu bukan birth date Safiyya pun. It was a day before her actual birth date. Sambut a day earlier sebab hari tu Sabtu. Her birthday was on Sunday of which is a working day for my Ayah (Johor). Memandangkan jemputan adalah keluarga terdekat je, jadi apalah gunanya membuat majlis itu tanpa kehadiran tokmak dan tokayah Safiyya. Ye dak?

Makanya sambutan ulangtahun kelahiran yang pertama buat Safiyya diadakan sehari lebih awal yg mana secara kebetulan jatuh pada Awal Muharam. Haa elok beno la tu. Berkat sikit. Ye dokk? Jadi, plan nye sebelum nyanyi lagu birthday tu kami nak buat tahlil ringkas sikit. Kebetulan masa jalan2 kat Mydin ternampak ada jual Yassin dalam paket. So, alang2 beli la terus untuk doorgift Safiyya nanti.

Jadi, nak cerita panjang2 pun macam malas, maka rangkuman majlis adalah seperti berikut:

Tempat: KFC Ayer Keroh.
Dorang dah beritahu awal2 kalau buat weekend dorang just sediakan tempat and barang jek. Tiada servis event management etc macam dalam website dia tulis. Sebab busy ramai orang. Memandangkan kat Melaka ni tak banyak option, jadi kurelakan jela kan. Bayar sama macam dalam website tu tulis, tapi aktiviti semua urus sendiri. Takpelah. Mujur crowds tak ramai.

Perkara lain:
Sy ada sediakan candy buffet. Konon2 jek la. Tah pape jek. Tapi ada la sediakan gula2 sikit, guest book DIY, gift untuk kids, pastu kakak buat puding truffles-tak-cukup-bahan, mak buat bihun goreng kebabom, and biskut raya tak habis. Haha. Since jemputan tak ramai, jadi semua pun ngam-ngam je. Oh ye, tema superhero untuk kids (KFC's theme) and white+purple untuk adult. Birthday girl sy pakaikan dress Sofia The First.
Sofia = Safiyya. Bajet2 sama letew kennn. Dress beli online, cam besau pulak. Layannnnzz..

Birthday girl masa mula2 sampai tu dia tidur. Jadi masa majlis dah start muka dia memang blur gila. Nasib baik tak meragam. My good girl. Kemain dia melekat je dengan ibu, ke hulur hilir nak ikut ibu je. Tau la dah dapat kaki.

Birthday cake ada dua, satu tempah khas dari ig shop, satu lagi KFC bagi. Kek tempah khas tu of course mak buat tema Sofia the First. Haha. Comey cinonet je kek nye. Tapi santekk. Sayang nak potong. So kitorang potong kek KFC je masa sesi potong kek tu. Haha.

Tetamu yg hadir adalah dari kalangan family terdekat and officemates. Family MBS tiada wakil sebab jauh noxx. Officemates MBS pun takde wakil sebab semua busy. Haha. So kesimpulannya tetamu adalah semua family dan kawan sy sahaja. Takpelah, family sy kan family MBS jugak. Cewahhh.

Ok lah. Macam dah tak tahu nak cerita camne lagi. Biar gambar berbicara lah ye.
Apapun, Selamat Hari Jadi Nur Safiyya Ayeesha. Ibu dan Abbi love you so much. Semoga awak membesar jadi anak yg solehah, berguna pd agama bangsa dan negara. Ok?

Pssttt.. Gambar tak ikut turutan ye..

 Tahlil ringkas diketuai oleh MBS

 Dua Tiga item comel

Kek Sofia The First dan Kek Saguhati dari KFC

 Ini dalam Pakej C

Orang Penang merenung daring je #nurfaqihahsyauqina

 Masa ni Safiyya baru bangun. Muka xleh blah

 OK semua jom makan

 Adik beradik ku kalau bab makan... Hehe

 My mini family!

 Eh awak. Pening ke?

 Ikut je mana ibu pergi ye

Safiyya's first year

Keluarga dan saudara

Officemate. Tq korang~

Jom nyanyi!

*sing* Happy Birthday to you~

Uuuu.. Itu api tak boleh pegang ye..

Reaksi pertama kali potong kek. Priceless! 


Eh. Mana gambar wefie ramai2 tu yek. Tak upload pulak.. Hmmm...

Otey2.. Shabar2..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails