
Natrah atau nama sebenarnya Maria Bertha Hertogh ialah anak Adeline Hunter dan Adrianus Petrus Hertogh yang ditawan tentera Jepun di Indonesia pada 1942. Dia diserahkan kepada Che Aminah untuk dipelihara pd Disember 1942 tanpa pengetahuan bapanya. Usia Natrah ketika itu 5 tahun. Pada 15 November 1945 Che Aminah membawa Natrah balik ke Kampung Banggol, Kemaman, Terengganu melalui Singapura kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap membenci orang kulit putih yang dianggap bangsa penjajah. Bapa Natrah mencari Natrah dan akhirnya kes perebutan hak penjagaan di antara Che Aminah dan ibu bapa Natrah telah menjadi isu yg hangat pd ketika itu krn membabitkan isu agama. Ketika perbicaraan sdg berlangsung, Natrah telah dikahwinkan dgn Mansor Adabi, seorang guru dari Terengganu. Namun, oleh krn umur yg masih muda (13tahun), perkahwinan itu dianggap tdk sah oleh mahkamah. Pada akhirnya, ibubapa Natrah memenangi kes tersebut dan berjaya menukar agama Natrah. Hidup Natrah seperti tdk bahagia kerana pelbagai masalah melanda. Natrah telah meninggal dunia pada 9 Julai lalu akibat luekemia..
2la dia.. Hidup mang banyak mslh.. Watever pon "otey2..shabar2" :)
No comments:
Post a Comment