Sunday, January 23, 2011

::Periuk Monkey::

Salam All...!

Penah dengar itu Periuk Monkey x? Of course la x penah kan? Kalau sebut Periuk Kera tau x apa dia? Tak pernah jugak? Aigoo.. Pi Google sane. Periuk kera pun tatau ka?? OK. Pada yg tahu and kenal apa itu periuk kera, sy nak citer sket. Sket je x leh banyak-banyak. Hohoho.

Pokok Periuk Kera merupakan sejenis pokok herba. Pokok Periuk Kera mempunyai nama sainsnya Nepenthes spp. Pokok Periuk Kera biasanya tumbuh di tanah berasid, tidak subur, kekurangan nitrogen. Pokok Periuk Kera merupakan pokok maging yang memerangkap serangga dalam periuknya untuk membekalkan sebahagian dari nitrogen yang diperlukannya. Nepenthes bermula sebagai pokok rosette dan matang sebagai pokok memanjat bersulur paut (tendril climbers). Sesetengan sulur membentuk periuk berongga. Spesies berlainan mempunyai periuk berbentuk dan bewarna yang berlainan. Kebanyakan spesies tumbuh di atas tanah, sementara sesetengah merupakan epifit (epiphytic). (sumber)
Hah tengok. Sy da google kan untuk korang da.

Itu secara general nye tentang Periuk Kera. Kat kampung sy which is Kampung Tenang, periuk kera ialah makanan. Iye. Kami makan periuk kera. Selalunya kalau datang kampung sy time raya confirm ada juadah ni. Kira alternative pada lemang la. Nak wat lemang leceh kan? Periuk kera ni sempoi je. Sape-sape pun boleh wat. Nak belajar? Err I xtau la u. I biasa nya tukang basuh kulit je. Hehe.
Periuk kera selepas dibasuh

Periuk kera ini sangat delicious ye. Orang yang x pernah makan mesti akan tanya, "Kulit ni nak makan sekali ke?" Mr.Ayah sangat tidak-boleh-blah. Dia pegi bitau kawan dia kulit tu boleh makan. Kesian kawan tu. Dia pun telan kulit periuk kera tu. Terkejut Mr.Ayah sebab dia sangat lurus! Hahaha. Sebenarnya kulit tu x payah makan ye kawan-kawan. Buang kulitnya dan makan isi sahaja. Sekian.

Ini pulak kisah my anak buah, Mr.Ilham. Sebagai seorang anak yang baik Mr.Ilham pun konon-konon nak tolong mama nya yang sedang menyiapkan periuk kera untuk dikukus. Perlu diingatkan beliau berusia 4 tahun ketika kejadian ini dirakamkan. Huhu. Sekonyong-konyong dia pun menuju ke mamanya. "Mama, mana periuknya? Abang nak tolong mama ni", sambil menuju ke tempat periuk belanga. Pn.Mak pun tunjuk pada Mr.Ilham periuk kera. Terkedu budak tu. Matanya tepat memandang selonggok periuk kera yang berada di dalam besen. Pn.Mak berkata "Ini periuk monkey" Mr.Ilham dengan muka yang sangat terkejut terus angkat periuk kera tu. "Abang pegang ekor je" Ekor tu merujuk pada tangkai periuk kera tersebut. Haha oleh kerana kami cakap itu periuk monkey maka ia pun ada "ekor" la. Hahaha. Dan itu merupakan periuk kera yang pertama dan terakhir buat Mr.Ilham sebab lepas tu dia continue bermain pasal geli dgn periuk monkey. Haha.

Kt bawah ni periuk kera sebelum dan selepas masak. Pulut+santan+garam=kukus. Senang je kan? Cubalah! Hehe





Lupa nak habaq. Periuk kera ni kalo makan skali ngan rendang ke, kari ke, kuah masak lemak cili api ke... Pehh mang TERBAIK!!

:..Otey2.. Shabar2.. .:

3 comments:

  1. hahaha kelaka la cte u ni..
    i loikee very much..
    btw,i love the taste of periuk monkey..huhu..sedap lemak berkrim d sukai ramai..huhu

    ReplyDelete
  2. hehe thanks 2me la sbb bg ang rse periuk monkey ni. kalo ang x kwn ngn org tenang mang x merasa la, kn? ehehe

    ReplyDelete
  3. eh eh eh..x pasal2 plak..teman blh cri kt tpi jln la tgk mane2 kedai yg jual..hahaha..xla tipu je..actually thanks a lot to u coz introduced this type of monkey to me..hahahah..GOD bless u..eh??hahah..ILU

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails