Wednesday, September 26, 2012

:: Tukar Status ::

Hari: Sabtu
Tarikh: 8 September 2012
Masa: 11.17 p.m

Alhamdulillah...

Dengan sekali lafaz, saya telah sah menjadi isteri kepada Encik Suami.

Cuba tengok masa yg dicatatkan di atas. Tengok sekarang!
.
.
.
Dah tengok?

Yess 11.17 malam.

Lewat tak?

Lewat kan?

Haaa itu la dia. Memang lewat. Bukan sebab Tok Kadi ceramah panjang lebar. Bukan jugak sebab Encik Suami terlalu nervous sampai akad nikah 3,4 kali lafaz (1 kali lafaz je owkayy), taaapiiii....sebab....

Rombongan pihak lelaki lambat sampai.

Kesian dorang. Dahla jauh, sampai2 je terus kena g akad nikah. Mandi pun tak sempat. Opsss terbocor rahsia di situ. Hihi. Puncanya? Mestila angkara sekolah ganti cuti raya punya pasal. Jadi mereka terpaksa bergerak lewat dari Sabak Bernam. Bila dah gerak lewat makanya sampainya jugak lewat dong.

So sementara menunggu ketibaan rombongan pihak lelaki, pelbagai aktiviti yang tidak dirancang telah diadakan di rumah saya. Antaranya:

1) Marhaban - kami tak plan tapi orang kampung willing nak buat. Petang hari akad nikah tu baru tau ada orang nak marhaban. Elok gak tu. Thanks orang kampung! :)

2) Berzanji - ini pun tak plan. Paklong i.e. Abang kpd Ayah telah menawarkan diri untuk berzanji malam itu. Petang baru tau. Elok gak tu. Plan berzanji lepas akad nikah, tapi tunggu punya tunggu pihak lelaki tak sampai2. So berzanji jalan dulu.
Thanks Paklong and the gang!

Tepat-tepat berzanji habis, tirerittt2.. Bunyi BBM masuk,

"Kitorang dah sampai"

Alhamdulillah. Lega sangat2. Segala kerisauan lenyap sekelip mata. Butterflies in my stomach pun terbang pi mana tak taw.

Ok jom kahwin! Time tu dah tak fikir apa,just tau nak setelkan cepat2 je. Nervous? Sebak? Langsung tak rasa! *teruknyashamimi*

Hahahahaha~

Otey2.. Shabar2..

Layan beberapa keping gambar akad nikah kami kat bawah ni yek. Enjoice!!












2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails