Salam..
Hari ni nak membebel lagi.
Aritu masa jalan2 kat blog orang, terjumpa lah satu blogger ni. Dia buat business MLM lah. Income toksah cerita la kan. Ratus2 ribu bhai. Tapi itu bukan perkara yg sy nak cerita kat sini.
Ada satu entry kt blog dia tu cerita pasal dia nak beli rumah. Dia cakap, dari income dia setiap bulan dia kena simpan untuk bayar deposit rumah. So dia tinggalkan sedikit bahagian 'gaji' dia untuk perbelanjaan harian. Tak banyak. Dalam 10-15k je.
OK. Ulang siar.
RM10,000 - RM15,000 sahaja untuk perbelanjaan harian.
Dua tiga kali gak la sy baca phrase tu. Sure ke ni? Perbelanjaan harian untuk sebulan sampai RM15k? Kau belanja ape sehhh?
Kita ni gaji sebulan tak sampai 5k pun, tolak pulak lagi dengan hutang kereta, hutang rumah, hutang2, segala bil, eh cukup aje dik untuk uruskan perbelanjaan harian tu. Awak pulak kena provide sampai RM15k untuk perbelanjaan harian?
Wow. Serious terkesima.
Eh bayangkan orang yg bergaji RM600 sebulan pulak. Camne tu? Tapi tengok dorang elok je sihat Alhamdulillah...
Bila sy cerita pada MBS pasal benda ni, dia jawab simple je..
"BESAR PERIUK NASI, BESAR LAH KERAKNYA"
Hmm.. What a simple thought but explain everything.
Betul lah tu kan? Makin besar gaji kita, makin banyak yg kita nak kena bayar. Desire kita pun makin jadi lain macam. Makin besar berganda2.
Pernah rasa tak situasi bilamana gaji setiap tahun naik, tapi setiap hujung bulan balance yg ada dalam account sama je macam sebelum gaji naik pun. Sedangkan, by right if gaji naik , baki setiap hujung bulan tu pasti akan bertambah jugak kan. Means like ada duit lebih la.
Tapi nampaknya itu tidak terjadi ye.
Gaji naik, tapi bila hujung bulan duit tetap banyak [sikit] tu jugak. Kat mana silapnya? Sy pun tak boleh nak explain. Tapi dari segi logik akal, bila nampak duit kita banyak, keinginan kita untuk belanja duit tu akan tinggi. Mungkin waktu gaji kecik kita takde beli insurans. Bila gaji dah besar sikit tengok macam mampu nak beli insurans, kita beli. Let say gaji naik RM200. Insurans pulak bulan2 RM180. Nah, it explains everything right?
So, bila MBS cakap "Besar periuk nasi, besar lah keraknya" tu, sy terus "Yalah... Betul jugak"
But still, RM15k untuk perbelanjaan harian selama sebulan? Kau beli ape sehhhh??
Otey2.. Shabar2..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment