Sunday, December 9, 2012

:: Tok Kadi Oh Tok Kadi ::

Weeehuuu..

Dah seminggu bermaustautin di Dorrey rupanya. Kejap je masa berlalu, kan?

Walaupun hari ni hari minggu, tapi sy keseorangan di rumah. Sebab MBS kerja. Dia cuti weekdays okeh T_T

Tapi takpelah. Yg penting malam ni boleh layan Semi Final Pertama Piala AFF Suzuki 2012 bersama MBS di Stadium Astro! Huhu. Atau Stadium TV1 je? Tak kisah la mana2. Yg penting Go Harimau Malaya! Cakar dan baham itu gajah! Ngeh3.

Eh percaya tak, selepas 3 bulan berlalu kami masih tak dapat sijil nikah lagi. Bukan sebab sijil belum siap, sijil dah siap tapi belum ambik lagi. Why? Begini ceritanya...

Masa time nikah hari tu, Tok Kadi cakap dia akan hantar sijil nikah tu kat rumah. Tapi tunggu punya tunggu takde dapat2 jugak. So we decided to call Pejabat Agama Segamat sendiri. According to them, sijil tu memang dah siap. Tapi Tok Kadi tak ambik lagi. Tak tau la sebab dia lupa ke atau ada sebab lain. Orang Pejabat Agama tu cakap, kebiasaannya Tok Kadi tu memang akan datang and ambik kan. Dia akan beri sekali borang untuk buat Kad Pintar Pengesahan Nikah tu. (Kad tu pulak 3 bulan baru siap okeh)

Haihsss. Segan la pulak nak tanya Tok Kadi tu kenapa dia tak ambik lg sijil tersebut. Ke nak pergi ambik sendiri? Kang Tok Kadi tu terasa la pulak. Nampak macam dia tak buat kerja pulak. Dua2 perbuatan pun boleh menyebabkan Tok Kadi tu terasa. Betul tak? Ke nak tunggu lagi? Tapi sampai bila? Alaaaa confuse la gini.

Mak.. Tolong ambe..



Otey2.. Shabar2..



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails