Monday, November 26, 2012

:: Moving ::

Salam..

Hari ni ialah hari Isnin. Malam tadi secara rasminya sy telah berpindah ke Dorrey. Eh yeke malam tadi? Silap. Silap.

Pindah barang hari Sabtu. Oh ok. Dua malam lepas adalah secara rasminya kami tinggal di our lovely Dorrey. Dan kemudian MBS chow pegi outstation.

Oh great. Pindah dan tinggal seorang diri selama seminggu. Hewhewhew.

Berani atau takut? Heh buat-buat berani aje ni. Jiran kan ramai. [Sedapkan hati]

By the way, I have 4 more nights to be spent alone. Dengan dinner tak tau nak makan apa. Haha.

Why? Sebab bila sorang2 rasa macam tak berbaloi nak masak. Takkan nak masak seketul ayam masak merah? Atau seekor ikan goreng berlada? Nak masak lauk2 berkuah lagi la macam erkkkkk?? o_O

Nak pergi kedai beli lauk sorang2 lepas balik kerja pun rasa tak best la. Rasa nak nangis kuat2 je pilih2 lauk untuk makan sorang. Jadi, solution: Tak Masak! Makan roti cukup. Hahaha. Diet whatttt.. :p

Tapi so far, sy sangat2 berpuas hati dengan segala kelengkapan yg ada kt rumah ni. Walaupun dengan kekangan budget, tapi berkat pertolongan ahli keluarga, semuanya dapat direalisasikan.

Mak belikan pinggan, kuali, periuk, jahitkan langsir, bagi langsir kt rumah yg dah tak pakai (tp still cantik menawan lagi ok) dan bermacam-macam lg yg mak bagi.

Ayah tolong pasang dapur gas, scrub lantai, dan bermacam-macam lagi. Paling terharu, walaupun bertongkat (kaki retak gara2 ke kebun menjaga durian dr dimusnahkan beruk), ayah masih gagah memandu memalam ke Dorrey untuk bawak my cousin pergi ukur grill. Pukul 12 malam br sampai rumah semula tu bhai. Gile terharu! Thanks Ayah!

Adik beradik yg tolong serba-sedikit especially yg kecik tu ada dari start tengok rumah dengan developer sampai la basuh rumah, siap bawa kawan-kawan tolong basuh rumah ni sekali. Trimass!

Kawan-kawan yang bagi hadiah kahwin yg sangat bermakna. Kebanyakannya untuk kegunaan rumah, wah memang sangat bertuah!

Family mertua yg datang dari jauh bawak barang macam-macam jugak sampaikan bila tengok stok pinggan da banyak giler macam da boleh buat kenduri jemput 30 orang. Padahal masa kahwin aritu sebiji pinggan pun kami takde beli! :D

Pada ofismate, Puan Miza yg sudi bagi pinjam Alza untuk sesi memindahkan barang dr umah sewa ke Dorrey. Syukur hanya berbekalkan sebuah Alza dan Myvi (Jenna), kami berjaya memindahkan sebuah almari, katil dan meja komputer hanya sekali jalan jek. Jimat duit tak payah nak sewa lori. Hehehe.

So, next week, our real life as a real husband and wife [Real means living under one roof - for real!] akan bermula. Bangun pagi, sama-sama bersiap untuk pergi kerja. Petang lepas habis kerja baru jumpa balik. Alaa, macam real husband and wife la. Sebelum ni macam PJJ so macam tak best. Hehe. Jadi, terasa tak sabar lahhh.. Haha

Ok lah. Tu je for today. Okbai

Otey2.. Shabar2..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails