Saturday, April 14, 2012

:: AA to ZZ ::

Salam 1 Malaysia..

Tiba-tiba pagi ni terasa nak bercakap pasal dunia hiburan pulak. Since many had suggesting "Kau ni patutnye jadi wartawan hiburan. Segala gossip-mossip tau!" :D Well, bakat ini diperturunkan oleh Puan Mak ;p

Ceritera bermula...

Anugerah Bintang Paling Popular 2011 jatuh kepada

Jeng jeng jeng (bunyi drum)

AA!!

Semoga gembira, puas hati, tutup cerita.

Tidak. No no no.

Tiba-tiba muncul pelakon ZZ yang mahu dilihat sebagai hero mempersoalkan kemenangan AA. Aduh A to Z masalah ni ek. Kata ZZ "AA artis negara jiran, sedangkan ramai lagi artis tempatan yang patut diberi perhatian"

Perkara kecil yang diperbesarkan. Pada saya, kemenangan AA xde isu langsung pun. Sebab:

1. Namanya pun anugerah paling POPULAR. Bukan paling TERBAIK. Xde isu kot. Popular tak semestinya terbaik. AA menang hanya kerana orang sukakan dia. Memang tahun lepas rakyat Malaysia sukakan artis negara jiran. So?

2. Anugerah yang diberikan adalah anjuran sebuah syarikat surat khabar semata-mata. Format penjurian 100% suara peminat. Bukan dari FINAS, RIM etc yang memang diwujudkan untuk mengiktiraf bakat seseorang. Xde isu kot.

3. Oleh sebab AA rakyat negara jiran maka dia tak boleh menang. Kenapa pulak? Pada tahun 199x (x ingat) M.Nasir pernah menang anugerah yang sama sedangkan waktu tu dia masih belum dapat taraf Penduduk Tetap kat Malaysia ni. Kenapa time tu xde orang persoalkan? Kenapa time tu ZZ tak persoalkan? (Maybe he did, tp time tu dia belum jadi artis so dia bising2 dgn family je la kot? LOL)
Well, xde isu kot...

4. Dah 5 tahun AA tersenarai dlm ABPH tapi ZZ tak pernah persoalkan. Kenapa? Sebab AA tak menang jadi ZZ tak nampak. Hanya apabila AA menang barulah ZZ bising-bising. Adoi la. Jangan la memalukan diri sendiri wahai ZZ. Ishhh xde isu kot sebenarnya ni.

5. ZZ samakan taraf pelakon luar macam pembantu rumah? Bercakap tak hormat orang langsung. Macam tu ke cara kita hormat tetamu? Macam tu ke cara kita hargai orang yang dah sumbangkan sesuatu dalam ekonomi negara kita? Are they here to serve you? Well, pembantu rumah pun manusia kot. Mereka datang sini nak berkongsi rezeki dan dalam masa yang sama turut menyumbang kepada ekonomi negara kita. Tak dinafiikan filem-filem AA banyak yang box office macam KL Gangster, Ombak Rindu etc. Bukankah itu penjana ekonomi kita secara tak langsung? Kenapa tidak kita berterima kasih? Kenapa ZZ bercakap macam orang yang tidak tahu bersyukur? AA menang, xde isu kot!


Pada sy ZZ yang ada isu. Dia berada di situ untuk memperjuangkan nasib artis Malaysia. Tapi kenapa dia tidak melakukan research sebelum mengutarakan sesuatu pendapat? Tolonglah, tunjukkan yang artis Malaysia ni "Beauty with brain" not "Beauty without brain" Jangan memalukan diri sendiri dengan fakta-fakta yang salah! Ni lah yang dinamakan "Menegakkan benang yang basah"


Otey2.. Shabar2..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

  1. tu la like i told u,he want ppl saw him as a hero..kononnye wt something to protect malaysian artis la but then it's like for his own goods n personal interest je..yela maybe dh x laku kt lua sane kn..hahahaha..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails